Dato Maharaja Lela Dalam Sejarah Perak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Dato Maharaja Lela adalah satu gelaran yang cukup tidak asing dalam lembaran sejarah negeri Perak yang mana ia bukanlah nama kepada individu tetapi ianya adalah satu gelaran yang menunjukkan kuasanya.

    Kisah pembunuhan J.W.W. Birch yang melibatkan Dato Maharaja Lela di Pasir Salak amat popular dalam lembaran teks sejarah negeri Perak. Ramai yang berpendapat bahawa peristiwa itulah merupakan detik bermulanya kebangkitan orang-orang melayu di Tanah Melayu.

    Pada zaman tersebut, nama gelaran Dato Maharaja Lela ini ialah untuk salah seorang pembesar kelapan negeri Perak. Kini, nama gelaran Toh Seri Maharaja Lela adalah untuk salah seorang orang besar enam belas negeri Perak.

    Dato Maharaja Lela adalah merupakan poisisi yang paling tinggi di kalangan Orang Besar Lapan. Mengikut tradisi, peranan Dato Maharajalela adalah untuk melaksanakan hukuman seperti arahan atau atas perintah Sultan Perak.

    Dato Maharaja Lela Dalam Sejarah Perak

    Pasir Salak cukup sinonim dengan kisah sejarah kebangkitan orang Melayu menentang penjajah British yang melampau batas mengikut peraturan mereka dan tidak menghormati adat budaya orang melayu.

    Dato Maharaja Lela

    Dato Maharaja Lela Dalam Sejarah Perak

    Di Pasir Salak, Pandak Lam Bin Maharaja Lela Maulud adalah nama sebenar buat individu yang memegang gelaran Dato Maharaja Lela. Belia dikatakan berketurunan Daeng Selili (Haji Besar) yang merupakan putera kepada Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk di Sulawesi.

    Sewaktu pemerintahan Almarhum Sultan Mudzaffar Shah III (Sultan Perak ke 15), Daeng Selili telah datang ke negeri Perak dalam tahun 1743 dan telah dilantik sebagai mufti dan telah dianugerah dengan gelaran Dato Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Ta’ Bertanya (Pancung Tak Bertanya).

    Seperti Daeng Selili, Pandak Lam juga telah menerima gelaran yang sama iaitu Dato Maharaja Lela dan beliau punyai peranan yang amat penting dalam menentang kerajaan British di negeri Perak.

    Pandak Lam adalah antara individu yang terlibat dalam merancang pembunuhan J.W.W. Birch yang merupakan Residen British pertama di negeri Perak. Selain itu, antara mereka lain yang terlibat adalah Dato Sagor dan Ngah Kandin.

    Selepas pembunuhan J.W.W. Birch di Pasir Salak pada tarikh 2 November 1875, Pandak Lam kemudian telah menjadi antara sebagai individu yang paling dikehendaki untuk ditangkap.

    Pihak British telah mengeluarkan tawaran hadiah sebanyak $6,000 pada tarikh 13 Januari 1876 untuk sesiapa sahaja yang berjaya menangkap Dato Maharajalela dan $3,000 untuk sesiapa sahaja yang menangkap Dato Sagor dan Pandak Indut.

    Pandak Lam kemudian telah ditangkap dan dibicarakan di dalam mahkamah undang-undang yang pada waktu itu telah dipengerusikan oleh Sultan Idris I (Sultan Perak ke 28) sewaktu baginda belum memegang takhta Sultan.

    Perbicaraan dalam mahkamah telah berjalan sejak tarikh 14 Disember 1876 hingga 22 Disember 1876 dan Pandak Lam didapati bersalah dan telah dijatuhi hukuman gantung sehingga mati.

    Pandak Lam kemudian telah dihukum gantung sehingga mati pada tarikh 20 Januari 1877 di Taiping bersama-sama dengan Dato Sagor yang terlibat dengan pembunuhan J.W.W. Birch.

    Kompleks Sejarah Pasir Salak

    Dato Maharaja Lela Dalam Sejarah Perak

    Kompleks sejarah di Pasir Salak telah dibina dengan harapan supaya generasi muda akan sentiasa memperingati peristiwa berdarah Pasir Salak yang berlaku pada tahun 1875.

    Waktu Operasi

    • Hari Sabtu sehingga Khamis : Dari jam 9.30 pagi sehingga 5 petang.
    • Jumaat : Dari jam 9.30 pagi sehingga 12.00 tengahari. Beroperasi semula dari 2.30 petang sehingga jam 5 petang.

    Tiket ke Terowong Masa

    • Dewasa RM 4.00
    • Kanak-kanak RM 2.00

    Peristiwa tersebut adalah merupakan permulaan serta kemuncak dalam gerakan orang Melayu menentang penjajah Inggeris di Perak lantas untuk mengenang jasa dan pengorbanan para pahlawan yang mempertahankan maruah bangsa dan negara.

    Untuk mendalami lebih mendalam tentang Kompleks Sejarah Pasir Salak, anda boleh rujuk artikel sebelum ini yang pernah kami terbitkan di Mendalami Kisah Di Kompleks Sejarah Pasir Salak.

    Sekadar maklumat tambahan, anda disarankan untuk membaca dan ikuti penerangan kisahnya secara ringkas tentang apa yang berlaku pada hari raya ke dua 1875 di Pasir Salak.

    Artikel berkenaan dengan Perincian Kisah Detik Terakhir JWW Birch Bernafas telah ditulis sebelum ini dan ia cukup menarik untuk dijadikan bahan bacaan buat anda jika anda ingin tahu serba sedikit dengan lebih mendalam tentang peristiwa tersebut.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.