Sebanyak 2,058 buah sekolah kebangsaan (SK) di seluruh negara Malaysia pernah diletakkan dalam kategori sebagai sekolah kurang murid (SKM). Makna kepada sekolah kurang murid (SKM) ini adalah sekolah yang mempunyai murid kurang daripada 150 orang.
Keadaan Terkini Makam Dato Sagor Yang Terbiar
Semua orang kenal dengan nama Dato Sagor yang disanjung tinggi dalam masyarakat melayu negeri Perak pada satu ketika dahulu kerana jasanya dalam menentang penjajah. Sedarkah anda bahawa Dato Sagor itu sebenarnya adalah gelaran sahaja yang dikatakan berada pada susunan ketujuh dalam senarai Orang Besar Delapan negeri Perak.
Sasar 10,000 Idea Pembangunan Kelestarian Negeri Perak
Bersempena dengan Temasya Idea Perak 2017 (PFOI) pada kali ini, penganjur program kempen Idea Untuk Perak mensasarkan sebanyak 10,000 idea sepanjang temasya ini berlangsung. Idea yang dikumpul, dijangka bakal memberi impak yang bermanfaat kepada seluruh warga Negeri Perak.
Pesta Durian Dan Festival Makanan Jalanan di Bulatan Aman Jaya, Meru Ipoh
Semua pembaca setia orangperak.com dijemput beramai-ramai untuk memeriahkan lagi Pesta Durian Dan Buah-buahan Malaysia Thailand Dan Best Street Food Festival, pada 8 September hingga 11 September 2017 di Bulatan Aman Jaya, Meru, Ipoh yang diadakan bersempena dengan Perak Festival Of Ideas.
Pesta Belon Udara Panas Yang Pertama Di Perak
Pada 19 September 1783, seorang saintis yang berasal dari negara Perancis yang bernama Pilatre De Rozier telah mengejutkan seluruh penduduk di bandar Metz yang terletak di Perancis apabila beliau telah memperkenalkan sebuah belon udara panas pertama di dunia yang digelar sebagai Aerostat Reveillon.
Lanjutan Penutupan Jambatan Sultan Yusuf Sitiawan – Sabak Bernam Selama 4 Bulan
Jabatan Kerja Raya Negeri Perak telah mengeluarkan notis berkenaan Jambatan Sultan Yusuf yang menghubungkan Sitiawan dan Sabak Bernam, kini ditutup untuk tempoh 4 bulan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan.
Fiesta Larut 2017, Karnival Rakyat Di Batu Kurau
Tune Advertising Sdn. Bhd. dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Larut akan menganjurkan Fiesta Larut 2017 di Kompleks Sukan Astaka Batu Kurau, pada 14 hingga 17 September, 2017. Berkonsepkan karnival rakyat, Fiesta Larut 2017 akan mendekatkan masyarakat terutamanya anak-anak muda di Parlimen Larut dengan gaya hidup dan saingan yang sihat melalui aktiviti sukan serta aktif.
Pertama Di Malaysia, Temasya Idea Selama Seminggu Di Perak
Perak Festival of Ideas (PFOI) adalah aspirasi daripada Menteri Besar Perak iaitu YAB Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir untuk mempromosikan Perak sebagai negeri yang berasaskan pengetahuan. Ia adalah festival yang memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam melontarkan idea-idea unik dan menarik untuk negeri Perak.
Ibu Dan Anak Mati Rentung Dalam Berpelukan Di Bagan Datuk
Kebakaran berlaku pada jam kira-kira 3.30 pagi bertarikh 30 Ogos 2017 yang melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Bagan Datuk. Lokasi tepat untuk rumah tersebut adalah terletak di Batu 6 1/2, Jalan Maharajalela di Hutan Melintang.
