Home Tags Kisah

Tag: kisah

Kisah Kubur Asal JWW Birch Yang Terbiar

1
Kubur J.W.W Birch berserta tentera British tersebut berada di Kampung Teluk Memali yang kedudukannya tidak jauh dari Kampung Gajah. Kawasan perkuburan itu dahulunya dikenali sebagai Bandar Baru yang menjadi pusat pemerintahan negeri Perak sewaktu zaman Sultan Perak yang ke 19 iaitu Sultan Abdul Malik Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1806 sehingga tahun 1825. Disebut pada ketika itu, Bandar Baru merupakan tempat yang sangat makmur dan mempunyai banyak kedai-kedai serta gedung-gedung.

Kisah Parang Panjang Vs Komunis Di Bekor (Bahagian 3)

0
Rumah Uda Mashor dijadikan sebagai pusat berkumpul bagi seramai 200 orang perempuan dan kanak-kanak apabila serangan ini berlaku di Kampung Kelang. Kumpulan parang panjang yang mempertahankan serangan di Kampung Kelang terdiri dari Harun bin Uda Hassan, Hashim bin Mohd Yusuf dan Din bin Ngah Abdul Rauf. Kumpulan ini telah menghadapi serangan seramai 20 hingga ke 30 orang komunis yang bersenjatakan lembing.

Kisah Parang Panjang Vs Komunis Di Bekor (Bahagian 2)

0
Uda Mohamad bin Malim Elok telah ditikam di bahagian perutnya ketika cuba menyerang komunis dengan menggunakan parang panjang. Manakala rumahnya telah dibakar oleh komunis. Tokoh yang menjadi tonggak bagi mempertahankan penduduk kampung terdiri daripada Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdul Manan, Tuan Haji Salleh bin Abdul Manan, Tuan Haji Kulub Alang dan beberapa orang pemimpin tempatan seperti ketua kampung.

Kisah Parang Panjang Vs Komunis Di Bekor (Bahagian 1)

0
Serangan komunis di Kampung Bekor berlaku selama dua hari dan berakhir pada tarikh 6 Mac 1946 iaitu selepas hampir sepuluh hari daripada peristiwa orang Melayu membunuh orang Cina. Serangan pertama berlaku pada 5 Mac 1946, hari Selasa dan lebih kurang pada jam 10.00 pagi. Kumpulan ini datang dari arah Klian, Bekor dan Kampung Pauh serta terdiri dengan kekuatan seramai 100 orang. Kumpulan penyerang ini dikatakan datang dari dua arah laluan yang berlainan.

Kisah Mitos Menarik Lata Kinjang

0
Menurut cerita masyarakat tempatan, Lata Kinjang mendapat nama kerana pada masa dahulu terdapat banyak kijang di kawasan itu sehinggakan orang lnggeris yang memburu kijang menyebut nama haiwan itu sebagai kinjang, lalu nama itu kekal hingga sekarang.

Kisah 3 Makam Kerabat Raja Johor Di Kampung Permatang Raja, Perak

0
Berlaku dalam lingkungan abad 18 menurut cerita yang diperturunkan, Raja Abdullah telah membawa lari kedua-dua puteri baginda dari Johor ke kampung ini kerana ingin lari dari Raja Siam yang mahu mengambil kedua-dua puteri baginda sebagai isteri. Raja Abdullah telah membawa seluruh keluarga baginda dan hulu balang yang berjumlah dalam sekitar 60 orang ke kampung ini dengan melalui sungai hut. Baginda Raja Abdullah telah dirikan istana kayu dikawasan tersebut dan membangunkan kerajaan kecil disitu.

Kisah Lagenda Puteri Limau Purut Di Perak (Bahagian 3)

0
Baginda Raja Aceh pun bertitah dan memanggil Bendahara negeri Perak untuk mengambil buah durian yang diminta oleh isterinya itu dan memberitahunya jika tidak berjaya dapatkan buah durian tersebut, maka bendahara akan dihukum bunuh. Bendahara pun terima titah Raja Aceh tersebut untuk mengambil buah durian yang diminta dan memohon supaya dapat ditangguhkan dalam seminggu lagi. Permintaan bendahara Perak diperkenankan oleh Raja Aceh lalu pulanglah Bendahara Perak ke penjaranya.

Kisah Lagenda Puteri Limau Purut Di Perak (Bahagian 2)

0
Kemurkaan Raja Aceh tidak dapat dibawa bincang lagi dan tanpa sebarang perkhabaran, Aceh pun pergi menyerang Perak dengan tanpa sebarang amaran. Bendahara Perak tidak ada di Kota Geronggong pada masa ketika Perak diserang tentera Aceh kerana sedang berubat di Ulu Kinta. Oleh kerana tidak ada persediaan untuk menghadapi peperangan, maka Perak pun kalah. Sultan Perak ditawan dan dibawa ke Aceh untuk dipenjarakan.

Kisah Lagenda Puteri Limau Purut Di Perak (Bahagian 1)

0
Hendak dijadikan cerita, pada satu hari datang lah satu rombongan di raja dari Aceh ke Istana Sultan Perak di Geronggong kerana hendak meminang tuan Puteri Limau Purut. Rombongan itu pun masuk menghadap baginda sultan serta menyembahkan kedatangan rombongan di raja itu. Selepas mendengar sembah rombongan itu, maka Sultan pun bertitah supaya di tangguhkan jawapan ke masa yang lain. Maka, pulanglah rombongan itu ke negeri mereka semula lalu menghadap dan menyembahkan perkara berkenaan dengan penangguhan itu.
149,167FansLike
29,252FollowersFollow
119FollowersFollow
1,290SubscribersSubscribe

Terkini

Rumah Tiang Seribu Teluk Intan, Kenangan Sejarah Masa Dahulu

0
Digelar sebagai Rumah Tiang Seribu kerana terdapat banyak tiang yang menyokong bangunan ini, ia dibina tanpa memakai sebarang paku, segalanya dipasak dan dipahat sahaja.

Panglima Kinta, Toh Tambak bin Maharaja Kinta Toh Chandang

0
Dato Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja Toh Tambak bin Maharaja Kinta Toh Chandang (1670 - 1710) merupakan Dato Panglima Kinta yang Pertama dalam Sistem Monarki Kerajaan Negeri Perak.

Kisah Kematian Si Lenggang Yang Misteri di Sungai Perak

0
Dikatakan, Leggang mulakan perjalanan sendirian dengan perahunya meninggalkan Bota dan pada keesokan harinya, mayat Lenggang ditemui dengan terbaring dalam perahunya.

Menarik