26.6 C
Ipoh
Saturday, 5 October 2024

Harta Karun Suzuki Bernilai Lebih 2 Juta Di Bagan Datoh

- Advertisement -
- Advertisement -

Kerajaan negeri Perak pernah memberi permit selama tiga bulan kepada pihak sindiket dari Singapura untuk mencari harta karun Suzuki yang bernilai lebih $2,000,000. Harta tersebut dikatakan telah disorok dan ditanam di Bagan Datoh oleh askar Jepun sebelum mundur keluar dari Malaya.

Terdapat perjanjian yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan negeri Perak dengan pihak sindiket dari Singapura waktu itu. Antara isi penting dalam penetapan syarat itu adalah ianya berkenaan dengan pembahagian hasil yang ditemui secara sama rata mengikut nilai kepada kerajaan negeri Perak.

Bayaran sebanyak $5,000 perlu dibuat oleh pihak yang jalankan operasi penggalian kepada kerajaan negeri Perak sebagai deposit dan deposit tersebut akan cair sepenuhnya dan tidak boleh dituntut kembali oleh pembayar sekiranya tiada sebarang harta yang ditemui.

Kisahnya harta karun Suzuki ini dipercayai ditanam oleh seorang pegawai risikan tertinggi tentera Jepun yang sedang jalankan tugas penyamaran. Beliau menjalankan kerja penyamaran di Bagan Datoh sebagai tukang kayu dan nama pegawai tersebut adalah Suzuki.

Kerja-kerja mencari gali harta tersebut telah bermula sejak Febuari 1957 lagi yang mana operasi cari gali tersebut tidak tertumpu di satu tempat sahaja. Mereka sentiasa berpindah ke tapak baru yang mungkin menjadi lokasi sebenar dimana harta tersebut ditanam.

Operasi pencarian harta karun beranggapan bahawa terdapat banyak harta-harta yang bernilai yang tertanam seperti kepingan emas, kepingan perak, hasik rampasan barang-barang kemas dari orang-orang melayu dan penduduk kampung dan banyak lagi harta-harta yang bernilai.

Harta Karun Suzuki Bernilai Lebih 2 Juta Di Bagan Datoh

Setelah permit dan kebenaran dari kerajaan negeri Perak tamat tempoh luput tarikhnya mengikut perjanjian, pihak yang jalankan operasi pencarian ini berunding semula dengan kerajaan negeri Perak untuk teruskan operasi pencarian harta karun Suzuki dan pembayaran deposit sebanyak 3kali lagi untuk memperbaharui permit pencarian di sekitar tumpuan lokasi carian.

Lokasi pencarian dipercayai bermula di kawasan pintu masuk utama melalui jalan air iaitu Hilir Sungai Perak yang terletak di Bagan Datoh. Operasi pencarian dan penggalian mencari harta Suzuki itu dikatakan gagal dan tiada sebarang harta yang ditemui walaupun sebutir kelongsong peluru kosong.

Hal ini telah menyebabkan kerajaan negeri Perak berjaya kaut keuntungan buta-buta sebanyak $20,000 dan wang tersebut digunakan kembali untuk memperkemaskan kawasan cari gali yang ditinggalkan oleh pihak yang jalankan operasi tersebut.

Harta Karun Suzuki Bernilai Lebih 2 Juta Di Bagan Datoh

Tidak cukup dengan itu, seorang bomoh bernama Hamzah Bin Lope yang berusia 37 tahun ketika itu juga membayar kepada kerajaan negeri Perak sebanyak $5,000 untuk dapatkan permit mencari harta karun Suzuki. Hamzah Bin Lope adalah seorang pengusaha dan pemilik ladang kelapa dan beliau berjaya dapatkan 3 bulan permit untuk mencari harta karun Suzuki.

Kisah bomoh mencari harta karun Suzuki hangat diperkatakan bukan sahaja dikawasan Teluk Anson (kini Teluk Intan) dan Bagan Datoh malah di seluruh Malaya. Dalam akhbar lama The Straits Times bertarikh 8 September 1958 ada Hamzah Bin Lope nyatakan bahawa beliau dapat pentunjuk tentang lokasi harta karun Suzuki melalui tiga mimpi yang dilaluinya dan beliau menganggapnya sebagai mimpi keramat.

Harta Karun Suzuki Bernilai Lebih 2 Juta Di Bagan Datoh

Hamzah Bin Lope (cekak pinggang)

Malangnya Hamzah Bin Lope kecewa kerana tidak temui sebarang harta karun dan ternyatalah mimpi itu mainan syaitan dalam tidur. Sehingga ke hari ini, masih tiada sebarang harta karun Suzuki yang ditemui di Bagan Datoh (kini Bagan Datuk).

Sumber dan rujukan

  • The Straits Times (Ogos – September 1958)
- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here