25.5 C
Ipoh
Saturday, 7 September 2024

Dim Sum Ipoh Yang Halal

- Advertisement -
- Advertisement -

Ramai orang Islam di sekitar kawasan Ipoh tercari-cari di manakah restoran yang menyediakan Dim Sum Ipoh yang halal. Walaupun Dim Sum ini adalah makanan masyarakat cina, namun Dim Sum turut punyai penggemarnya yang tersendiri dan turut digemari oleh bangsa lain.

Apakah itu Dim Sum? Dim Sum adalah merupakan sejenis hidangan makanan masyarakat cina yang ringan dan ia turut dihidangkan bersama-sama dengan teh cina. Istilah yang sesuai untuk menjelaskan keadaan ini adalah “Yum cha” yang membawa makna minum teh.

Kebiasaannya di kebanyakan restoran-restoran cina, Dim Sum seringkali akan dihidangkan di meja pelanggan pada sebelah waktu pagi hingga ke waktu tengah hari. Hidangan Dim Sum disediakan dalam sebahagian kecil yang punyai inti daging khinzir, makanan laut, sayur-sayuran dan terdapat pelbagai jenis buah-buahan.

Dim Sum yang biasa keadaannya adalah seperti pau, ladu dan kuetiau gulung. Bagaimana cara ia dimasak itu terdapat dua cara yang mana ia boleh dimasak dengan cara menggukus ataupun dengan cara menggoreng. Hidangan ini selalunya bersaiz kecil sahaja dan setiap satu hidangan Dim Sum hanya terdapat tiga hingga empat ketul Dim Sum sahaja.

Dim Sum Ipoh Yang Halal

Ramai diantara mereka yang beragama Islam juga adalah merupakan peminat setia kepada makanan cina yang bernama Dim Sum ini dan rata-rata daripada mereka semua yang beragama Islam ini punyai masalah untuk mencari kedai makan yang ada menawarkan Dim Sum Ipoh yang halal.

1. Restoran Shabu Shabu

Dim Sum Ipoh Yang Halal

Restoran Shabu Shabu adalah merupakan sebuah restoran yang halal dan mereka menawarkan Steamboat Buffet. Terdapat lebih 100 jenis makanan laut yang segar disediakan setiap hari, beribu-ribu cucuk satay, BBQ, panggang, bebola daging, sayur-sayuran, buah-buahan dan macam-macam lagi.

Sejak 20 April 2019, Restoran Shabu Shabu telah buat penguman di Facebook rasmi perniagaan mereka dengan menyatakan bahawa mereka kini ada menyediakan Dim Sum Ipoh yang halal dan anda boleh dapatkan Dim Sum disini pada setiap hari bermula jam 12:00pm hingga 2.30pm sahaja.

2. Greentown Dimsum Cafe

Dim Sum Ipoh Yang Halal

Greentown Dimsum Cafe adalah merupakan satu-satunya restoran yang menu utamanya dengan menawarkan penjualan Dim Sum Ipoh yang halal. Agak mustahil sebenarnya untuk mencari restoren yang menjual Dim Sum halal di kawasan Ipoh, namun kecuali dengan wujudnya Greentown Dimsum Cafe ini adalah satu-satunya pilihan yang anda ada jika anda di kawasan Ipoh untuk merasai Dim Sum sepanjang hari. Alang-alang sudah sampai di Ipoh, apa salahnya untuk singgah di tempat menarik di Ipoh?

Anda yang beragama Islam tidak perlu rasa ragu-ragu dan risau dengan semua jenis hidangan Dim Sum yang ada ditawarkan oleh Greentown Dimsum Cafe ini. Apa yang pasti, mereka juga turut memegang sijil sah halal untuk penyediakan semua makanan di restoran tersebut daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

  • Lokasi : 10, Persiaran Greentown 4, Pusat Perdagangan Greentown
  • Waktu Operasi : 8:00am hingga 9:00pm
  • *tutup pada hari selasa

Sejarah Dim Sum

Agak menarik untuk dikongsikan bersama tentang cerita sejarah serta asal usul Dim Sum. Ianya dikatakan punyai ceritanya yang tersendiri apabila pada satu ketika dahulu, para pengembara yang sedang melalui sebuah laluan yang panjang ini akan memerlukan satu tempat untuk berehat.

Oleh yang demikian, gerai-gerai kecil dan ia digelar sebagai rumah teh telah didirikan di sepanjang tepi jalan. Mereka yang sedang letih berjalan akan singgah ke rumah teh ini untuk berehat sambil minum teh untuk menghilangkan rasa penat.

Pada zaman dahulu, menggabungkan teh dengan makanan dianggap tidak sesuai dan dipercayai ia akan menambahkan berat badan. Setelah sekian lama, kemudian mereka mendapati bahawa teh dapat membantu untuk memudahkan pencernaan, jadi peniaga-peniaga di rumah teh ini mula menjual pelbagai snek untuk bersama-sama dengan teh.

Disinilah dikatakan bermulanya kelahiran Dim Sum. Walaupun bukan makanan yang berat, namun Dim Sum kini ia menjadi satu makanan asasi budaya makanan orang Cina. Ia amat istimewa walaupun sekadar hanya sebuah hidangan yang ringkas, namun disebaliknya adalah dapat merapatkan hubungan kekeluargaan apabila makan bersama.

Jika anda ada sebarang cadangan untuk penambahbaikan dalam senarai ini, sila hantarkan komen dan kami akan kemaskini artikel ini mengikuti perkembangan semasa.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here