Jika anda datang melancong ke Taiping, tidak lengkap lawatan anda itu jika tidak melawat ke Taman Tasik Taiping yang indah. Dikenali sebagai taman tertua di Malaysia, taman ini sememangnya satu tempat yang sangat menenangkan, mendamaikan jiwa dan mempunyai permandangan yang sangat indah.
taiping
Siapa Gerangan Patung Yang Terdapat Di Muzium Taiping?
Muzium Perak atau lebih dikenali sebagai Muzium Taiping sememangnya diketahui merupakan muzium yang tertua di negara ini. Banyak artifak yang tinggi nilai sejarahnya ditempatkan disini sebagai pelajaran untuk lebih mengenali masa lampau terutamanya mengenai sejarah negeri Perak.
Penjara Taiping, Kompleks Penjara Pertama Di Malaysia
Penjara Taiping telah dibina pada tahun 1879 semasa zaman pentadbiran Sir Hugh Low yang merupakan residen British ketiga di Negeri Perak. Pada tahun 1879 hinga ke tahun 1960, pentadbiran Penjara Taiping berada di bawah pengurusan pegawai Inggeris.
Kisah Anak Jati Taiping Dalam Serang Hendap Komunis
Sekitar jam 2.30 petang pada tarikh 3 Jun 1970 di Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (6 BGD) telah menerima satu laporan tentang kelihatan 5 orang pengganas komunis yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan dua orang perempuan yang berada dalam keletihan.
Sejarah Dan Kisah Awal Pembukaan Zoo Taiping
Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa Zoo Taiping adalah antara Zoo yang terawal di negara kita, negara Malaysia dan tidak sah jika anda tidak singgah ke Zoo Taiping jika anda datang berkunjung ke Taiping.
Masjid Lama Bandar Taiping, Masjid Paling Tua Di Taiping
Sepertimana yang kita ketahui, masjid adalah berasal dari perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat untuk bersujud. Sejak dari dahulu lagi, masjid dijadikan sebagai tempat untuk beribadat yang khusus seperti solat dan iktikaf untuk orang yang menganut agama Islam.
Pemandu Ambulan Dibelasah Mat Rempit Di Taiping
Hanya kerana menegur sekumpulan mat rempit, seorang pemandu ambulan terpaksa menanggung akibat dengan menerima empat jahitan di muka selepas tindakannya menegur sekumpulan mat rempit yang sedang berlumba telah mendatangkan kemarahan kumpulan mat rempit berkenaan.
Penyakit Rabies (Anjing Gila) Dikesan Di Taiping
Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menerima satu aduan pada 13 Julai 2017 yang lalu berkenaan dengan anjing yang bertuan telah disahkan positif penyakit rabies atau lebih dikenali sebagai penyakit anjing gila. Mengikut aduan yang diterima, anjing tersebut telah menggigit dua orang kanak-kanak perempuan di Kuala Sepetang, Taiping. Justeru, seluruh penduduk di Taiping khususnya mereka yang berada di Kuala Sepetang, dinasihatkan agar berhati-hati dan sentiasa mengawasi anak-anak anda.
Taman Botani Perak Di Taiping
Taman Botani Perak ini terletak di Mukim Tupai, Daerah Larut dan Matang. Lokasi Taman Botani ini kira-kira 10 minit daripada Bandar Taiping iaitu di dalam kawasan rizab Taman Tasik Taiping.
Sejarah Dan Asal Usul Gelanggang Kasut Roda Di Taman Tasik Taiping
Di tengah-tengah Taman Tasik Taiping terdapat sebuah gelanggang kasut roda yang telah dibina kira-kira 40 tahun yang lalu. Menariknya gelanggang ini, ia dibina dengan kutipan derma ikhlas daripada pelbagai lapisan masayarakat di Taiping dengan kerjasama pelbagai pihak.