Sejarah Pekan Parit, Perak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Sejarah Pekan Parit ini diceritakan suatu ketika dahulu, terdapat dua orang perantau dari Teluk Intan Perak yang bernama Ngah Sagor dan Alang Ghafar telah berhijrah ke Parit melalui sungai Perak kira-kira awal abad ke 20.

    Mereka dikatakan telah berhijrah ke Parit setelah kalah bertaruh wang dalam satu permainan tradisional tempatan yang diberi nama “Semperit”. Tidak diketahui bentuk dan cara permainan tradisional itu dilakukan begitu juga hubungan dua insan ini sama ada rakan sekampung atau ada tali persaudaraan.

    Dua perantau berkenaan mengambil keputusan meninggalkan Teluk Intan dan menuju ke utara hingga sampai ke tebing sungai Perak (kini berhampiran Sekolah Chong Hua Parit tidak jauh dari balai polis Parit sekarang).

    Keadaan pekan Parit diwaktu itu hanyalah hutan belantara dan mereka bertanya satu sama lain nama tempat itu, kata Ngah Sagor oleh kerana mereka mendarat disekitar kawasan parit atau alur sungai berhampir di situ, maka Ngah Sagor menamakannya “Parit” sempena nama alur tersebut yang sekarang ini terletak berhampiran dengan pasar Parit.

    pusara ngan sagor

    Pada asalnya pusara Ngah Sagor terletak berhampiran tebing sungai Perak, oleh kerana berlaku hakisan tanah ditebing itu, maka pusaranya di pindahkan yang sekarang terletak berhampir balai bomba Parit. Tidak diketahui pula dimana pusara Alang Ghafar.

    menara jam parit

    Jam tinggi yang terletak di tengah-tengah pekan Parit menjadi mercu tanda sehingga ke hari ini. Pada tahun 1979, Parit dikeluarkan dari Daerah Kuala Kangsar dan digabungkan ke dalam pentadbiran daerah Perak Tengah.

    permandangan pekan parit

    Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember, 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil. 936 bertarikh 20 November 1979. Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan seluruh Malaysia.

    pekan parit 1967 banjirpekan parit 1967 banjirpasar pekan parit 1967 banjir

    Berikutan 3 keping gambar terakhir diatas adalah keadaan Pekan parit semasa banjir besar yang melanda kawasasan Perak Tengah pada tahun 1967. Banyak yang diceritakan keadaan bah besar yang melanda itu setinggi bumbung rumah,jambatan yang menghubungkan Bota Kiri dan Bota Kanan runtuh dan macam-macam lagi.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.