Baru-baru ini kecoh dikatakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil sampel tepung gandum yang didakwa oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bahawa mengandungi bahan peluntur dan boleh menjejaskan kesihatan. Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil sampel tepung gandum yang didakwa mengandungi bahan peluntur untuk dianalisa di makmal secepat mungkin.
Datuk Seri Dr S. Subramaniam menegaskan sekiranya tepung tersebut didapati mengandungi bahan peluntur yang melebihi kuantiti yang dibenarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihaknya akan menarik semula penjualan tepung tersebut dengan tanpa budi bicara. Adalah menjadi satu kesalahan undang-undang jika menggunakan bahan kimia yang tidak dibenarkan untuk mengubah warna dalam memproses tepung. Sekiranya ditangkap dan terbukti melanggar undang-undang ini, tindakan dari segi perundangan akan dijalankan terhadap organisasi dan individu yang terlibat termasuk tarik balik penjualan, dan menghentikan operasi dengan serta-merta.
Perkara sebigini secara tidak lansung sebenarnya adalah seakan-akan isu yang sama dibangkitkan kembali atau berulang kembali dan tidak pernah selesai sejak dahulu lagi. Macam-macam kes dan aduan berkenaan dengan tepung ini terpampang di dada akhbar sejak dahulu. Bagi sesetengah pihak yang tidak bertanggung-jawab dan hanya memetingkan kepentingan diri sendiri serta untuk mengaut keuntungan yang melipat ganda, mereka senang mengambil jalan mudah dan mungkin pihak mereka sendiri ada agenda tertentu.
Adakah perkara dan isu sebegini tidak akan pernah selesai? Ini perihal sumber pemakanan dan semua orang menggunakan tepung gandung. Orang ramai berharap, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat menyelesaikan isu ini dengan segera dengan efektif.