Sukar untuk sebuah syarikat penerbitan akhbar untuk terus bertahan semasa zaman Perang Dunia kedua melanda namun ada sesetengah akhbar tempatan yang mampu terus beroperasi dengan mengedar akhbar mereka seperti akhbar Sardara, Warta Malaya dan Majlis yang pada waktu itu dikenali dan sudahpun laris di kebanyakan bandar di Malaya.
Walaupun sudah dijual kebanyakan bandar di Malaya, namun kandungan beritanya terhad dan tidak menyeluruh kerana masalah kekurangan sumber berita.
Oleh yang demikian, wujudkan akhbar-akhbar yang diterbitkan untuk hanya pada bandar masing-masing seperti akhbar Lidah Benar (Klang), Fajar Sarawak (Sarawak), Panji-panji Melayu (Muar), Ketok-Ketok (Kota Bharu), Nun (Alor Setar), Suara Benar (Melaka) dan Chahaya Malaya (Alor Setar).
Pada 6 Februari 1937, tiba pula giliran Ipoh untuk mempunyai akhbar tersendiri dengan terbitnya naskah percubaan yang dikenali sebagai Warta Perak dan keluaran pertamanya adalah pada 13 Mac 1937.
Warta Perak adalah sebuah akhbar untuk bandar Ipoh yang diterbitkan dan disunting oleh Ahmad Noor Abdul Shukoor yang tinggal di Hugh Low Street, Ipoh.
Ahmad Noor juga pernah menerbitkan majalah Sinar Malaya pada tahun 1931 dan pernah menjadi pengarang buat Saudara, Sahabat, Warta Kinta dan Suara Rakyat. Beliau dibantu oleh Abdul Rahman Al-Ayubi dan Zulkifli Abu Samah yang mula bertugas untuk Warta Perak pada bulan Mei tahun 1937.
Akhbar Warta Perak ini diterbitkan setiap selang sepuluh hari atau tiga kali dalam sebulan. Mereka menggunakan congan kata “Leading Malay Newspaper in Perak” dan “Surat Khabar Am bagi Pergaulan dan Persatuan”.
Warta Perak menyiarkan tulisan dalam bentuk berita dan rencana umum. Antara ruangan yang disiarkan termasuklah berita-berita luar negara dan juga berita sekitar dalam negeri Perak.
Akhbar ini dicampur adukkan kategori dalamnya kerana tiada bahagian khas sepertimana kita dalam lihat dalam akhbar hari ini. Antara contoh berita yang ada dalam Warta Perak adalah rencana umum, halaman untuk orang muda, pengetahuan belia, halaman cemeti dan kepentingan dunia Islam.
Ia kebiasannya dicetak dalam 16 helaian dan dijual pada masyarakat dengan harga 10 sen untuk senaskah. Kadar iklan yang ditetapkan oleh penerbit pula adalah sebanyak RM20 selama sebulan untuk satu muka surat atau sebanyak RM12 untuk setengah muka surat.
Akhbar ini hanya dapat bertahan selama 6 bulan sahaja kerana terdapat masalah kekurangan modal dari penerbit sendiri.