28.9 C
Ipoh
Thursday, 27 March 2025

Sejarah Hospital Raja Permaisuri Bainun

- Advertisement -
- Advertisement -

Hospital Besar Ipoh atau kini lebih dikenali sebagai nama Hospital Raja Permaisuri Bainun telah menjadi saksi pada jutaan kelahiran anak Perak termasuk kami sendiri dari kalangan editor orangperak.com dan juga author yang membabitkan diri.

Adalah menjadi satu nostalgia buat kebanyakan anak Perak yang kebanyakannya dilahirkan disini. Apabila lalu sahaja di jalan ini, terlintas difikiran, inilah tempat lahir ku.

peta Hospital Raja Permaisuri Bainun

Sejarah Hospital Raja Permaisuri Bainun bermula pada tahun 1891 sebagai Hospital Daerah dengan dikenali sebagai Hospital Ipoh dengan kapisiti sebanyak 50 buah katil sahaja.

Kemudian, Hospital ini dinaiktarafkan sebagai Hospital Negeri pada tahun 1942. Bangunan utama 8 tingkat siap dibina pada tahun 1980. Pembangunan lain termasuk Kompleks Klinik Pakar (tahun 1992) dan Kompleks Rawatan Harian (tahun 2005).

Pada Khamis, 12 Jun 2008, nama hospital telah ditukar daripada Hospital Ipoh ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Sekarang, Hospital Raja Permaisuri Bainun adalah merupakan hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang ketiga paling besar di Malaysia selepas Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pulau Pinang dengan kapasiti 990 buah katil, 16 dewan bedah, 16 katil unit rawatan rapi dewasa, 8 katil unit rawatan jantung, 17 katil unit rawatan rapi kanak-kanak (PICU) dan 20 katil unit rawatan neonatal.

peta Hospital Raja Permaisuri Bainun

Hospital ini menyediakan perkhidmatan dalam kepakaran untuk semua bidang kepakaran asas dan juga sub kepakaran seperti nefrologi, perubatan respiratori, hematologi, bedah neuro, pembedahan plastik, dan pediatrik surgeri.

Perkhidmatan pengimejan dilengkapkan dengan peralatan MRI CT scan dan mesin mammography. Hospital Raja Permaisuri Bainun ini juga berfungsi sebagai hospital latihan untuk penuntut perubatan, pelatih jururawat dan anggota kesihatan bersekutu dari institut pengajian tinggi awam dan swasta.

Tidak dilupakan, ia juga menjadi pusat latihan untuk doktor siswazah. Untuk aspek pencapaian kualiti, Hospital ini telah menerima anugerah sijil MS ISO 9001 pada tahun 2005 dan sijil akreditasi hospital pada tahun 2006.

Hospital ini juga telah diberi status hospital rakan bayi sejak tahun 1996 lagi. Ada dikalangan anda pembaca disini yang lahir di hospital ini? Ingatlah tempat lahir anda.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here