Kisah Menteri Besar Perak Ke 4 Pernah Bekerja Sebagai Pemandu

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak ialah individu yang dipertanggungjawabkan dalam mentadbir kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Mengikut Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, menteri besar mestilah merupakan seseorang daripada Melayu-Bumiputera untuk menjawat jawatan ini selama 5 tahun.

Kali ini orangperak.com ingin berceritakan tentang kisah menteri besar negeri Perak yang ke 4 iaitu YAB Dato’ Seri Ahmad bin Said. Beliau menjawat jawatan menteri besar negeri Perak sejak dari 7 Mei 1964 hingga 18 Mac 1970.

Menteri Besar negeri Perak yang ke 4 ini iaitu Dato Seri Ahmad Said dilahirkan pada tarikh 1 Januari 1919 di Kampung Masjid, Lenggong. Ibu beliau bernama Khadijah binti Awang Kecil dan bapanya pula bernama Said bin Abdullah.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Arab yang terletak di Kampung Geluk dan Sekolah Melayu Lenggong sehingga tamat darjah enam. Jangan anda tidak tahu, Dato Seri Ahmad Said adalah datuk kepada pelakon iaitu Iqram Dinzly.

Kisah Menteri Besar Perak Ke 4 Pernah Bekerja Sebagai Pemandu

Cucu menteri besar Perak ke 4, Iqram Dinzly

Sebelum berkecimpung dalam dunia politik dengan serius, pada asalnya Dato Seri Ahmad Said hanya bekerja sabagai seorang pemandu di syarikat KED sejak dari tahun 1939 hingga tahun 1941. Kemudian, pada ketika usia 24 tahun, Dato Seri Ahmad Said telah dipilih menjadi Naib Ketua Kesatuan Melayu Muda cawangan Lenggong pada tahun 1943 hingga 1944.

Kemudian, beliau turut bergiat aktif dalam Penubuhan Perikatan Melayu Perak (PPP) cawangan Lenggong serta menjadi Pegawai Penerangan sejak dari tahun 1945 sehingga tahun 1947. Pada tahun 1948, beliau bersama dengan Tan Sri Mohamed Ghazali bin Jawi dan Dato’ Mohd Nordin bin Dahan menubuhkan UMNO cawangan Lenggong.

Kisah Menteri Besar Perak Ke 4 Pernah Bekerja Sebagai Pemandu

Beliau akhirnya terus aktif dalam politik sehinggalah terpilih untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955 dan menang tanpa bertanding bagi kawasan Hulu Perak. Dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959, beliau sekali lagi bertanding dan memenangi kerusi kawasan Lenggong.

Kisah Menteri Besar Perak Ke 4 Pernah Bekerja Sebagai Pemandu

Pilihanraya yang ketiga Pilihan raya umum Malaysia 1964 dan beliau telah bertanding bagi mempertahankan kerusi Dewan Negeri Lenggong dan beliau telah memenangi suara majoriti. Kemenangan ini menyebabkan Sultan Perak, Sultan Idris Shah II berkenan melantik beliau sabagai Menteri Besar pada 7 Mei pada tahun yang sama.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.