Nostalgia Super Kinta, Pasaraya Paling Laris

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Siapa yang tak kenal dengan kompleks beli belah yang paling popular di Kinta pada satu ketika dahulu? Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah pusat bandar Ipoh dan turut mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana ada Pasar Besar Ipoh dibawahnya.

    Ianya adalah antara yang terawal pada waktu itu dan boleh dikatakan, Super Kinta adalah diantara satu-satunya pasaraya yang besar dan lengkap dengan barangan yang dijual untuk keperluan penduduk tempatan.

    Selain dari pasaraya Super Kinta, ada juga pasaraya lain seperti Yik Foong, Ocean, Hankyu Jaya, Parkson Ria, Bazar Bulat dan Payless yang wujud dan menjadi pilihan ramai pada ketika itu.

    Nostalgia Super Kinta, Pasaraya Paling Laris

    Rata-rata warga lama Perak tidak akan dapat lupakan Super Kinta yang pernah menjadi satu mercu tanda buat bandar Ipoh pada satu ketika dahulu dan hari ini, ia masih lagi teguh berdiri cuma tidak lagi beroperasi sebagai pasaraya seperti dulu.

    Nostalgia Super Kinta, Pasaraya Paling Laris

    Sedikit fakta tentang pasaraya Super Kinta untuk anda pembaca setia orangperak.com yang disayangi. Tepat jam 10 pagi pada tarikh 6 Mac 1983, itulah detik sejarah buat bangunan Super Kinta dimana pusat membeli belah yang terawal dibuka di Ipoh yang menjadi lagenda dan kebanggaan buat kita semua warga Perak pada hari ini.

    Namun, berikutan kemunculan beberapa kompleks membeli belah yang lebih besar dan moden di bandar Ipoh ini telah menyebabkan pasaraya Super Kinta telah ditutup.

    Nostalgia Super Kinta, Pasaraya Paling Laris

    Untuk makluman anda, filem Rock dan Rock Ooo arahan daripada Mamat Khalid turut pernah menjalani pengambaran di kawasan tersebut. Nostalgia di kawasan bangunan Super Kinta di bandar Ipoh dikatakan dapat dirasai semula oleh penonton-penonton filen arahan Mamat Khalid itu dan ianya berjaya menarik kembali memori 80an penonton.

    Hari ini, bangunan Super Kinta telah dijadikan sebagai UTC Ipoh untuk kegunaan dan kemudahan kepada orang awam dalam urusan tertentu. Masihkah anda ingat pada zaman keceriaan dan kegemilangan di Super Kinta pada waktu dahulu?

    Nostalgia Super Kinta, Pasaraya Paling Laris

    Kongsikan pengalaman dan nostalgia yang tidak dapat anda lupakan bersama-sama pembaca orangperak.com yang lain disini tentang bangunan Super Kinta supaya kita sama-sama dapat imbas kembali zaman kegemilangan Super Kinta ini.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.