Home Blog Page 101

Kelahiran Perak Menjadi Juara Moto3 Dunia Sulung Buat Malaysia

0

Pelumba muda kelahiran Perak yang berasal dari Kampung Gajah, Perak ini telah berjaya mengharumkan nama negara dan mencipta sejarah apabila menjadi pelumba Malaysia pertama yang memenangi kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina tahun 2016 yang lalu. Pelumba muda yang berusia 18 tahun dari pasukan Honda Team Asia ini telah mencatat masa 41 minit 35.452 saat dalam 21 pusingan di Litar Termas de Rio Hondo.

Taman Tasik Taiping Diindahkan Dengan Penanaman Semula Pokok Hujan-Hujan

0

Kawasan Taman Tasik Taiping kini diperindah dengan penanaman semula beberapa pokok hujan-hujan di berapa lokasi terpilih di sepanjang jalan utama di sekitar Taman Tasik Taiping. Lapan batang pokok hujan-hujan telah dipindahkan daripada Jalan Kamunting – Batu Kurau berhadapan dengan Kolej Vokasional Taiping ke Taman Tasik Taiping.

Kenali Chemor Di Perak

0

Chemor adalah sebuah pekan kecil yang terletak di utara bandar raya Ipoh, Perak. Bandar yang berhampiran ialah Tanjung Rambutan, Sungai Siput, Salak, Kuala Kangsar dan Tasek, Ipoh.

Masjid Cina Mercu Tanda Di Tasek, Ipoh

0

Tahukah anda terdapat sebuah masjid di Taman Tasek Jaya, Ipoh dengan senibina unik Cina? Masjid ini dinamakan Masjid Muhammadiah bersempena nama masjid lama iaitu Madrasah Muhammadiah.

Baitul Rahmah Berusia Lebih 100 Tahun Di Kuala Kangsar

Terletak berhampiran dengan Masjid Diraja Ubudiah, terdapat sebuah rumah lama yang masih tersegam indah dan cantik reka bentuk sehinggakan pasti buat anda rasa terpegun melihatnya walaupun ia kelihatan sudah agak usang diamah usia. Rumah ini dikenali sebagai Rumah Baitul Rahmah yang dibina pada tahun 1911 dulu dan sudah berusia lebih 100 tahun.

Wakil Dari Parit, Perak Akan Tawan 7 Puncak Dunia

Empat pendaki negara dari Kelab Jajahan Alpine-Malaysia (KJA-M) telah berjaya menawan puncak gunung Aconcagua di Argentina setinggi 6,961 meter dari aras laut pada awal tahun 2017 tempoh hari. Salah seorang daripada mereka sekumpulan yang bernama Zainudin Lot yang berusia 40 tahun adalah berasal dari Kampung Buloh Akar, Parit, Perak. Beliau juga adalah penasihat buat Kelab Jajahan Alpine-Malaysia (KJA-M).

Pembinaan Taman Tema Animasi Pertama Asia Di Ipoh Tergendala?

Taman tema animasi pertama di asia yang dikatakan akan dibuka pada awal tahun 2016 di Ipoh, Perak masih belum dibuka sehingga ke hari ini awal Februari 2017. Ini adalah antara satu bakal tarikan baru yang terletak di Bandar Meru Raya Ipoh, Perak. Sebahagian besar taman tema animasi yang dikenali sebagai MAPS ini adalah tertutup dan berhawa dingin untuk melindungi penganjung dari cuaca panas, basah dan lembap di Malaysia.

Ketua Kampung Wanita Pertama Di Perak

0

Esah Ahmad mencipta sejarah selepas beliau dilantik sebagai ketua kampung wanita yang pertama di Perak pada tahun 2016. Wanita berusia 56 tahun itu telah membuktikan bahawa jantina bukan menentukan kebolehan kepimpinan seseorang.

Teknologi X-Ray Pertama Malaysia Bermula Di Taiping

0

Pada satu ketika dahulu, negeri Perak amat terkenal sebagai negeri di Tanah Melayu yang menerima teknologi dan permodenan paling banyak daripada pihak British.

Misteri Rumah Puaka Lama Di Lumut

0

Jika anda ke Lumut, perhatikan di sebelah kiri jalan yang ada apartment di atas bukit yang ada di laluan tersebut. Anda akan nampak dengan jelas rumah papan lama di atas tanah lapang yang usang dan ditinggalkan. Sehingga ke hari ini, masih tiada laporan rasmi berkenaan dengan kenapa rumah lama tersebut tidak dirobohkan, namun penduduk setempat memberitahu bahawa rumah tersebut berpuaka dan sukar untuk dirobohkan kerana ada gangguan.