Kerajaan negeri Perak pernah memberi permit selama tiga bulan kepada pihak sindiket dari Singapura untuk mencari harta karun Suzuki yang bernilai lebih $2,000,000. Harta tersebut dikatakan telah disorok dan ditanam di Bagan Datoh oleh askar Jepun sebelum mundur keluar dari Malaya.
Kenangan Serta Jasa Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin
Seorang tokoh yang disegani dan hebat, beliau dilahirkan pada tahun 1956 dan beliau adalah individu yang bernama Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar. Jika anda tidak tahu, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar adalah merupakan seorang Adun dikawasan Kubu Gajah sejak tahun 2008 lagi dan untuk makluman anda, beliau juga adalah bekas ahli parlimen Larut pada tahun 1999 hingga tahun 2008.
Penyu Ada Banyak Di Segari, Manjung
Mungkin tidak ramai yang tahu tentang hal ini, dan disini kita ingin war-warkan kepada semua tentang Pusat Penetasan Penyu Segari. Pusat penetasan penyu ini terletak di pantai Pasir Panjang Segari, Perak. Pantai Pasir Panjang terletak kira-kira 2 km dari Pekan Segari dan 5 km dari Simpang Jalan Lumut ke Pantai Remis. Pantai Pasir Panjang merupakan pantai paling panjang di Daerah Manjung.
Sejarah, Cerita Bota Kiri Dan Bota Kanan
Bota adalah satu nama yang tidak asing lagi dan amat popular dikalangan penduduk di Perak Tengah. Nama lokasi yang dipanggil sebagai Bota ini terbahagi kepada dua iaitu Bota Kiri dan Bota Kanan yang mana ianya mempunyai cerita unik yang tersendiri dan menarik untuk diceritakan.
Kandungan
Pengenalan Bota
Berdasarkan nama Kiri dan Kanan di Bota yang diletakkan adalah untuk membahagikan mukim tersebut yang dipisahkan dengan aliran Sungai Perak. Namanya Kiri dan Kanan diberi mengikut aliran arus sungai jika kita berdiri di darat sebelah tebing sungai Perak di Bota.
Untuk makluman anda, Bota sebenarnya dahulu dikenali dengan nama lain iaitu Berahman Indera dan ianya adalah merupakan pusat pentadbiran Sultan Alauddin Mughayat Shah yang merupakan Sultan Perak ke 12 dan memerintah negeri Perak pada tahun 1720 hingga ke tahun 1728. Berahman Indera juga menjadi lokasi pemerintahan beberapa Sultan Perak yang lain.
Cerita Rakyat Asal Nama Bota
Terdapat juga cerita rakyat yang menceritakan tentang bagaimana nama Bota ini diberi menggantikan gelaran asal yang diketahui iaitu Berahman Indera. Menurut cerita turun temurun yang diceritakan oleh orang-orang tua, nama Bota ini pada asalnya dikatakan berkait rapat dengan kewujudan gergasi di kawasan tersebut.

Penduduk tempatan percaya bahawa terdapat seekor gergasi yang bersaiz besar dan hidup di dalam tanah di kawasan mereka tinggal. Gergasi itu dikatakan menyembunyikan diri dari dilihat orang ramai (manusia) di dalam gua-gua yang ada di dalam tanah dan nama gergasi tersebut tidak lain tidak bukan adalah Bota.
Apa yang menariknya tentang gergasi yang bernama Bota ini, dikatakan ia akan keluar daripada tempat persembunyiannya itu pada waktu petang sebelum senja menjelma sahaja. Gergasi ini juga dikatakan sangat minat dengan kanak-kanak yang tidak memakai seluar. Mana-mana budak yang dijumpainya dan tidak memakai seluar, akan diculiknya dan terus disimpan di dalam tanah.
Mungkin kanak-kanak yang ditangkap oleh si Bota itu akan dijadikan satapan untuk mengenyangkan perut yang lapar. Menurut penduduk tempatan yang sudah berumur, badan gergasi bernama Bota ini berwarna tanah seakan-akan lumpur. Penampakan gergasi Bota ini seringkali dapat dilihat pada satu ketika dahulu di kawasan sawah bendang mencari ikan darat untuk dijadikan makanan.
Sumpahan Si Kelembai
Ada juga pandangan dikalangan pembaca setia orangperak.com yang menyatakan bahawa berkemungkinan gergasi bernama Bota ini sebenarnya bukan mitos dan ianya benar-benar wujud. Pada zaman dahulu, agenda dalam sumpahan dan penggunaan ilmu hitam sememangnya benar-benar boleh berlaku dengan menuruti ilmu yang salah.
Berkemungkinan gergasi bernama Bota ini sebenarnya adalah manusia yang terkena sumpahan si Kelembai yang cukup popular dalam masyarakat kita pada zaman dahulu. Ini adalah satu perkara yang boleh diterima pakai tentang zaman dahulu yang mempunyai unsur-unsur mistik dengan masyarakat yang tidak dapat dipisahkan.
Berikutan penceritaan tentang nama Berahman Indera sebelum nama Bota didendangkan, peristiwa dan cerita berkenaan kewujudan gergasi yang bernama Bota itu mungkin wujud sekitar selepas abad ke 18. Ianya ternyata berada dalam satu zaman yang masih kuat dengan keadaan ilmu-ilmu mistik yang seringkali dikaitkan dengan masyarakat kita.
Dari meja pengarang Orang Perak bersama dengan beberapa kumpulan pembaca setia sebulat suara berpendapat yang kewujudan gergasi bernama Bota ini sebenarnya adalah mitos dan cerita rekaan rakyat sahaja yang diada-adakan kewujudannya untuk menakut-nakutkan anak kecil yang pulang lewat ke rumah apabila keluar bermain.

Kesimpulan
Bota sebenarnya adalah modal dari ibu bapa yang diada-adakan ceritanya untuk menggertak anak-anak mereka akan bahaya bermain diluar terutamanya yang tidak memakai seluar. Sebenarnya ia adalah untuk mengelakkan anak kecil mereka digigit tungau yang gemar hinggap di kawasan pelipat anggota badan manusia dan inginkan anak mereka pulang awal sebelum maghrib menjelang.
Tonton video penerangan Asal Usul Nama Bota
Perkisahan cerita rakyat tentang gergasi bersaiz besar digelar Bota yang gemarkan anak kecil tidak berseluar ini berkemungkinan telah diperturunkan ceritanya kepada beberapa keturunan untuk tujuan yang sama sehinggalah namanya cukup popular dan terus diangkat sebagai nama lokasi yang kini dikenali sebagai Bota Kiri dan Bota Kanan.

Untuk makluman anda, kisah nama Bota juga ada ditulis dalam buku bertajuk In Malay Forests yang ditulis oleh Sir William George Maxwell. Sir William George Maxwell adalah seorang pegawai British di Perak dan fasih berbahasa melayu. Dalam penulisannya ada tertulis tentang Bota yang diceritakan sebagai gergasi yang berkaitan dengan semangat atau mambang hutan.
Kenali Dato Panglima Teja Dalam Sejarah Perak
Pada zaman dahulu di Kuala Teja berdekatan Kota Baharu di Gopeng, terdapat Orang Besar-Besar bergelar Dato Panglima Teja. Ini bermakna setiap Daerah ataupun Wilayah didalam bumi Perak ini pasti juga mempunyai Orang Besar-Besarnya yang kita tidak ketahui selama ini.
Nasi Ayam Bazar Bulat Paling Laris Di Ipoh Sejak 1980
Nasi ayam yang paling laris di Ipoh, ianya cukup terkenal dengan penggemar nasi ayam yang menggelarkannya Nasi Ayam Bazar Bulat sejak ianya dibuka pada tahun 1980 lagi.
Bazar Cross Street Jadi Tumpuan Warga Taiping Pada Malam Hujung Minggu
Warga Taiping pastinya tidak pernah melepaskan peluang bersantai di Bazar Cross Street dan Dataran Warisan pada hujung minggu. Bukan sahaja warga tempatan, Bazar Cross Street juga turut menarik pelancong untuk singgah dan menikmati suasana malam di Taiping, Bandar Warisan.
Aktiviti Pelancongan Di Royal Belum Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Bagi anda yang menggemari kawasan pelancongan yang boleh merehatkan minda dan menenangkan jiwa dari kesibukan bandar, sudah pasti negeri Perak adalah satu pilihan yang tepat kerana Perak punyai sebuah destinasi pelancongan yang istimewa dan sangat sesuai untuk anda.
Penemuan Patung Avalokitesvara Membuktikan Kewujudan Kerajaan Melayu Gangga Negara
Terdapat sesetengah pihak yang hanya percaya bahawa orang-orang Melayu mula menetap di negeri Perak setelah kesultanan Perak diwujudkan. Mereka terpengaruh dengan dakwaan bahawa negeri ini hanyalah hutan tebal sebelum kedatangan Sultan Muzaffar Shah tiba.
Kisah Si Tora Dari Kuala Kangsar, Perak
Antara 12 anggota teras awal Rejimen Gerak Khas (RGK) kini dikenali dengan nama Gerup Gerak Khas (GGK) adalah seorang veteran tentera yang dikatakan amat serius dalam kerjayanya.
Beliau adalah bernama Staf Sarjan Mohamad Zakaria Abas dan lebih dikenali dengan nama panggilan Si Tora atau Singa Berantai dalam kalangan sahabat sepasukannya sewaktu sama-sama berkhidmat dahulu.
Gelaran yang diberikan oleh kenalannya itu mula melekat pada dirinya kerana sikap bengis dalam menjaga disiplin anggota bawahan.
Staf Sarjan Mohamad Zakaria Abas amat dihormati oleh anak buahnya walaupun cukup terkenal dengan garang dan kebengisan beliau. Beliau juga cekap dalam menembak dengan tepat serta tangkas mengendalikan senjata ringan sehingga diberi julukan Tangan Besi.
Si Tora diangkat sebagai individu yang istimewa oleh kebanyakan bekas tentera terutamanya buat mereka yang pernah mendapat asuhan daripadanya.
Kehebatannya dalam menggunakan senjata bukan hanya di medan pertempuran, tetapi Staf Sarjan Mohamad Zakaria Abas juga turut pernah menjuarai pelbagai pertandingan menembak termasuklah antara pasukan tentera negara-negara di Timur Jauh.
Oleh itu, Staf Sarjan Mohamad Zakaria Abas telah dipilih sebagai salah seorang penembak tepat pasukan komando dan terus mempunyai kelayakan untuk mengajar dalam bidang tersebut.
Staf Sarjan Mohamad Zakaria Abas adalah berasal dari kampung Sayong Tebing yang terletak di Kuala Kangsar. Beliau adalah anak penoreh getah dan mula melibatkan diri dengan tentera pada 25 Mei 1949.
Beliau terus ditempatkan di Batalion Ke-4 dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (4 RAMD) selepas menamatkan latihan ketenteraan selepas direkrut. Terlalu banyak kisah suka dan duka serta kepayahan dan cabaran yang dihadapinya sewaktu melaksanakan operasi di dalam negara mahu pun di luar negara ketika berada di Batalion Ke-4 dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (4 RAMD).
Beliau pernah ditangkap dalam kepungan tentera negara jiran sewaktu konfrontasi di Pelaman Mapu, Serian pada tahun 1964 sewaktu beliau bertempur sebanyak tiga kali ketika operasi memburu pengganas komunis.
Satu daripadanya berlaku pada tahun 1950 an di Kampung Lengkong, Jambu Rias di Pahang apabila pasukan yang diketuainya berjaya membunuh seorang musuh lelaki yang merupakan anak buah Musa Ahmad.
Pada tahun 1959, pasukan Staf Sarjan Mohamad Zakaria Abas telah diarah untuk menjejak gerombolan musuh yang diketuai oleh Ibrahim Baba iaitu anak buah kepada Kapten Abu Samah yang berpaling tadah menyertai komunis dan penjejakan itu berakhir dengan pertempuran sengit yang bertembung di hutan Kuala Krau, Temerloh Pahang. Ibrahim Baba tidak dapat ditemui sewaktu penjejakan itu namun seorang pengganas wanita telah berjaya ditembak mati.
Si Tora dihantar bertugas ke Congo pada tahun 1960 bersama Batalion Ke-4 Rejimen Askar Melayu Diraja (4 RAMD) sebagai troop pertama Malayan Special Force (MSF) di bawah misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ONUC), dipimpin oleh Lt Kol Ungku Nazaruddin.
Si Tora bersama-sama dengan pasukannya ke sana dengan menaiki kapal LST milik Amerika Syarikat dan belayar selama 29 hari tanpa singgah di mana-mana, berlepas dari Singapura pada awal Oktober dan mendarat di Pelabuhan Matadi pada 31 Oktober 1960.

Apabila tiba di Congo, hatinya sering sebak dipenuhi rasa hiba apabila melihat sebahagian besar rakyat di sana hidup dalam kebuluran serta dalam kemiskinan.
Mereka bukan sahaja tidak ada sumber makanan tetapi untuk bercucuk tanam pun sukar kerana tanah gersang dan kering kontang kekurangan air. Staf Sarjan Mohamad Zakaria Abas berkhidmat di Congo selama lebih setahun dan pulang ke tanah air selepas tamat berkhidmat di sana.
Pada tahun 1964 bermulalah pembabitan Si Tora dalam komando ketika beliau menjadi Ketua Platun di 4 RAMD di Muar dengan pangkat Sarjan. Pada awal penubuhannya sekitar tahun 1964/65, beliau turut menyertai pemilihan di Kem Majidee, Johor Bahru.
Apabila Si Tora sendiri tahu tentang pihak kerajaan mahu menubuhkan pasukan komando, Si Tora bersama 22 anggota lain dibawahnya terus membuat permohonan. Pada waktu itu, usianya telah mencecah 35 tahun, sudah berkeluarga dan mempunyai tiga orang anak.
Pada penghujung November 1964, Staf Sarjan Mohamad Zakaria Abas melapor diri di Kem Ulu Tiram, Johor untuk mengikuti Kursus Asas Komando selama dua bulan bersama-sama 15 anggota lain di bawah kendalian jurulatih 40 Komando Diraja British. Pada Februari 1965, sesi awal pengenalan komando juga dijalankan di Kem Majidee, Johor Bahru.
Latihan yang dijalankan pada peringkat awal begitu mencabar sekali serta tanpa belas kasihan. Antaranya latihan terjun maut, ikhtiar hidup, mendayung dan berenang menyeberang Selat Tebrau pada waktu malam.
Begitu juga dengan latihan memikul balak yang beratnya lebih 40 kilogram sejauh 1.6 kilometer sambil meredah kawasan lurah, bukit dan belukar serta perlu sampai dalam tempoh beberapa minit tanpa menjatuhkan kayu balak tersebut.
Jika kayu balak yang dipikul terjatuh walaupun betul-betul hampir dengan garisan penamat, mereka harus mula semula dari garisan permulaan walaupun berada dalam keletihan yang teramat.
Pernah berlaku satu peristiwa yang mana kayu balak dipikul oleh kumpulan Si Tora terjatuh kira-kira 50 meter dari garisan penamat betul-betul di depan ketua jurulatih, Mejar Bacon dan disuruhnya ulang semula memikul kayu balak tersebut dari mula.
Disebabkan geram dan marah dengan arahan Mejar Bacon, Si Tora tiba-tiba sahaja naik minyak dan terus memikul balak tersebut seorang diri ke tempat permulaan.
Mereka yang melihat keadaan itu kagum dengan semangat Si Tora lalu Mejar Bacon akhirnya menyuruh beliau berhenti daripada memikul balak meskipun ketika itu dirinya telah bergerak sejauh berpuluh meter.
Selepas berhempas pulas, akhirnya seramai 12 daripada 15 orang yang melapor diri berjaya menamatkan kursus tersebut termasuk Si Tora. Untuk melengkapkan kepakaran pula, kesemua mereka kemudiannya dihantar menjalani latihan payung terjun dan Kursus Jump Master di Batu Djajar, Bandung Indonesia.

Sewaktu dalam komando, satu operasi yang tidak dapat dilupakannya ialah ketika menjejak seorang komander Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) serta 13 pengikutnya di sempadan Sarawak-Kalimantan berhampiran Bau.
Komander tersebut diketahui sebagai pengganas yang licik apatah lagi beliau pernah mendapat latihan asas komando di Batu Djajar, Bandung. Selama dua hari mereka melakukan penjejakan dengan dibantu oleh satu platun Rejimen Renjer Diraja. Akhirnya, selepas bersusah payah, kem musuh berjaya ditemui di dalam hutan, tetapi malangnya mereka sempat lari.
