● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:57
Syuruk
07:02
Zohor
13:10
Asar
16:19
Maghrib
19:11
Isyak
20:20
Sejarah

Nostalgia Super Kinta, Pasaraya Paling Laris

31 Jan 2019 · 2 min baca · 158 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Siapa yang tak kenal dengan kompleks beli belah yang paling popular di Kinta pada satu ketika dahulu? Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah pusat bandar Ipoh dan turut mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana ada Pasar Besar Ipoh dibawahnya.

Ianya adalah antara yang terawal pada waktu itu dan boleh dikatakan, Super Kinta adalah diantara satu-satunya pasaraya yang besar dan lengkap dengan barangan yang dijual untuk keperluan penduduk tempatan. Selain dari pasaraya Super Kinta, ada juga pasaraya lain seperti Yik Foong, Ocean, Hankyu Jaya, Parkson Ria, Bazar Bulat dan Payless yang wujud dan menjadi pilihan ramai pada ketika itu.

Nostalgia Super Kinta, Pasaraya Paling Laris

Rata-rata warga lama Perak tidak akan dapat lupakan Super Kinta yang pernah menjadi satu mercu tanda buat bandar Ipoh pada satu ketika dahulu dan hari ini, ia masih lagi teguh berdiri cuma tidak lagi beroperasi sebagai pasaraya seperti dulu.

Nostalgia Super Kinta, Pasaraya Paling Laris

Sedikit fakta tentang pasaraya Super Kinta untuk anda pembaca setia orangperak.com yang disayangi. Tepat jam 10 pagi pada tarikh 6 Mac 1983, itulah detik sejarah buat bangunan Super Kinta dimana pusat membeli belah yang terawal dibuka di Ipoh yang menjadi lagenda dan kebanggaan buat kita semua warga Perak pada hari ini. Namun, berikutan kemunculan beberapa kompleks membeli belah yang lebih besar dan moden di bandar Ipoh ini telah menyebabkan pasaraya Super Kinta telah ditutup.

Nostalgia Super Kinta, Pasaraya Paling Laris

Untuk makluman anda, filem Rock dan Rock Ooo arahan daripada Mamat Khalid turut pernah menjalani pengambaran di kawasan tersebut. Nostalgia di kawasan bangunan Super Kinta di bandar Ipoh dikatakan dapat dirasai semula oleh penonton-penonton filen arahan Mamat Khalid itu dan ianya berjaya menarik kembali memori 80an penonton. Hari ini, bangunan Super Kinta telah dijadikan sebagai UTC Ipoh untuk kegunaan dan kemudahan kepada orang awam dalam urusan tertentu. Masihkah anda ingat pada zaman keceriaan dan kegemilangan di Super Kinta pada waktu dahulu?

Nostalgia Super Kinta, Pasaraya Paling Laris

Kongsikan pengalaman dan nostalgia yang tidak dapat anda lupakan bersama-sama pembaca orangperak.com yang lain disini tentang bangunan Super Kinta supaya kita sama-sama dapat imbas kembali zaman kegemilangan Super Kinta ini.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (3)

ahmad fadzli
14 Nov 2018 16:07
saya pernah kerja kat super kinta lepas spm tahun 1992, mmg banyak kenangan kat situ, selalu makan kat food court.
super kinta tutup sbb banyak hutang yang tak diselesaikan dan jadi bankrap.
Kamell Ibrahim
04 Aug 2022 12:02
Jangan lupa dulu ada pasaraya Emporium, Cresendo dan Pasaraya Angel. Ada satu kisah di Pasaraya Angel yg admin boleh tulis dan cerita iaitu kematian seorang pengunjung yg ditangkap dan dipukul oleh pengurus gedung tersebu. Konon dikatakan telah mencuri sebuah mini kompo. Namun tak silap saya ianya merupakan salah faham sahaja.
akiko asykin
30 Jul 2026 16:17
Masa kecik selalu ke situ … dah form 4 kawan ajak kerja partime 26 hari 4 hari off day dapat cuti bertunang sehari.Seronok rindu food court nya dan kakak2 cantik. pagi-pagi nyanyi dan wajib beri salam pada staf lain kerana hormat.lepas SPM dah tak sempat nak keje situ.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.