Baitul Rahmah Berusia Lebih 100 Tahun Di Kuala Kangsar

Terletak berhampiran dengan Masjid Diraja Ubudiah, terdapat sebuah rumah lama yang masih tersegam indah dan cantik reka bentuk sehinggakan pasti buat anda rasa terpegun melihatnya walaupun ia kelihatan sudah agak usang diamah usia. Rumah ini dikenali sebagai Rumah Baitul Rahmah yang dibina pada tahun 1911 dulu dan sudah berusia lebih 100 tahun.

Untuk makluman anda, pemilik asal kepada rumah yang tersegam indah ini adalah hak milik anakanda kepada Sultan Idris 1 yang bernama YAM Raja Harun Al Rashid ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah.

Sekarang ini rumah ini ditinggalkan kosong tidak berpenghuni setelah diduduki oleh waris-warisnya sebelum ini. Namun begitu, keadaan rumah tersebut dan kawasan sekitar masih dijaga dengan baik dan rapi.

YAM Raja Harun Al Rashid ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah

YAM Raja Harun Al Rashid ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah telah dilantik sebagai Raja Kechil Sulong pada tahun 1918 serta merupakan Setiausaha Melayu kepada DYMM Sultan Iskandar Shah ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah.

Baitul Rahmah

Raja Harun Al Rashid amat meminati seni ukiran dan mempunyai beberapa Istana yang rekabentuknya sangat dikagumi seperti Baitul Aman, Baitul Rahmah dan Baitul Anor.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here