25 C
Ipoh
Wednesday, 15 January 2025

Jambatan Victoria Di Kuala Kangsar Berusia Lebih 117 Tahun

- Advertisement -
- Advertisement -

Jambatan Victoria atau lebih dikenali sebagai Victoria Bridge di Seberang Karai, dibina merentangi Sungai Perak yang menghubungkan Bandar Kuala Kangsar.

Jambatan ini telah dibina pada tahun 1897 dan dirasmikan oleh Sultan Perak ketika itu, Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada 21 Mac 1900. Jika dikira dari tarikh perasmiannya, jambatan ini telah berusia lebih 117 tahun.

Dua orang jurutera yang bertanggungjawab mereka cipta jambatan ini ialah G.W Fryer dan C.R Hanson. Pembinaan jambatan ini bertujuan untuk memudahkan pengangkutan bijih timah pada ketika itu.

jambatan victoria

Malah, jambatan ini pernah mendominasi perhubungan dan menjadi laluan pengangkutan bijih timah yang penting antara negeri Melayu Barat termasuk ke Perlabuhan Pulau Pinang.

jambatan victoria

Jambatan ini mempunyai enam batang tiang yang kukuh daripada bata merah. Sir Frank Swettenham pernah menyatakan bahawa Jambatan Victoria ini merupakan jambatan keretapi terbesar di bahagian Timur di luar India.

Semasa Perang Dunia Kedua, jambatan ini pernah dibom dan menurut cerita penduduk setempat, jambatan ini terbelah dua. Betapa pentingnya jambatan ini sebagai laluan pengangkutan suatu ketika dahulu.

jambatan victoria

Fakta menarik mengapa jambatan ini dinamakan Jambatan Victoria. Pertama, sempena Ratu Victoria. Hal ini kerana semasa awal pembinaannya pada tahun 1897 merupakan tahun pemerintahan Jubli Intan Ratu Victoria. Keduanya, apabila tamat pembinaan, Afrika Selatan berada di bawah pemerintahan Ratu Victoria sepenuhnya.

jambatan victoria

Kini, jambatan ini tidak digunakan lagi sejak tahun 2002 kerana jambatan konkrit telah dibina bagi menggantikan peranan Jambatan Victoria dan dijadikan tarikan pelancong.

Namun penduduk sekitar masih menggunakan jambatan ini untuk menyeberangi Sungai Perak dengan menggunakan motorsikal dan berjalan kaki.

- Advertisement -
Nisa Suyatim
Nisa Suyatim
Works at Kementerian Pendidikan Malaysia
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here