Raja Azlan Muzzaffar Shah, Anakanda Sulung Sultan Perak Ke 35

Anakanda sulung kepada Sultan Nazrin Shah yang merupakan Sultan Perak yang ke 35 bersama-sama dengan pasangan baginda yang tercinta iaitu Permaisuri negeri Perak bernama Tuanku Zara Salim diputerakan pada jam lebih kurang 10 pagi bertarikh 14 Mac 2008 di Hospital Pakar Damansara, Selangor. Pada waktu itu, Sultan Nazrin Shah masih belum memegang takhta sebagai Sulan Perak.

Anakanda sulung baginda Sultan Nazrin Shah (Sultan Perak yang ke 35) ini diberi nama sebagai Raja Azlan Muzzaffar Shah. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, usia Raja Azlan Muzaffar Shah pada tahun ini, tahun 2017 sudah pun berusia 9 tahun. Ramai yang menyatakan bahawa Raja Azlan Muzzaffar Shah punyai paras rupa yang mengikut raut wajah ayandanya Sultan Nazrin Shah.

Raja Azlan Muzzaffar Shah

Raja Azlan Muzzaffar Shah bersama nenda

Sekadar pengetahuan anda pembaca setia orangperak.com, Raja Azlan Muzzaffar Shah menerima pendidikan awal di Kuala Lumpur International School (Alice Smith School) sejak berusia 3 tahun lagi iaitu pada tahun 2011 sehinggalah ke hari ini. Tidak banyak maklumat yang dapat dicari berkenaan dengan Raja Azlan Muzzaffar Shah dan apa yang mudah dicari di serata internet adalah gambarnya yang punyai paras rupa amat comel.

Raja Azlan Muzzaffar Shah

Raja Azlan Muzzaffar Shah bersama Sultan Nazrin Shah

Sepertimana yang kita semua tahu, Raja Azlan Muzzaffar Shah adalah cucunda kepada Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang merupakan Sultan Perak yang ke 34. Dikatakan, nama Raja Azlan Muzzaffar Shah juga diberi mengikuti nama nendanya itu dan ini adalah perkara biasa bagi kerabat diraja dengan menamakan waris sebagai nama nenda-nenda mereka.

Raja Azlan Muzzaffar Shah

Raja Azlan Muzzaffar Shah bersama Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali

Raja Azlan Muzzaffar Shah masih mempunyai nenda tercinta iaitu Raja Permaisuri Perak yang ke 34, Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali yang merupakan isteri kepada Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Sewaktu Raja Azlan Muzzaffar Shah mencapai usia 3 tahun, Raja Nazira Safya pula dilahirkan dalam keluarga Sultan Perak ke 35 yang bertarikh 2 Ogos 2011 dan secara tidak langsung, Raja Azlan Muzzaffar Shah kini sudah bergelar kanda.

Raja Azlan Muzzaffar Shah

Raja Azlan Muzzaffar Shah bersama adindanya Raja Nazira Safya

Yang Teramat Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah telah dimasyhurkan sebagai Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan pada 20 Jun 2014. Pada waktu itu, Raja Azlan Muzzaffar Shah masih kecil dan berumur 6 tahun. Raja Azlan Muzzaffar Shah telah diangkat sebagai Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan dalam keputusan persidangan Mesyuarat Dewan Negara Perak yang ke 159 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Raja Azlan Muzzaffar Shah

Keputusan persidangan Mesyuarat Dewan Negara Perak yang ke 159 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar telah memutuskan bahawa Raja Azlan Muzzaffar Shah dikurnia pangkat gelaran Raja Kechil Besar dan secara tidak langsung telah menjadikannya sebagai salah seorang kerabat bergelar serta pewaris ketiga negeri Perak Darul Ridzuan. Anda boleh ikuti artikel berkenaan dengan keunikan sistem hirarki kesultanan Perak untuk fahami perkara ini.

Raja Azlan Muzzaffar Shah

Raja Nazira Safya, Sultan Nazrin Shah, Raja Azlan Muzzaffar Shah

Berikut adalah nama penuh Raja Azlan Muzzaffar Shah serta gelaran rasmi yang dikurniakan pada Raja Azlan Muzzaffar Shah:

  • 14 Mac 2008 hingga 2 Ogos 2011 : Yang Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah Ibni Raja Dr Nazrin Shah
  • 2 Ogos 2011 hingga 20 June 2014 : Yang Amat Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Shah Muizzuddin Shah
  • 20 June 2014 hingga sekarang : Yang Teramat Mulia Raja Kechil Besar Perak Darul Ridzuan Raja Dato’ Seri Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Shah Muizzuddin Shah

Raja Azlan Muzzaffar Shah

Ayuh kita semua pembaca setia orangperak.com sama-sama berdoa agar Raja Azlan Muzzaffar Shah akan membesar dengan sihat dan gigih serta rajin untuk menuntut ilmu dan mendapat pengalaman dunia yang luas lantas menjadi individu sama hebat seperti ayahanda (Sultan Perak ke 35, Sultan Nazrin Shah) serta nendanya (Sultan Perak ke 3, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah). Amin.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here