● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:57
Syuruk
07:02
Zohor
13:10
Asar
16:19
Maghrib
19:12
Isyak
20:21
Berita

Wakil Dari Parit, Perak Akan Tawan 7 Puncak Dunia

08 Feb 2017 · 1 min baca · 124 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Empat pendaki negara dari Kelab Jajahan Alpine-Malaysia (KJA-M) telah berjaya menawan puncak gunung Aconcagua di Argentina setinggi 6,961 meter dari aras laut pada awal tahun 2017 tempoh hari. Salah seorang daripada mereka sekumpulan yang bernama Zainudin Lot yang berusia 40 tahun adalah berasal dari Kampung Buloh Akar, Parit, Perak. Beliau juga adalah penasihat buat Kelab Jajahan Alpine-Malaysia (KJA-M).

7 puncak benua paling tinggi di dunia

Gunung Aconcagua adalah merupakan gunung yang kedua paling tinggi di Amerika Selatan. Pendaki-pendaki yang mengharumkan nama negara ini telah berjaya mengharungi rintangan trek yang panjang dan curam antara 70 hingga 80 darjah. Cabaran itu diatasi dengan keinginan dan keazaman yang tinggi untuk mengibarkan jalur gemilang Malaysia di puncak gunung Aconcagua. Ekspedisi ke Gunung Aconcagua merupakan misi ke lima buat Zainudin Lot untuk menyempurnakan 7 puncak paling tinggi di setiap benua yang ada. Wakil dari Parit, Perak ini telah berjaya menawan Gunung Everest di Asia, Gunung Kilimanjaro di Afrika, Gunung Elbrus di Eropah dan Gunung Kosciuszko di Australia.

zainudin lot

Zainudin Lot dikatakan minat mendaki sejak kecil lagi. Menurut adik beliau yang bernama Zul Lot, bukit pertama yang didakinya terletak di belakang rumah mereka di Kampung Buloh Akar. Dengar khabar, pernah ada yang menghembus nafas terakhir di pangkuannya semasa misi pendakian. Zainudin Lot mempunyai 2 orang anak dan salah seorang anak lelakinya menunjukkan minat yang sama seperti bapanya. Untuk makluman anda, Kelab Jajahan Alpine-Malaysia (KJA-M) dan Aman Palestin bersama-sama menggerakkan misi yang diberi nama sebagai Climb for Peace ini untuk mempromosikan usaha mencari dana bagi membekalkan air bersih di Syria yang sedang bergolak.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.