Mendalami Kisah Di Kompleks Sejarah Pasir Salak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Sejak dari zaman persekolahan, kita semua sudah diceritakan mengenai semangat keperwiraan orang-orang Melayu menentang penindasan yang dilakukan penjajah Inggeris dan mengangkat kembali martabat maruah bangsa.

    Namun masih ada yang tidak mengetahui bahawa di bumi Perak inilah bermulanya kebangkitan orang-orang Melayu mempertahankan maruah bangsa dan tanah air dari terus dirobek.

    Segalanya bermula daripada peristiwa berdarah yang berlaku di Pasir Salak sehingga memaksa pihak Inggeris memanggil ketumbukan tentera yang besar dari Hong Kong dan India untuk menentang pahlawan-pahlawan Melayu Perak.

    Mendalami Kisah Di Kompleks Sejarah Pasir Salak

    Dalam artikel kali ini, orangperak.com ingin menyentuh mengenai Kompleks Sejarah Pasir Salak yang kini semakin hari semakin kurang mendapat kunjungan kerana kurangnya kesedaran terhadap kepentingan sejarah yang pernah berlaku disini.

    Mendalami Kisah Di Kompleks Sejarah Pasir Salak

    Kompleks Sejarah Pasir Salak yang terletak lebih kurang 70 kilometer dari Bandaraya Ipoh ini merupakan hasil cadangan daripada mantan Menteri Besar Perak iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib semenjak dari tahun 1990 lagi.

    Bermula dengan eskavasi yang dilakukan oleh Jabatan Warisan Negara untuk mencari kedudukan asal kubu, rumah Dato Maharajalela dan kesan-kesan pertempuran yang pernah berlaku disitu, kompleks ini kemudiannya dibina secara sehinggalah selesai secara keseluruhannya.

    Jam matahari yang dilaras 3 bulan sekali

    Terletak ditebing Sungai Perak, kompleks sejarah ini dibina dengan harapan supaya generasi-generasi muda akan sentiasa memperingati peristiwa berdarah Pasir Salak pada tahun 1875 yang merupakan kemuncak dalam gerakan orang Melayu menentang penjajah Inggeris di Perak serta mengenang akan jasa dan pengorbanan para pahlawan yang mempertahankan maruah bangsa dan negara.

    Kompleks ini juga sebagai bertujuan sebagai pusat pengumpulan bahan-bahan sejarah yang ada di Kompleks Sejarah Pasir Salak dan juga dari serata negeri Perak.

    Mendalami Kisah Di Kompleks Sejarah Pasir Salak

    Bangunan-bangunan yang berada didalam kompleks ini dibina dengan bercirikan rumah tradisional Melayu Perak. Kompleks ini dibuka secara rasmi pada tahun 2004. Suasana tenang dan damai jika anda berada di kompleks.

    Namun pada tahun 1875 keadaan disitu tidaklah setenang sekarang apabila Residen British Perak Yang Pertama iaitu J.W.W. Birch dibunuh oleh pahlawan-pahlawan Melayu.

    Mendalami Kisah Di Kompleks Sejarah Pasir Salak

    Segalanya bermula apabila Perjanjian Pangkor ditandatangani dan Perak secara rasmi berada dibawah perlindungan kerajaan British. Perjanjian tersebut juga mewajibkan kerajaan negeri Perak menerima seorang penasihat yang akan menasihati Sultan atas semua urusan berkaitan pentadbiran negeri Perak kecuali hal yang melibatkan agama dan adat istiadat orang-orang Melayu.

    Namun nasihat yang difahami oleh Sultan dan pembesar-pembesar Melayu yang menandatangani perjanjian tersebut bukanlah seperti yang dimaksudkan oleh pihak British. Nasihat disini adalah bahasa diplomasi keatas pemerintah yang bermakna setiap “nasihat” Residen mestilah dituruti.

    Bermula dari titik inilah yang menyebabkan orang-orang Melayu rasa tidak dihormati sehingga membawa kepada terbunuhnya J.W.W. Birch pada 2 November 1875 sewaktu umat Islam masih menyambut Hari Raya Aidilfitri ke 2.

    Tiga hari kemudian, tentera British memulakan siri serangan untuk membalas dendam diatas kematian Birch dalam peristiwa yang disebut sebagai Perang Perak.

    rumah replika maharajalela

    Tarikan untuk di Kompleks Sejarah Pasir Salak ini tentunya Terowong Sejarah. Disini anda akan disajikan dengan diorama yang diatur mengikut turutan masa dan memaparkan peristiwa-peristiwa penting mengenai orang Melayu dan Malaysia bermula dengan penempatan awal negeri Perak iaitu di Kuala Selingsing pada tahun 200 sebelum masihi.

    terowong masa pasir salak

    Terowong sejarah ini juga mempunyai sebuah galeri yang menempatkan koleksi keris yang besar. Antara tarikan lain disini ialah replika Rumah Kutai Dato’ Maharaja Lela, Tugu Peringatan Pahlawan Perak, Kubur Si Putum, Kubu Dato’ Maharaja Lela (juga dipanggil Kubu Pasir Salak), Tugu Lela Rentaka I dan II, Pentas Belotah, Balai Penghulu, Tapak Birch Dibunuh, Sampan Perak, Rumah Kutai I, Masjid Pasir Salak (dibina atas tapak masjid lama yang dibakar oleh British dalam Perang Perak), Perahu Naga, Rumah Kutai II, Rumah Kutai Anjang, Tugu Peringatan Birch dan Galeri Sejarah (Galeri Menteri-Menteri Besar Dan Sejarah Negeri Perak).

    Waktu Operasi

    • Hari Sabtu sehingga Khamis : Dari jam 9.30 pagi sehingga 5 petang.
    • Jumaat : Dari jam 9.30 pagi sehingga 12.00 tengahari. Beroperasi semula dari 2.30 petang sehingga jam 5 petang.

    Kompleks Sejarah Pasir Salak kini semakin lama semakin hilang seri akibat kurangnya pelancong yang berkunjung kesini. Marilah kita beramai-ramai mengunjungi kompleks sejarah ini untuk mengimbau kembali sejarah keperjuangan pahlawan-pahlawan terdahulu selain daripada mengembalikan kegemilangan diwaktu pembukaannya dahulu.

    Tiket ke Terowong Masa

    • Dewasa RM 4.00
    • Kanak-kanak RM 2.00

    Diharap juga pihak berwajib dapat memperbanyakkan aktiviti agar kompleks ini tidak lagi sepi tanpa sebarang sambutan.

    Iskandar Zulqarnain
    Iskandar Zulqarnain
    Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson, Perak.