Sistem hirarki kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan amat unik dan berbeza dengan negeri-negeri lain yang ada di Malaysia. Baginda yang menjawat jawatan sebagai Sultan Perak akan melalui menjawat jawatan Raja yang disusun dan akan dinaikkan setangga pangkat sehinggalah mendapat takhta utama sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan.
Ianya amat unik dan berlainan dari negeri-negeri lain yang ada di Malaysia yang mana menggunakan sistem turun temurun dari Raja pemerintah kepada puteranya. Sistem yang unik ini sangat sukar untuk difahami, maka ketelitian amat penting bagi memastikan sistem yang unik ini menjadi simbol kesentosaan dan kesejahteraan negeri.
Untuk bahagian gelaran Raja Kecil, adalah menjadi kebiasaan bagi seseorang Raja Pemerintah semasa dalam pemerintahannya untuk melantik anakanda baginda dan mengisi tempat atau gelaran yang kosong yang terdapat dalam sistem hirarki Kesultanan Perak seperti mana yang telah dinyatakan iaitu gelaran Raja Kecil Bongsu hinggalah ke Raja Kecil Besar.
Apabila berlakunya kemangkatan di mana-mana jawatan, secara tidak lansung akan dinaikkan setapak jawatan sepertimana yang ditunjukkan dalam gambar dibawah untuk mengisi kekosongan jawatan yang ada. Oleh itu, berikutan dengan kemangkatan, penyandang-penyandang gelaran-gelaran yang ada di bawahnya telah di naikkan ke atas.
Ianya juga bergantung kepada beberapa syarat tertentu yang mana akan dikekalkan kedudukannya jika faktor kesihatan yang tidak membolehkan menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab yang lebih berat dari jawatan atasnya.
Dewan Negara Negeri Perak memainkan peranan dalam hal pemilihan dan mempunyai kuasa dalam pemilihan dan perlantikan Sultan serta Raja-raja Bergelar. Dewan Negara Negeri Perak yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan Dewan Negara ini mempunyai peranan penting dalam melaksanakan proses pemilihan dan perlantikan Sultan atau Raja Pemerintah dan lain-lain gelaran dalam sistem hirarki. Dewan Negara ini tiada perkaitan dengan dewan perwakilan rakyat yang merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen bagi negara Malaysia.
Objektif utama penubuhan Dewan Negara ini bagi membantu dan menasihatkan Raja Pemerintah dalam menjalankan tugas-tugas Baginda. Di antara tugas-tugas lain Dewan Negara ialah menasihatkan Raja Pemerintah di dalam perlantikan bakal-bakal Sultan dan Raja-raja Bergelar.
Persidangan Dewan Negara hanya boleh bersidang apabila dititah oleh Raja Pemerintah. Sekiranya Baginda tidak berangkat hadir, maka Bakal Sultan yang kanan akan mempengerusikan persidangan itu atau Orang Besar Negeri yang terlebih kanan sekiranya tidak ada sesiapa Bakal Sultan yang hadir.
Tetapi sekiranya persidangan Dewan Negara itu akan membincang pemilihan dan perlantikan seseorang Raja Pemerintah atau pemerintahan seorang Raja Pemerintah, atau lantikan Jemaah Pemangku Raja atau apa-apa perkara lain yang bersangkut paut dengan tubuh badan Raja Pemerintah atau persidangan itu menganggap adalah berfaedah Baginda tidak bersama, maka tidaklah boleh Baginda berangkat hadir dan mempengerusikan persidangan itu. Begitulah juga dengan Bakal-bakal Sultan atau Raja-raja Bergelar. Siapakah Ahli Dewan Negara Perak?
Ahli-ahli rasmi:
- Bakal-bakal Sultan
- Seorang wakil Raja-raja Bergelar
- Menteri Besar
- Orang Besar Empat
- Orang Besar Delapan
- Mufti
Ahli-ahli tidak rasmi:
- Orang tua (11 orang)
- Bukan Melayu (seorang)
Sekadar untuk maklumat tambahan, berkenaan dengan gelaran buat isteri Raja Pemerintah, isteri kepada Raja-Raja Bergelar dan Raja-Raja Penyandang adalah seperti dibawah:
- Raja Permaisuri Perak
- Raja Puan Besar Perak
- Raja Puan Muda Perak
- Raja Kecil Besar
- Raja Kecil Sulung
- Raja Kecil Tengah
- Raja Kecil Bongsu
Dengan ini, kami dari warga orangperak.com berharap agar anda pembaca setia dapat memahami tentang sistem hirarki yang kami terangkan dalam artikel ini. Adakah menjadi persoalan yang bermain di fikiran anda tentang, mengapakah hanya Perak sahaja yang menggunakan sistem hirarki untuk pemilihan Sultan pemerintah? Untuk menjawab persoalan ini, ayuh kita sama-sama bincangkan pada bahagian komen secara ilmiah yang bersumberkan pengetahuan anda supaya dapat dikongsikan pandangan dan menambah pengetahuan masing-masing.
Assalam… saya nak tanya boleh tahun bila abang buat kajian ni?
waalaikummussalam, ianya umum.. pencarian maklumat ini dibuat dalam tahun 2017