● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:12
Fakta

Filem Barat Anna And The King Ada Babak Lakonan Di Sungai Perak

20 Jan 2017 · 1 min baca · 323 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Anna And The King adalah filem terbitan negara barat yang dibintangi oleh Jodie Foster, Yun-Fat Chow dan ramai lagi. Cerita ini berkisahkan tentang Anna Leonowens merupakan seorang janda British yang telah datang ke Siam dengan anaknya Louis untuk mengajar bahasa Inggeris kepada semua anak Raja Mongkut. Raja Mongkut mahu orang Siam lebih berilmu supaya dapat membantu negaranya menentang penjajahan dan secara tidak lansung melindungi tradisi yang memberikan Siam identitinya tersendiri.

anna and the king kellie's castle

Raja Mongkut dan Anna selalu berdebat tentang perbezaan antara kisah cinta di Timur dan di Barat. Tetapi Raja Mongkut kerap menolak tanggapan bahawa seorang lelaki boleh menjadi bahagia dengan hanya satu isteri. Sehinggakan Anna terlibat dalam urusan Raja Mongkut dalam berurusan dengan duta Britain dan lain-lain lagi. Video dibawah adalah gambar set lakonan yang dimampatkan menjadi video di sepanjang pengambaran filem tersebut.

Filem ini kebanyakan dirakam di Malaysia terutamanya di Pulau Pinang, Ipoh dan Langkawi atas alasan tidak mendapat atau lambat mendapat kebenaran oleh kerajaan siam untuk menjalankan pengambaran di kawasan-kawasan yang tertentu. Jadi, antara lokasi yang dilakonkan di Perak adalah Ipoh,

Rumah Asal Raja Bilah di Papan

, Kellie's Castle di Batu Gajah dan Sungai Perak di kawasan Parit.

rumah asal raja bilah

Ramai penduduk setempat di Parit berpeluang menjadi pelakon untuk filem barat ini. Dikatakan bayaran untuk berlakon sebagai watak orang kampung diberi sebanyak RM50 seorang untuk babak tertentu di sana. Pada waktu itu, gemparlah Parit menjadi Paris dan Bota menjadi Boston kerana semuanya berubah menjadi Hollywood. Jika anda sebagai pembaca ada maklumat lanjut berkenaan dengan filem ini, boleh lah komen dan lontarkan pengalaman dan cerita anda.

anna and the king harith iskander

Dan untuk makluman anda, Harith Iskander juga berlakon dalam filem ini dan memegang watak sebagai Nikorn.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.