Home Blog Page 93

Orang Yang Paling Tua Di Perak Ada Di Batu Kurau

0

Dipercayai Puan Som Binti Budin yang kini tinggal di Kampung Repoh, Batu Kurau adalah orang paling tua yang ada di dalam negeri Perak. Puan Som Binti Budin dilahirkan pada 24 Oktober 1900 di Pantai Besar, Batu Kurau. Dari kiraan tahun tarikh kelahiran beliau, ia menunjukkan bahawa umur Puan Som Binti Budin kini sudah mencecah 117 tahun dan beliau masih lagi sihat dan kuat sehingga ke hari ini.

Pameran Basikal Klasik Di Muzium Darul Ridzuan Ipoh

Lembaga Muzium Negeri Perak sedang mengadakan Pameran Basikal Klasik bermula 2 Mei 2017 hingga 30 Jun 2017 bertempat di Muzium Darul Ridzuan, Ipoh. Pameran ini menampilkan pelbagai jenis basikal klasik England yang tulen, yang berada di Tanah Melayu. Selain itu, turut dipamerkan ialah pelbagai aksesori serta teknologi pembuatan basikal tersebut.

Perjanjian Pertama Perak Dengan Kuasa Luar Pada 1739

Satu perjanjian yang bertujuan untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Negeri Perak dengan Syarikat Hindia Timur Belanda bagi menghadapi ancaman orang-orang Bugis telah dibuat antara Negeri Perak dengan Syarikat Hindia Timur Belanda pernah ditandatangani pada tahun 1746 yang mana negeri Perak telah diwakili oleh Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak yang ke 13) dan Belanda pula telah diwakili oleh Gabenor Melaka, H. M. Bernhard Albinus.

Latihan Kemahiran Industri Percuma Di Perak

Untuk makluman anda semua pembaca setia orangperak.com, Pusat Pembangunan Modal Insan Perak (PHCDC) adalah Pusat Latihan Kemahiran Negeri Perak dan Pusat Latihan Kemahiran Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Mereka ada melaksanakan pentauliahan persijilan kompetensi yang diiktiraf dalam negeri serta antarabangsa.

Sejarah Dan Asal Usul Gelanggang Kasut Roda Di Taman Tasik Taiping

0

Di tengah-tengah Taman Tasik Taiping terdapat sebuah gelanggang kasut roda yang telah dibina kira-kira 40 tahun yang lalu. Menariknya gelanggang ini, ia dibina dengan kutipan derma ikhlas daripada pelbagai lapisan masayarakat di Taiping dengan kerjasama pelbagai pihak.

Boss Ketum Perak Tengah Ditumpas Polis

Pada 15 Mei 2017 dalam sekitar jam lebih kurang 4 pagi, 4 anggota Polis daerah Perak Tengah yang merupakan peronda MPV Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah telah menahan sebuah kereta yang mencurigakan pada awal pagi itu. Kenderaan adalah jenis Mercedez Benz dan dipandu oleh seorang lelaki melayu berumur disekitar 30an. Lokasi penahanan individu tersebut adalah di jalan Kampung Gajah ke Teluk Memali menghala ke Teluk Intan.

Bandar Baru Sitiawan Umpama Putrajaya Kedua Malaysia

Putrajaya merupakan satu bandar terancang 25km selatan Kuala Lumpur yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran Malaysia. Tapak kerajaan berpindah dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pada tahun 1999 akibat kesesakan dan kepadatan di kawasan Kuala Lumpur. Pada tahun 2001, Putrajaya menjadi Wilayah Persekutuan Malaysia yang ketiga selepas Kuala Lumpur dan Labuan. Inilah secara ringkas penerangan tentang Putrajaya dan kenapa pula kami umpamakan Putrajaya seperti di Sitiawan? Teruskan membaca untuk ketahui maklumat yang ingin disampaikan.

Nostalgia Pertandingan Ratu Cantik Di Perak

Apalah hiburan yang ada selepas kemerdekaan Malaysia? Tidak banyak kemudahan untuk hiburan yang ada pada zaman itu dan penekanan terhadap agama Islam masih lagi lemah serta kebanyakan masyarakat kita pada waktu itu akan mudah gemarkan aktiviti yang boleh membuatkan orang ramai berkumpul di satu tempat dalam satu masa yang sama.

Pekerja Kerajaan Tidak Pernah Buka Email Jabatan?

Berikutan atas rentehan seorang pengguna kami di orangperak.com yang menyalurkan aduan ini untuk bacaan umum kerana perkara ini sudah lama berlaku dan tidak diambil berat oleh mana-mana pihak jabatan walaupun ianya nampak remeh. Sudah berkali-kali perkara ini dibangkitkan namun masih tiada usaha untuk menuju ke arah penggunaan email dengan lebih kerap. Perkara ini amat menyedihkan yang mana kerajaan menuju ke arah transformasi dengan terus maju ke teknologi dan sedihnya pekerja kerajaan hanya sambil lewa dan tidak serius dengan kerja mereka.

Loghat Patani Batu Kurau Dimartabatkan Dalam Buku Keresing Kerenyeh

0

“Ni amba nak haba ka muma satu ceghita. Tapi ceghita ning nana sikik lei.. Lagu ning..” Kata Tok Chei sambei dok keresing kerenyeh, senyung tersipo-sipo, senyung-senyung pak kambing. Pernah dengar loghat sebegini? Inilah loghat unik Patani yang digunakan di Batu Kurau, Lenggong, Grik, Selama, Changkat Jering di Negeri Perak. Selain itu, loghat ini juga digunakan di Pendang, Kuala Ketil, Baling di Negeri Kedah dan beberapa daerah lain.