Asal usul nama Slim River diambil dari dua perkataan Inggeris yang membawa makna sebagai Sungai Sempit dalam bahasa Malaysia. Hal ini disebabkan British telah menamakan kawasan ini dahulu berikutan keadaan sungai dikawasan ini yang sempit. Dahulu, Slim River merupakan sebuah pekan di Daerah Batang Padang, Negeri Perak dan ia terletak di selatan Perak, kira-kira 20 km di utara Tanjung Malim dan 100 km di selatan Ipoh. Kini, Slim River merupakan pekan kedua terbesar di daerah Tanjung Malim dan ditadbir oleh Majlis Daerah Tanjung Malim.
Slim River adalah tempat berlakunya pertempuran yang menentukan nasib Tentera British semasa serangan Jepun ke atas Tanah Melayu iaitu ketika Perang Dunia II. Tentera British telah mengalami kekalahan teruk semasa Pertempuran Jitra apabila Divisyen ke-11 India pimpinan Mej. Jen. David Murray-Lyon ditewaskan oleh Tenetra Jepun pimpinan Lt. Jen. Tomoyuki Yamashita dan yang memaksa mereka berundur ke Kampar.
Tentera British mengatur pertahanan di Kampar. Tentera Jepun terus mara dan berhadapan dengan Tentera British dalam Pertempuran di Kampar. Tentera British memberikan tentangan hebat tetapi Tentera Imperial Jepun lolos melepasi barisan pertahanan British dan memaksa mereka berundur ke Slim River.
Lt. Jen. A. E. Percival dan Lt. Jen. Lewis Heath tahu sekiranya mereka gagal menyekat kemaraan Jepun dI Slim River, Tentera British tidak akan dapat mempertahankan Selangor dan Negeri Sembilan. Bagaimanapun tentera British yang sedang berehat ketika berundur, telah diserang secara mengejut dalam satu pertempuran yang dikenali sebagai pertempuran di Slim River. Pertempuran ini terkenal kerana kejutan yang terhasil apabila sejumlah kecil tentera infantri Jepun dengan bantuan kereta kebal berjaya menumpaskan pasukan Tentera British yang lebih besar. Pertempuran ini mengakhiri harapan tentera British bagi mempertahankan Tanah Melayu.
Tarikan Kolam Air Panas Ulu Slim
Pengunjung-pengunjung yang datang ke kolam ini kebanyakannya gemar merebus telur dan merendamkan kaki ke dalam kolam ini. Persekitaran kawasan kolam ini telah dibersihkan dan dibangunkan oleh Majlis Daerah Tanjung Malim dengan kemudahan – kemudahan seperti pondok istirehat jambatan laluan berjalan kaki diatas kolam yang telah menjadikan Kolam Air Panas ini menjadi satu tempat yang menarik dan cantik. suhu air kolam ini mencecah 104°C. Kolam ini juga menjadi tumpuan bagi peserta-peserta X.P.D.C merentasi Banjaran Titiwangsa dari Raub Pahang.