29.7 C
Ipoh
Saturday, 18 January 2025

Sasar 10,000 Idea Pembangunan Kelestarian Negeri Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Bersempena dengan Temasya Idea Perak 2017 (PFOI) pada kali ini, penganjur program kempen Idea Untuk Perak mensasarkan sebanyak 10,000 idea sepanjang temasya ini berlangsung. Idea yang dikumpul, dijangka bakal memberi impak yang bermanfaat kepada seluruh warga Negeri Perak.

Banner idea

Kempen pengumpulan idea ini sendiri membuka ruang kepada peserta untuk berfikir secara kritis dan kreatif disamping menyediakan platform dan peluang kepada semua untuk menyalurkan idea yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat di Negeri Perak.

Idea di Pangkor Dialogue

Kategori Idea adalah seperti berikut :

  • Kehidupan Peribadi dan kekeluargaan
  • Pekerjaan dan Karier
  • Pembelajaran dan Akademik
  • Perkhidmatan Awam dan Kerajaan
  • Pelancongan dan Pertanian
  • Industri dan Kewangan
  • Dan lain-lain bidang yang bermanfaat

Untuk makluman pembaca orangperak.com, berikut adalah tatacara kempen ini :

1. Semua acara di Temasya Idea Perak 2017 (PFOI) disediakan dengan ‘pennants’ iaitu bendera berbentuk segitiga yang diguna semula daripada bahan terpakai seperti banner pengiklanan. Semua bendera segitiga ini diedarkan kepada peserta di lokasi seminar, konferens, kiosk expo, festival dan pelbagai lokasi lain yang berkaitan.

Peserta Idea

2. Peserta boleh menulis idea pada bendera menggunakan pen dakwat kekal, dan bebas untuk menyertakan butir peribadi seperti nama dan akaun media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter atau Email.

Pelajar Idea

3. Pengumpul Idea akan mengambil gambar bendera tersebut dan akan dimuat naik ke laman sosial Ideasforperak dangan ‘hashtag’ #mohraikanilmu.

Idea di Perpustakaan

4. Bendera segitiga tersebut akan dipamerkan di lokasi sama ada digantung pada dinding, diseluruh bilik atau dipamerkan dengan pelbagai cara yang menarik.

Idea gantung

5. Semua idea yang dimasukkan ke dalam pangkalan data dan akan diunjurkan kepada Kerajaan Negeri Perak untuk idea yang sesuai dilaksanakan kelak.

MB Melihat Idea

Kepada semua pembaca orangperak.com yang telah menulis idea anda pada bendera segitiga ini sepanjang temasya berlangsung, diucapkan terima kasih kerana telah menyertakan idea yang hebat-hebat belaka.

- Advertisement -
하늘
하늘
꿈을 꾸고 믿을 수 있다면 이룰 수도 있다. 세상에서 보고싶은 변화가 있다면 당신 스스로 그 변화가 되어라. 성공에 대한 의지를 품는 것은 무엇보다 중요하다.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here