Penyerahan Kawasan Jajahan Dinding Kepada Kerajaan Negeri Perak

Pejanjian penyerahan semula kawasan daerah jajahan Dinding kepada kerajaan negeri Perak dalam tahun 1935 adalah kerana hasil usaha yang gigih setelah setelah timbul kesedaran dikalangan pemerintah negeri Perak untuk dapatkan kembali satu kawasan yang ada persisiran pantai dan banyak potensi untuk menjana ekonomi negeri.

Sejak tahun 1917 lagi, Almarhum Sultan Iskandar Zulkarnain (Sultan Perak ke 30) sentiasa berusaha dan merayu kepada pihak British untuk dapatkan kembali kawasan daerah jajahan Dinding setelah perjanjian Pangkor dibuat dalam tahun 1874.

Sehingga ke satu hari, kerajaan F.M.S. (Federated Malay States) iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu akhirnya menyokong usaha baginda Almarhum Sultan Iskandar Zulkarnain (Sultan Perak ke 30) untuk dapatkan kembali kawasan daerah jajahan Dinding kepada negeri Perak semula.

Gabenor Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada waktu itu Sir Cecil Clementi Smith juga menyatakan sokongan beliau untuk menyokong tindakan baginda Almarhum Sultan Iskandar Zulkarnain (Sultan Perak ke 30) dan akhirnya segala usaha baginda sultan Perak berhasil setelah beberapa tahun berusaha.

Pejabat Kolonial bersetuju untuk menyerahkan kembali kawasan jajahan Dinding kepada negeri Perak lantas kerajaan Inggeris telah menandatangi satu perjanjian dengan Almarhum Sultan Iskandar Zulkarnain (Sultan Perak ke 30) pada tarikh 6 Jun 1934.

Penyerahan Kawasan Jajahan Dinding Kepada Kerajaan Negeri Perak
Almarhum Sultan Iskandar Zulkarnain (Sultan Perak ke 30)

Perjanjian tersebut dikenali sebagai The Dinding Agreement (Approval) Act, 1934 yang telah hebat dibincangkan dan akhirnya telah diluluskan oleh parlimen Inggeris pada tarikh 16 November 1934. Dengan kelulusan itu, kawasan daerah jajahan Dinding seluas 320 kilometer persegi diserahkan semula kepada kerajaan negeri Perak.

Istiadat menandatangani perjanjian tersebut telah dijalankan pada tarikh 16 Febuari 1935 bertempat di hadapan Rest House, Lumut. Pada waktu itu, Almarhum Sultan Abdul Aziz (Sultan Perak ke 31) sewaktu gelaran Raja Muda dan G.E. Cator (Residen British di Perak) telah mewakili kerajaan negeri Perak manakala gabenor Negeri-negeri Selat telah diwakili oleh J.S.W. Arthur dan J.F.F. Gregg.

Penyerahan Kawasan Jajahan Dinding Kepada Kerajaan Negeri Perak
Almarhum Sultan Abdul Aziz (Sultan Perak ke 31)

Termaktub dalam perjanjian tersebut ada menyatakan bahawa kerajaan negeri Perak perlu membayar sejumlah wang sebanyak $86,850 sebagai bayaran untuk bangunan-bangunan, jambatan-jambatan, jalan-jalan raya dan lain-lain yang sudah terbina semasa dibawah kuasaan Negeri-Negeri Selat.

Sejak dari itu, bersatulah semula kawasan daerah jajahan Dinding dengan negeri Perak yang telah terpisah akibat daripada perjanjian Pangkor sejak tahun 1874. Pada waktu itu, kawasan di Pulau Pangkor adalah terkecuali daripada perjanjian tersebut.

Bersempena dengan peristiwa bersejarah itu, nama kawasan daerah jajahan Dinding juga dikenali namanya dengan Iskandar District dan kawasan Lumut pula ditukarkan namanya kepada Port Iskandar. Sambutan hari ulang tahun keputeraan Sultan Perak dan genapnya 25 tahun King George V menaiki takhta kerajaan England turut disambut meriah di kawasan Port Iskandar (kini Lumut).

Penyerahan Kawasan Jajahan Dinding Kepada Kerajaan Negeri Perak
Almarhum Sultan Idris II (Sultan Perak ke 33)

Namun, penggunaan nama Iskandar District dan Iskandar Port tidak lama. Pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Idris II (Sultan Perak ke 33), nama daerah Dinding ditukar kepada nama daerah Manjung dan Iskandar Port dikenali dengan nama Lumut semula.

Leave a Comment