Restoran Nam Heong ditubuhkan pada tahun 1958 dan inilah restoran kopitiam dan makanan tradisional masyarakat cina yang amat popular di Ipoh, Perak. Restoran kopitiam Nam Heong bertahun-tahun telah menawan hati ramai pelanggan dan secara tidak langsung telah menjadi ikonik di bandar Ipoh.
Senarai Pusat Pemerintahan Kesultanan Negeri Perak
Sejak zaman pemerintahan Sultan Perak yang terawal, dimana lokasi pusat pemerintahan Sultan Perak berada maka disitulah juga wujudnya lokasi istana buat Sultan Perak menetap dan bersemayam. Istana Sultan sentiasa berubah-ubah dari Hilir Perak hingga ke Kuala Kangsar.
Menyusuri Sungai Perak Di Teluk Intan Dengan River Cruise
Sebenarnya, Teluk Intan juga punya produk pelancongan yang tidak ramai orang tahu mengenainya. Selain terkenal sebagai pusat udang galah negara, ianya juga merupakan sebuah bandar lama yang penuh dengan sejarah. Banyak yang boleh diterokai disini dan jika anda ingin tahu apa yang menarik di bandar ini, anda perlu menyelusuri Sungai Perak yang mengelilingi bandar Teluk Intan ini.
Kisah Murtad Paling Sedih Di Kampar, Perak
Nama-nama seperti Aisyah Haji Bohari, Hartina Binti Haji Kamarudin, Azlina Jailani, Siti Fatimah Tan dan banyak lagi mungkin sudah tidak diingati oleh orang Islam yang mana nama mereka begitu popular pada satu ketika dahulu. Walaupun begitu, nama-nama inilah yang sering bermain di bibir masyarakat kita pada hari ini apabila membicarakan tentang isu-isu murtad di kedai kopi.
Sejarah Dan Asal Usul Nama Bagan Serai
Sebuah bandar kecil yang bernama Bagan Serai adalah sebuah mukim yang wujud di dalam daerah Kerian di negeri Perak yang tercinta. Kedudukan dan lokasinya berhampiran dengan Gunung Semanggol, Alor Pongsu, Parit Buntar, Kuala Kurau dan Kuala Gula.
Kandungan
Maksud Bagan Serai
Pernahkah anda terfikir tentang sejarah dan bagaimana datangnya nama bandar ini? Menurut orang lama di Bagan Serai, perkataan “Bagan” adalah merujuk kepada tempat pendaratan dan perhentian yang lebih cenderung kepada aktiviti yang khusus di jeti.

Perkataan “Serai” pula semua orang tahu. Ianya adalah sejenis tumbuhan herba yang menjadi ramuan utama di dalam masakan Melayu dan dikatakan banyak ditanam dikawasan persisiran sungai. Gabungan kedua-dua perkataan tersebut iaitu Bagan dan Serai telah mewujudkan namanya iaitu Bagan Serai.
Kisah Versi Lisan
Ada juga versi lisan lain yang menyatakan bahawa nama Bagan Serai didapati dari sekumpulan perantau yang berhijrah ke Tanah melayu. Ianya dikatakan wujud sebelum kedatangan penjajah Inggeris ke Tanah Melayu lagi. Sepertimana yang kita tahu, penghijrahan perantau-perantau ke Tanah Melayu kebanyakannya adalah dari Sumatera.

Mereka yang merantau ini menyusuri jalan laut di persisiran pantai barat sehinggalah singgah di pantai di sebelah Kuala Kurau. Apabila mereka menyusuri Sungai Kurau, mereka pun mencari satu tempat persinggahan yang sesuai untuk berehat.
Maka, sampailah mereka ke satu kawasan yang penuh dengan pokok serai yang ditanam di pinggir sungai tersebut. Disitulah mereka berehat dan oleh kerana kawasan tersebut sesuai untuk dijadikan penempatan, maka perantau tersebut sebulat suara untuk membina penempatan mereka disana.

Oleh itu, dari situlah timbul ilham untuk menamakan tempat tersebut sebagai Bagan Serai. Bandar ini amat terkenal sebagai penempatan suku Banjar yang terbesar di Malaysia sejak dari dahulu lagi dan menjadi salah satu lokasi kebanggaan buat rayat negeri Perak.
Sejarah Landasan Kereta Api Teluk Intan Ke Tapah Road
Terlalu banyak sejarah-sejarah menarik mengenai negeri Perak. Negeri Perak antara negeri terawal menerima teknologi di negara ini disebabkan kemajuan ekonomi hasil dari sumber bijih timah yang banyak di perut bumi negeri bertuah ini.
Uniknya Pekan Jumaat Di Kampung Sungai Bayor, Selama
Sungai Bayor adalah sebuah pekan yang besar dan popular diantara kampung-kampung yang lain dalam zaman kegemilangannya sejak awal tahun 1960 an hingga 1980 an. Ianya sebuah kampung yang aman damai serta harmoni. Penduduknya yang ramai dan hidup harmoni menyumbang pada hidup muafakat antara satu sama lain.
Disiniland Agrofarm And Resort Di Batu Kurau
Menjanjikan kelainan, Disiniland Agrofarm and Resort adalah sebuah destinasi percutian berbentuk agro yang dikhaskan untuk seisi keluarga yang ingin bersama-sama meluangkan masa berharga.
Raja Zarith Sofiah, Puteri Perak ke Permaisuri Johor
Negeri Perak sememangnya banyak melahirkan individu-individu terkenal di Malaysia mahupun luar negara, baik dalam perkara berkaitan politik, ekonomi dan sebagainya.
Pada kali ini, akan menyentuh kisah hebat puteri dari Negeri Perak yang juga anakanda kepada Paduka Seri Sultan Perak Sultan Idris Shah 2 menjadi Permaisuri bagi Negeri Johor.
Kandungan
Pengenalan Tuanku Raja Zarith Sofiah
Baginda tidak lain ialah Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Tuanku Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Afifullah.

Tuanku Raja Zarith Sofiah yang diputerikan pada tanggal 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak merupakan Permaisuri negeri Johor Darul Takzim dan isteri kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail, Sultan Johor ke 5.
Baginda tidak memakai gelaran Sultanah Johor, sebaliknya memakai gelaran yang buat pertama kalinya digunakan dalam sejarah Kesultanan Johor iaitu “Permaisuri Johor” ketika Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim Ismail pada 23 Mac 2015.

Puteri kepada Sultan Perak ke 33
Baginda merupakan puteri kedua kepada Sultan Perak ke 33 Sultan Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kadasallah dan Raja Perempuan Perak Raja Perempuan Muzwin Binti Almarhum Raja Ariff Shah.
Memperoleh pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Datin Khadijah di Kuala Kangsar sehingga Darjah Enam pada tahun 1971, baginda menyambung ke peringkat menengah di Sekolah Raja Perempuan Kelsom Kuala Kangsar.

Baginda bersekolah menengah di Perak hanya beberapa bulan sahaja kerana pada bulan September 1972, baginda telah dihantar ke England untuk bersekolah di Chaltenham Ladies College sehingga tingkatan enam.
Setelah tamat sekolah, baginda melanjutkan pelajaran di Davies’s College pada tahun 1977 seterusnya pada tahun 1978 baginda diterima masuk ke Somerville College,di Universiti Oxford setelah lulus peperiksaan Oxford Entrance Examination.
Pada bulan Jun 1983, di usia 24 tahun, baginda menamatkan pengajian peringkat ijazah di Univerisiti Oxford dengan memperoleh Ijazah Bachelor of Arts in Chinese Studies. Baginda seterusnya menyambung ke peringkat Master dan memperoleh Master of Arts pada tahun 1986.

Berkahwin dengan Putera Sultan Johor
Baginda mendirikan rumah tangga bersama Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang ketika itu Tunku Mahkota Johor. Istiadat perkahwinan baginda diadakan pada 22 September 1982 ketika baginda berusia 23 tahun.
Perkahwinan di antara putera Sultan Johor dan puteri Sultan Perak ini dikurniakan oleh Allah 6 orang cahaya mata, 5 putera dan seorang puteri. Anakanda sulung baginda, Tunku Ismail kini bergelar Tunku Mahkota Johor.
Anakanda baginda yang lain ialah Tunku Aminah, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar. Sepanjang berkahwin dengan Sultan Ibrahim, baginda dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor Raja Zarith Sofiah.

Permaisuri Negeri Johor
Setelah kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada Januari 2010, suami Tuanku Zarith Sofiah telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor ke 25 dengan gelaran DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Tuanku Zarith Sofiah pula diberi gelaran DYMM Isteri Sultan Johor Tuanku Zarith Sofiah Idris. Baginda tidak diberikan gelaran Sultanah Johor seperti biasanya digelar kepada isteri Sultan Johor.
Baginda kemudiannya dikurniakan gelaran Permaisuri Johor oleh Sultan Ibrahim.

Tuanku Zarith Sofiah seorang puteri yang pintar dan mewarisi bakat seni daripada Almarhum ayahanda baginda, Sultan Idris Shah. Almarhum Sultan Idris merupakan seorang penulis yang baik sehinggakan baginda telah menulis beberapa lirik lagu termasuklah lagu “Cempaka Sari” nyanyian Allahyarham Tan Sri S.M. Salim, “Kalau Rindu” nyanyian Allahyarham Toh Puan Setia Dato’ Rafeah Buang dan lain-lain lagi.
Tuanku Zarith Sofiah lebih kepada bakat melukis dan lukisan baginda pernah menjadi hiasan buku cenderamata Pesta Lukisan Kanak-kanak.

Dekat di Hati Rakyat
Sebagai puteri raja yang amat dekat di hati rakyat, baginda terkenal aktif dalam hal-hal berkaitan kebajikan baik dinegeri Perak, Johor bahkan Malaysia.
Baginda memegang pelbagai jawatan antaranya baginda menjadi Penaung Pertubuhan Kanak-kanak Spastik Johor, Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia dan juga Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia.

Pada 28 November 2012, baginda berkenan melancarkan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor. Yayasan ini bertujuan untuk mengutip dana untuk mengadakan pelbagai program pelajaran dan menyebarkan cara pembelajaran secara Islam.
Penutup
Tuanku Zarith Sofiah sememangnya seorang wanita berjiwa kental dan mempunyai cita -cita yang tinggi untuk melihat rakyat Malaysia dalam keadaan yang lebih baik.
Baginda banyak terlibat dalam mengadakan forum dan bekerjasama dengan pakar-pakar dari luar negara untuk membincangkan hala tuju pendidikan negara.

Baginda juga merupakan Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menggantikan bonda mertua baginda YAM Tunku Puan Zanariah. Selain itu baginda juga merupakan Fellow Fakulti Pengajian Bahasa dan Linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Tuanku Raja Zarith Sofiah juga merupakan Penaung Diraja Kelab Universiti Oxford di Malaysia. Bukan sahaja dalam bidang pendidikan, baginda juga aktif dalam bidang penulisan.
Hasil tulisan Tuanku Raja Zarith Sofiah termasuklah buku cerita kanak-kanak dan juga tulisan di akhbar The Star di ruangan”Mind Matters”.
Manjakan Diri Di Kolam Air Panas Sungai Klah, Sungkai
Pernahkah anda mendengar mengenai Kolam Air Panas Sungai Klah di Sungkai? Sempena Tahun Melawat Perak 2017, kali ini orangperak.com ingin menyentuh mengenai kolam air panas terkenal yang sememangnya menjadi antara tempat yang wajib dilawati di negeri Perak.
