Tag: sistem
Keunikan Sistem Hirarki Kesultanan Perak
Sistem yang unik ini sangat sukar untuk difahami, maka ketelitian amat penting bagi memastikan sistem yang unik ini menjadi simbol kesentosaan dan kesejahteraan negeri. Baginda yang menjawat jawatan sebagai Sultan Perak akan melalui menjawat jawatan Raja yang disusun dan akan dinaikkan setangga pangkat sehinggalah mendapat takhta utama sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan. Ianya amat unik dan berlainan dari negeri-negeri lain yang ada di Malaysia yang mana menggunakan sistem turun temurun dari Raja pemerintah kepada puteranya.
Sistem Nama Panggilan Anak-Anak Kelahiran Perak
Setiap anak kelahiran Perak dan sesiapa sahaja yang bakal bernikah dengan anak Perak wajib untuk ambil tahu akan hal nama panggilan dan gelaran untuk kebanyakan orang-orang di Perak. Gelaran dan nama panggilan untuk susur atur mengikut turutan seperti along, angah dan seterusnya mungkin biasa kedengan di negeri-negeri lain, tetapi di negeri Perak ada sedikit kelainan yang mungkin masyarakat kita di zaman sekarang terlepas pandang.
Perak Bakal Laksanakan Sistem E-Parking Untuk Tahun 2019
Kerajaan Perak akan memperkenalkan aplikasi telefon pintar untuk membayar caj meletak kereta (e-parking), bermula tahun 2019. Pengguna tidak lagi perlu untuk membeli kupon berlainan mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Panduan Membuat Aduan Dengan Sistem e-Aduan Perak
Jika anda ada sebarang aduan untuk disalurkan pada pihak yang sepatutnya dan anda ada akses sambungan ke internet, perkara pertama yang harus anda lakukan adalah terus ke laman web sistem e-aduan Perak.