32.9 C
Ipoh
Saturday, 13 July 2024

Masjid Cina Mercu Tanda Di Tasek, Ipoh

- Advertisement - Advertisement
- Advertisement - Advertisement

Tahukah anda terdapat sebuah masjid di Taman Tasek Jaya, Ipoh dengan senibina unik Cina? Masjid ini dinamakan Masjid Muhammadiah bersempena nama masjid lama iaitu Madrasah Muhammadiah.

Bagaimanapun, ia lebih dikenali dengan nama Masjid Cina oleh penduduk tempatan. Masjid ini telah siap dibina pada Ogos 2013 dan dibuka kepada orang ramai 4 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri pada tahun yang sama.

Masjid ini mempunyai senibina setanding dengan Masjid Cina yang terdapat di negeri Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan. Pintu masuk utama dihiasi tulisan Cina di bahagian kanan dan kiri manakala perkataan Masjid Muhammadiah dalam tulisan rumi di bahagian atas.

peta masjid cina

Masjid ini merupakan masjid yang pertama di Malaysia yang menggunakan sepenuhnya senibina Cina. Masjid Cina yang pertama telah dibina di negeri Kelantan. Bagaimanapun, senibina masjid di Kelantan telah mengambil inspirasi gabungan senibina Cina dan Siam.

Masjid Muhammadiah ini juga merupakan satu-satunya masjid di luar negara China yang menggunapakai identiti senibina bangunan tradisi Cina iaitu ‘bumbung panjang’ dan ‘bumbung lima’.

Warna merah turut dijadikan warna utama pada kebanyakan struktur tiang, menara dan pintu gerbang. Selain itu, pohon buluh yang menggambarkan tradisi Cina turut banyak ditanam di kawasan taman-taman kecil di persekitaran masjid. Bahagian bumbung pula dihiasi dengan motif bunga raya menggantikan motif teratai yang biasanya digunakan dalam senibina Cina.

masjid tower

Masjid Cina kedua di Malaysia ini dibina dengan dana sebanyak 4 juta dan diurus tadbir oleh jawatankuasa Masjid Muhammadiah yang lama dan Persatuan Cina Muslim Cawangan Ipoh.

Keseluruhan masjid ini boleh memuatkan 1000 jemaah pada satu-satu masa. Ruang solat utama boleh memuatkan 800 orang manakala ruang solat wanita yang terletak di tingkat atas pula boleh memuatkan 200 orang.

masjid solat

Masjid ini telah mendapat perhatian pelancong daripada negara China selepas masjid ini diperkenalkan di saluran televisyen. Menurut jawatan kuasa masjid, mereka juga telah menerima banyak permintaan untuk melawat masjid ini daripada pelawat bukan Muslim.

Waktu melawat yang dibenarkan adalah daripada jam 9 pagi hingga tengahari dan 2.30 petang hingga 4 petang setiap hari. Pelawat bukan Islam diminta mematuhi peraturan yang ditetapkan seperti etika berpakaian dan tidak membuat bising semasa berada di dalam kawasan masjid.

- Advertisement - Advertisement
하늘
하늘
꿈을 꾸고 믿을 수 있다면 이룰 수도 있다. 세상에서 보고싶은 변화가 있다면 당신 스스로 그 변화가 되어라. 성공에 대한 의지를 품는 것은 무엇보다 중요하다.
Terkini
- Advertisement - Advertisement

Moh baca!

Related news
- Advertisement - Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here