● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Sejarah

Perjanjian Pertama Perak Dengan Kuasa Luar Pada 1739

19 May 2017 · 2 min baca · 180 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Satu perjanjian yang bertujuan untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Negeri Perak dengan Syarikat Hindia Timur Belanda bagi menghadapi ancaman orang-orang Bugis telah dibuat antara Negeri Perak dengan Syarikat Hindia Timur Belanda pernah ditandatangani pada tahun 1746 yang mana negeri Perak telah diwakili oleh Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak yang ke 13) dan Belanda pula telah diwakili oleh Gabenor Melaka, H. M. Bernhard Albinus.

Buat kali pertamanya sejak negeri Perak bersultan, orang-orang Bugis datang menyerang negeri Perak dalam bulan Disember 1739. Hal ini adalah berikutan dengan kes menuntut bela atas terkorbannya sepupu kepada Daeng Chelak yang dikatakan telah diracun. Daeang Chelak tiba di Perak dalam bulan Jun 1740 dan ketibaan beliau di negeri Perak amat merisaukan Sultan Perak. Ketika berada di Perak, Daeng Chelak telah merampas empat buah perahu dan 200 bahara bijih timah. Oleh kerana hal itu, Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak yang ke 13) mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan daripada sebuah kuasa besar yang lain dalam menghadapi ancaman Bugis yang telah masuk ke dalam negeri Perak.

Syarikat Hindia Timur Belanda

Ketibaan Syarikat Hindia Timur Belanda di Perak sedikit sebanyak telah memberi peluang kepada baginda untuk mengadakan hubungan persahabatan. Dengan persetujuan kedua-dua belah pihak, satu perjanjian telah ditandatangani. Antara syarat-syarat penting dalam perjanjian tersebut adalah:

  • Baginda bersetuju untuk mengadakan hubungan yang berkekalan dengan pihak Belanda.
  • Baginda bersetuju untuk menyerahkan sebuah pulau bernama "Tanjung Putus" (kira-kira 48 kilometer dari Kuala Perak) kepada Syarikat Hindia Timur Belanda.
  • Baginda bersetuju untuk menyerahkan sebidang kawasan tanah ditebing sungai kepada Syarikat Hindia Timur Belanda untuk kemudahan dan keselamatan perdagangan.
  • Baginda bersetuju untuk membenarkan Syarikat Hindia Timur Belanda sahaja dalam mengutip semua hasil bijih timah dari negeri Perak.
  • Belanda bersetuju untuk membeli semua bijih timah dengan harga 26 ducatoon (duit) bagi 375 bahara (berat).
  • Belanda bersetuju untuk membayar sebanyak dua rial bagi setiap bijih timah yang telah dieksport kepada Sultan Muzaffar Shah.
  • Semua kapal yang akan meninggalkan negeri Perak mesti berlabuh di kawasan Syarikat Hindia Timur Belanda untuk diperiksa bagi memgelakkan penyeludupan.
  • Sekiranya di jumpai bijih timah yang cuba diseludupkan, maka ia hendaklah dibahagikan kepada kedua-dua pihak dengan sama rata.

Perjanjian yang ditandatangani dalam tahun 1746 diantara negeri Perak dengan Syarikat Hindia Timur Belanda adalah merupakan titik-tolak permulaan dalam hubungan negeri Perak dengan dunia luar. Perjanjian ini juga adalah perjanjian yang kali pertamanya ditandatangani oleh negeri Perak dengan sebuah kuasa luar.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.