Hospital Besar Ipoh atau kini lebih dikenali sebagai nama Hospital Raja Permaisuri Bainun telah menjadi saksi pada jutaan kelahiran anak Perak termasuk kami sendiri dari kalangan editor orangperak.com dan juga author yang membabitkan diri.
hospital
Sejarah Hospital Tanjung Rambutan
Hospital Bahagia Ulu Kinta merupakan hospital penjagaan mental yang paling tua dan terkenal di Malaysia. Hospital ini yang asalnya dikenali sebagai Hospital Tanjung Rambutan, terletak di Tanjung Rambutan, Negeri Perak, 16 km ke arah timur laut bandar raya Ipoh. Hospital Tanjung Rambutan ini mempunyai bilangan katil sebanyak 2,600 dan terdapat 79 buah wad yang terdiri daripada 54 buah wad lelaki dan 25 buah wad perempuan.
Sejarah Hospital Batu Gajah, Perak
Tidak lama kemudian selepas terbinanya Hospital Taiping selaku hospital pertama di Perak, Hospital Batu Gajah pula dibina dalam tahun yang sama dengan pembukaan Hospital Taiping iaitu pada tahun 1880 oleh penjajah Tanah Melayu pada waktu itu iaitu orang-orang British.
Hospital Taiping Adalah Hospital Pertama Di Malaysia
Hospital Taiping atau dahulunya dikenali sebagai Hospital Yong Wah adalah hospital paling tua yang masih wujud di Malaysia. Hospital Taiping terletak di Jalan Taming Sari (Jalan Utama) berhampiran pusat bandar komersial, ia merupakan salah satu hospital terbesar di Malaysia dan adalah yang terbesar di negeri Perak. Lokasi hospital ini amat strategik kerana terletak di 80 km dari Ipoh dan 85 km dari Pulau Pinang yang dapat memberi perkhidmatan pada penduduk di negeri-negeri utara Malaysia.