Ibrahim Pendek atau nama sebenarnya adalah Ibrahim bin Hassan dilahirkan di bandar Taiping, Perak pada tahun 1932.
Kilang Peluru Di Malim Nawar Peninggalan Jepun
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada satu ketika dahulu adalah merupakan saat gelap seperti neraka di muka bumi ini yang dihadapi oleh tok nenek moyang orang-orang melayu dulu.
Kisah Ketua Polis Perak Ditembak Pengganas Komunis
Darurat pertama diisytiharkan di negara kita dari tahun 1948 hingga tahun 1970. Sejak dari tahun 1948 berlakunya darurat pertama sehinggalah ke tahun 1990, seramai 2,083 anggota keselamatan dan tidak kurang 2,000 orang awam telah terkorban dengan kejam dan lebih 3,500 orang pejuang serta orang awam cedera dan ada yang cacat seumur hidup gara-gara perjuangan sampah pengganas komunis durjana.
Trek Lumba Kuda Pertama Di Perak
Pada tahun 1890, golongan elit berbangsa Eropah tinggal di Batu Gajah sebagai pusat bandar di kawasan tersebut yang mana kebanyakan daripada mereka adalah pemilik kuda dan gemarkan aktiviti lumba kuda. Oleh yang demikian, mereka ini membentuk sebuah kelab yang bernama Kinta Gymkhana Club.
Kenali Sejarawan N.A. Halim Dari Lenggong, Perak
Nama N.A. Halim cukup dikenali oleh peminat sejarah tempatan terutamanya mereka yang gemarkan sejarah tempatan dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Nama sebenar Abdul Halim Nasir atau lebih dikenali dengan nama N.A. Halim adalah merupakan seorang penyelidik dan budayawan dalam warisan seni bina Melayu.
Batu Mestika Geliga Embun, Alat Kebesaran Negeri Perak
Alat-alat Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan alat-alat yang paling unggul dan dihormati. Alat-alat ini digunakan di dalam Istiadat Pertabalan seseorang Sultan. Di dalam Istiadat atau Upacara Kebesaran di-Raja yang lain, hanya sebahagian sahaja digunakan dan dipakai oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak.
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Batu Mestika Geliga Embun adalah merupakan salah satu alat kebesaran negeri Perak yang amat penting dalam istiadat pertabalan Sultan Perak yang berlangsung sejak dari dahulu lagi sehingga ke hari ini.
Jika anda masih ingat, azimat ini pernah yang dipersembahkan oleh Toh Seri Nara Diraja iaitu Mohd. Shah Nong Chik kepada Sultan Perak ke 35 iaitu Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sewaktu istiadat Tabal Adat di Balairong Seri Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.
Kisah pada asalnya Batu Mestika Geliga Embun ini adalah semasa Almarhum Raja Mudzaffar Shah ditabalkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang pertama pada tahun 1528 di Tanah Abang yang mana Tok Temong juga hadir ke istiadat tersebut.

Kehadiran Tok Temong ke Istiadat Pertabalan tersebut turut diiiringi dengan 77 ekor gajah dari Hulu Perak untuk mempersembahkan Batu Mestika Geliga Embun ini kepada Sultan Perak yang pertama iaitu Almarhum Sultan Mudzaffar Shah.
Sebagai balasan pemberian daripada Tok Temong, Almarhum Sultan Mudzaffar Shah telah mengurniakan kepada beliau sebuah Puan Bujur (bekas sirih). Namun kurniaan daripada Almarhum Sultan Mudzaffar Shah kepada Tok Temong kemudian dipersembahkan kembali kepada baginda dan untuk menjadi alat-alat kebesaran negeri.

Tok Temong juga memohon agar baginda Sultan dapat memperkenankan beliau untuk terus memerintah di sebelah kiri mudik Sungai Perak dan meminta agar generasi Sultan Perak selepas ini menghadkan kawasannya di tebing sebelah kanan mudik Sungai Perak.
Permintaan Tok Temong diperkenankan oleh Almarhum Sultan Mudzaffar Shah sehinggalah adat tradisi ini telah dihentikan semenjak pemerintahan Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Shah I (Sultan Perak ke 28) apabila baginda membina sebuah istana di tebing kiri mudik Sungai Perak.

Batu Mestika Geliga Embun ini memaniÂfestasikan baginda berjaya dan bersama dengan Allah untuk melaksanakan pemerintahan yang adil, ibarat embun daripada air suci di awan malam. Sultan Perak juga hendaklah patuh kepada Allah serta membersihkan diri baÂginda, sama ada zahir dan batin.
Pavilion Memorial Di Teluk Intan Yang Semakin Dilupakan
Binaan ini adalah salah satu monumen bersejarah yang ada di Teluk Intan dan namun begitu, tidak ramai yang berkunjung ke Pavilion Memorial ini kerana rata-rata mereka tidak tahu akan kisah disebalik apakah ceritanya Pavilion Memorial ini sejak ia dibina.
Pengasas Kumpulan Sunway Berasal Dari Pusing, Perak
Pernah dengan dengan nama Sunway Group? Sudah pasti ramai yang ketahuinya namun pernahkah anda tahu bahawa pengasasnya adalah orang yang berasal dari pekan kecil di negeri Perak iaitu pekan Pusing?
Asal Usul Dan Sejarah Nama Bukit Chandan, Kuala Kangsar
Sebut sahaja nama Bukit Chandan, semua orang tahu inilah kawasan yang cukup terkenal dengan lokasi istana rasmi Sultan Perak iaitu Istana Iskandariah yang telah siap dibina pada tahun 1933 dan dinamakan bersempena nama Paduka Seri Sultan Iskandar Shah yang memerintah Perak dari tahun 1918 hingga 1938.
Sejarah Dan Asal Usul Gerik, Perak
Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang dikenali sebagai Gerik itu masih diliputi oleh hutan belantara dan terletak di bawah pemerintahan Raja Reman.
