Pokok Getah Pertama Ditanam Di Kuala Kangsar

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Inilah fakta yang tidak dapat disangkal lagi. Diceritakan bagaimana pokok getah sampai ke tanah Melayu pada ketika itu. Pada tahun 1877, pokok getah Hevea Brasiliensis yang pertama telah ditanam di Kuala Kangsar, Perak oleh H.J. Murton yang merupakan seorang penguasa Botanical Gardens di Singapura.

    Sebanyak 9 biji benih getah Hevea Brasiliensis telah ditanam di halaman rumah Sir Hugh Low yang merupakan Residen British Perak pada ketika itu.

    pokok getah paling tua di malaysia

    Nak dijadikan cerita bagaimana getah sampai ke negara kita, bekalan biji yang pertama sekali sampai ke asia tenggara pada ketika itu cuma sebanyak 50 biji benih yang berasal dari Sri Lanka telah dihantar ke Singapura. Tetapi disebabkan oleh kelambatan di Dermaga, usaha penghantaran ini telah gagal. Bekalan kedua pula diberi dengan sebanyak 22 biji getah telah dihantar dari Taman Kew, England ke Singapura dalam tahun 1877. Sebahagian daripadanya telah ditanam di Botanical Garden Singapura, manakala selebihnya ditanam di Kuala Kangsar, Perak. Selepas lebih satu abad masa berlalu, pokok getah yang dahulunya dianggap tidak menarik, tidak bernilai, kini ia telah menjadi antara sumber ekonomi yang penting di dalam negara kita.

    pokok getah paling tua di malaysia

    Pada tahun 1898, ladang getah terus ditubuhkan di Tanah Melayu dan Estet getah pertama telah dibangunkan di Melaka pada tahun 1902 atau 1903. Selepas itu keluasan penanaman getah terus berkembang hingga mencapai kemuncaknya iaitu seluas 2.06 juta hektar pada tahun 1979. Pengeluaran paling tinggi yang pernah dicapai oleh negara ialah sebanyak 1.66 juta metrik tan iaitu pada tahun 1988.

    Christopher Columbus

    Fakta menarik untuk anda, pokok getah berasal dari negara Brazil dan ditemui oleh Christopher Columbus yang merupakan seorang ahli pelayaran Sepanyol. Beliau adalah orang pertama yang menjumpai getah di Brazil pada tahun 1473 dan beliau telah membawa balik ke Eropah untuk dikaji kegunaannya. Pokok getah yang pertama ditanam di Kuala Kangsar ini masih gah berdiri dan secara tidak lansung memegang rekod pokok getah paling tua di Malaysia.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.