OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
05:59
Syuruk
07:04
Zohor
13:13
Asar
16:17
Maghrib
19:16
Isyak
20:25
Makanan

Bubur Anak Lebah, Makanan Warisan Perak

15 Apr 2019 · 1 min baca · 52 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Bubur anak lebah amat popular di kawasan Perak Tengah terutamanya di kawasan Bota dan rata-rata orang lama sahaja yang tahu resipi bubur anak lebah ini.

Adakah anda anak Perak tahu dengan bubur anak lebah ini? Jika anda tidak pernah tahu, teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut berkenaan dengan makanan warisan negeri Perak yang semakin dilupakan ini.

Jangan difikirkan tentang anak lebah dimasak bersama bubur, ianya salah sama sekali. Makanan tersebut diberi nama sahaja berkaitan dengan lebah kerana rupa tepungnya seperti anak lebah dan tiada anak lebah yang dimasukkan ke dalam masakan tersebut. Bubur anak lebah amat popular di kawasan Perak Tengah terutamanya di kawasan Bota dan rata-rata orang lama sahaja yang tahu resipi bubur anak lebah ini. Kerana orang muda malas hendak belajar dan membuatnya kerana persediaan untuk masakan ini agak unik, perlukan kemahiran dan sangat melecehkan. Masakan dari air tangan orang muda mana boleh tandingi masakan dari air tangan orang lama, ia tidak dapat dipertikaikan sejak dari dahulu lagi. Menurut penduduk tempatan lama di Bota, bubur anak lebah ini kebiasaannya dihidangkan untuk majlis-majlis selepas ibu baru habis berpantang. Antara majlis yang dimaksudkan adalah majlis naik buai, majlis cukur jambul, majlis akikah dan lain-lain yang berkaitan.

bubur anak lebah

Sejak kebelakangan ini, ada juga disediakan dalam majlis-majlis perkahwinan di kawasan kampung. Tepung digentel dijadikan kecil seakan-akan anak lebah inilah yang menjadi tarikan kerana bentuknya umpama anak lebah seakan cendol tetapi lebih besar dan pendek.

bubur anak lebah

Makanan warisan yang semakin dilupakan seperti bubur anak lebah ini seharusnya diketengahkan semula supaya ia tidak pupus ditelan zaman. Adalah satu kerugian yang amat besar sekali jika makanan yang sedap ini tidak diwarisi kepada generasi muda untuk santapan anak cucu kita. Jika anda ada resepi bubur anak lebah, bolehlah berkongsi di ruangan komen untuk pembaca orangperak.com supaya dapat dijadikan rujukan dan merasai sendiri bertapa sedapnya bubur anak lebah makanan warisan Perak ini.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.