Home Blog Pelancongan Perak Pun Ada Floating Market Di Pengkalan Hulu

Perak Pun Ada Floating Market Di Pengkalan Hulu

Perak Pun Ada Floating Market Di Pengkalan Hulu

Floating Market atau lebih dikenali dengan nama pasar terapung adalah dengan kaedah barangan dijual dari sampan. Semua orang tahu bahawa satu penempatan bermula di kawasan yang berada di kawasan air yang mengalir seperti sungai yang mana ia memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian manusia.

Pada hari ini, kebanyakan “Floating Market” atau pasar terapung yang beroperasi berfungsi sebagai salah satu produk pelancongan setempat untuk tarikan para pelancong dan untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, “Floating Market” atau pasar terapung ini kebanyakannya terdapat di Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Perak Pun Ada Floating Market Di Pengkalan Hulu

Mungkin tidak ramai yang tahu dengan kewujudan “Floating Market” atau pasar terapung yang telah lama beroperasi di salah sebuah tasik yang ada di Pengkalan Hulu negeri Perak sejak dibuka pada orang ramai pada Disember 2015 yang lalu. Ianya tidak lain tidak bukan adalah Tasik Takong.

Perak Pun Ada Floating Market Di Pengkalan Hulu

Konsep “Floating Market” atau pasar terapung yang ada di Tasik Takong, Pengkalan Hulu ini adalah hasil idea dari produk pelancongan Thailand untuk para peniaga memanfaatkan Tasik Takong. Seperti semua sedia maklum, segala aktiviti jual beli disini akan dilakukan di atas sampan.

Perak Pun Ada Floating Market Di Pengkalan Hulu

Pada masa sama, para peniaga juga dapat mempromosi produk makanan dan kuih-muih tempatan serta beberapa kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk setempat. Namun, apa yang menyedihkan adalah keadaannya pada hari ini umpama “hidup segan mati tak mahu”.

Lokasi “Floating Market” atau pasar terapung di Tasik Takong, Pengkalan Hulu

  • GPS : 5°42’18.0″N 100°59’46.5″E

Perak Pun Ada Floating Market Di Pengkalan Hulu

Kredit gambar Karlisa Latisya

Dengan keadaannya yang begitu menyedihkan, ada juga perkhabaran dari pembaca orangperak.com sendiri yang menyatakan bahawa masih terdapat 3 sampan yang masih beroperasi daripada 18 sampan yang disediakan. Mereka inilah yang masih setia berniaga di Tasik Takong melayani kerenah pelancong yang semakin berkurangan.

Perak Pun Ada Floating Market Di Pengkalan Hulu

Kredit gambar Karlisa Latisya

Semua warga Perak dan seluruh negara Malaysia diharapkan dapat membantu dengan mempromosikan semula produk pelancongan ini yang mana ia sedikit sebanyak dapat membantu ekonomi penduduk setempat dan secara tidak langsung dapat menyumbang ke arah kememajuan dalam sektor perlancongan di Perak dan Malaysia.

Moh kita ke “Floating Market” / pasar terapung Tasik Takong, Pengkalan Hulu!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here