Home Blog Pendidikan Panduan Membuat Aduan Dengan Sistem e-Aduan Perak

Panduan Membuat Aduan Dengan Sistem e-Aduan Perak

0
Panduan Membuat Aduan Dengan Sistem e-Aduan Perak

Oleh kerana ramai pihak yang menghantar aduan kepada pihak kami untuk dilanjutkan kepada pihak berwajib untuk memperbetulkan mana-mana kegagalan penguatkuasaan yang terlepas pandang oleh jabatan tertentu, jadi terpanggil kami disini untuk kongsikan cara untuk anda sampaikan aduan dimana yang anda salurkan pada pihak yang sepatutnya dengan menggunakan sistem e-Aduan Negeri Perak.

paparan depan sistem e-aduan perak

Jika anda ada sebarang aduan untuk disalurkan pada pihak yang sepatutnya dan anda ada akses sambungan ke internet, perkara pertama yang harus anda lakukan adalah terus ke laman web sistem e-aduan Perak di URL http://aduan.perak.gov.my dan kemudian klik pada bahagian “Sekiranya anda ingin membuat sebarang aduan, sila klik di sini” seperti di dalam gambar diatas. Kemudian satu paparan lain akan muncul selepas anda klik pada pautan itu tadi.

borang aduan sistem e-aduan perak

Borang aduan sama seperti rajah diatas akan dipaparkan pada paparan browser anda. Anda dikehendaki dan wajib untuk mengisi maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat email, alamat rumah, dan maklumat berkenaan dengan aduan. Pada ruangan aduan dalam borang ini, ada ruangan perkara untuk dijadikan sebagai tajuk kepada aduan anda, mesej aduan pula akan dijadikan sebagai untuk anda karangkan apa jua jenis aduan yang ingin anda sampaikan dan yang terakhir pada bahagian lampiran untuk anda muat naik gambar berkaitan aduan jika ada. Setelah siap isi borang aduan, anda boleh terus klik Hantar Tiket Aduan untuk tindakan selanjutnya.

semak status aduan e-aduan perak

Kebiasaannya, pihak yang akan menyemak aduan tersebut akan mengambil masa dari 1 hingga 7 hari bekerja. Jika aduan anda memerlukan respond yang pantas, adalah lebih baik untuk anda hubungi nombor di talian 05-522 5194 untuk respond pantas terhadap aduan anda. Anda boleh sentiasa menyemak status aduan anda dengan isikan nombor kad pengelan anda di ruangan memeriksa status atau cetak aduan. Isikan nombor kad pengenalan dan kemudian klik hantar untuk ketahui status aduan.

status aduan e-aduan perak

Paparan semua status rekod aduan pengadu akan dipamirkan pada halaman selepas nombor kad pengenalan anda dimasukkan ke dalam sistem e-Aduan Perak. Pihak yang menyemak aduan anda akan menguruskan dengan jabatan yang sepatutnya berurusan dan status aduan akan dipaparkan dan akan dikemaskini dari masa ke masa mengikut perkembangan kes aduan yang dijalankan oleh pihak berwajib yang dipertanggung-jawabkan.

Dari apa yang kami lihat, tidak ramai pihak yang menggunakan sistem e-Aduan ini kerana turutan nombor aduan tidak lari jauh walaupun tarikh amat jauh berbeza. Pihak kami faham mesti ada segelintir yang tidak arif dengan menggunakan komputer, apatah lagi dengan sistem e-Aduan, dan kami sentiasa akan terbuka untuk menerima aduan anda dan akan kami bantu untuk hantar dan sampaikan aduan anda ke pihak yang sepatutnya. Jika anda ada sebarang aduan boleh hantarkan ke 014 605 0005

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here