Sayangkan budaya dan adat melayu, sesuatu yang wajar diangkat tinggi untuk mempertahankan martabat adat resam melayu yang semakin kian pudar warnanya umpama lunturnya warna dari kain yang semakin memutih.
Sejarah Hospital Raja Permaisuri Bainun
Hospital Besar Ipoh atau kini lebih dikenali sebagai nama Hospital Raja Permaisuri Bainun telah menjadi saksi pada jutaan kelahiran anak Perak termasuk kami sendiri dari kalangan editor orangperak.com dan juga author yang membabitkan diri.
Pengasas Sahibba Dan Saidina Dari Perak
Anda pernah dengar atau pernah bermain dengan permainan yang bernama Sahibba dan Saidina yang amat popular di negara kita? Sudah pasti ramai masyarakat kita pada hari ini mengenali permainan ini yang mana ia seolah-olah sudah sinonim dengan permainan pendidikan sejak di zaman persekolahan lagi.
Kaitan P. Ramlee Dengan Bekas Permaisuri Perak
Anak Malaysia cukup kenal dengan Seniman Agung Negara yang bernama P. Ramlee ini. Kita disajikan dengan filem-filem hasil buatan dan lakonan beliau sendiri sejak dari kecil sehinggalah sekarang. Tidak pernah rasa bosan menonton filem lakonannya walaupun berulang-ulang kali menontonnya.
Hari Buruh Pertama Malaya Disambut Di Ipoh
Sebut sahaja tentang Hari Buruh, boleh dikatakan semua rakyat Malaysia tahu bahawa Hari Buruh merupakan hari cuti umum bagi semua pekerja di Malaysia. Namun tahukah anda tentang sejarah atau asal-usul Hari Buruh ini? Untuk makluman pembaca setia orangperak.com, pada asalnya Hari Buruh yang disambut di negara kita sehingga kini dipanggil dengan nama May Day. Pasti ramai pembaca-pembaca orangperak.com yang masih belum mengetahui tentang sejarah dan asal usul May Day ini.
Pokok Peluru Meriam Penambah Keunikan Taman Tasik Taiping
Sebagai anak jati negeri Perak, Taman Tasik Taiping sudah tentu tidak asing buat kita. Diasaskan pada 1880 Taman Tasik Taiping ini yang merupakan taman awam pertama di Malaya mempunyai banyak tarikan menarik yang tidak terdapat ditaman-taman lain di Malaysia. Kali ini orangperak.com ingin berkongsi mengenai salah satu tumbuhan menarik yang terdapat di Taman Tasik Taiping iaitu Pokok Peluru Meriam.
Klinik Pakar Kulit Paling Popular Di Perak, Klinik Nagoke
Inilah tempatnya iaitu klinik yang menjadi bualan buah mulut orang ramai apabila setiap kali hendak berikhtiar untuk merawat apa juga jenis penyakit kulit. Untuk makluman anda, klinik ini sentiasa dipenuhi dengan orang ramai pada setiap hari. Mereka yang datang ke klinik ini adalah kebanyakannya mereka yang mempunyai pelbagai masalah penyakit kulit dan mereka juga datang dari merata lokasi tidak kira dekat dan juga jauh untuk merawat penyakit kulit mereka.
Rekod Tahanan Penjara Paling Lama Malaysia Di Penjara Taiping
Kisah Salleh Talib serta Jamil Ahmad yang dibebaskan dari penjara pada tahun 2006 setelah mendapat pengampunan telah mencipta sejarah sebagai tahanan yang paling lama menjalani hukuman penjara di Malaysia dan kisah mereka ini wajar untuk diangkat sebagai teladan kepada semua.
Asal Usul Dan Sejarah Nama Teluk Batik
Teluk Batik pada asalnya dikenali sebagai Teluk Batak pada zaman awal kewujudannya. Walau bagaimanapun pada 26 April 1974, nama Teluk Batak telah ditukarkan kepada Teluk Batik.
Pengalaman Dikelilingi Kelip-Kelip Di Kampung Dew
Kampung Dew terletak di daerah Taiping Perak dan untuk sampai ke sana, anda perlu ambil jalan keluar tol dari lebuhraya Kamunting atau Taiping dan kemudian anda akan bertemu Simpang Empat. Di Simpang Empat tersebut, ambil laluan kiri dan jalan terus sehingga sejauh 2km dan anda akan bertemu Kampung Dew yang terletak di sebelah kanan jalan di laluan anda.
