Tuanku Zara Salim Permaisuri Perak Jelita Berjiwa Rakyat

Negeri Perak Darul Ridzuan sememangnya sebuah negeri aman dan makmur yang mempunyai Sultan dan Raja Permaisuri adil serta berjiwa rakyat sejak zaman berzaman. Sempena ulang tahun kelahiran Raja Permaisuri Perak iaitu Tuanku Zara Salim, orangperak.com ingin mengungkap kisah keperibadian hebat Raja Permaisuri kesayangan rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan ini.

Tuanku Zara Salim

Tuanku Zara Salim dilahirkan pada 22 Mac 1973 di Ipoh, Perak merupakan permaisuri Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Shah. Tuanku Zara dikurniakan gelaran Raja Permaisuri Perak oleh Sultan Perak pada 20 Jun 2014. Baginda adalah anak bongsu daripada empat adik-beradik dan merupakan anak kepada peguam terkemuka di negeri Perak dan Kuala Lumpur iaitu Datuk Salim Davidson dan Datin Sharifah Azaliah Syed Omar Shahabudin. Tuanku Zara adalah cicit kepada Sultan Kedah yang ke 24 iaitu Almarhum Sultan Hamid Halim Shah, yang merupakan ayahanda kepada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Tuanku Zara Salim

Tuanku Zara sangat berminat dengan bahasa asing, mendapat pendidikan awal di SMK Convent Ipoh dan sering mewakili sekolah tersebut dalam sukan squash dan tenis dari 1988 sehingga tahun 1990. Baginda juga pernah mewakili Perak dalam sukan renang diantara tahun 1981 dan 1987. Setelah memperoleh A-Level dari Prime College pada 1992, baginda berangkat ke United Kingdom untuk menyambung pengajian dalam bidang Kejuruteraan Kimia di Universiti Nottingham dan berjaya menamatkan pengajian dengan ijazah kelas pertama pada Julai 1995. Baginda juga merupakan anugerah siswazah cemerlang untuk projek akhir tahun pengajian baginda. Bapa mertua baginda iaitu Sultan Azlan Shah juga menyambung pengajian dalam bidang guaman di universiti yang sama dan memperoleh Ijazah Undang-Undang pada 1953 sebelum memulakan karier di Majlis Peguam Inggeris pada 1954.

Tuanku Zara Salim

Tuanku Zara dan Sultan Nazrin Shah telah mengenali satu sama lain sejak pertengahan tahun 90’an. Apabila kembali dari Britain pada tahun 1995, Tuanku Zara berkhidmat di syarikat petroleum negara, Petronas di bahagian Perancangan Koperat Petronas sejak Disember 1995 selama enam tahun. Baginda juga merupakan sebahagian daripada pasukan yang bertanggungjawab dalam kejayaan membangunkan kompleks petrokimia bersepadu Petronas di Kertih dan Kuantan yang turut disertai syarikat petroleum asing seperti BP, BASF, Dow Chemicals dan Mitsubishi.

Tuanku Zara Salim

Tuanku Zara juga pernah menjadi Penganalisi Projek di Unit Perniagaan Petrokimia Petronas dan sebahagian dari pasukan asas membangunkan jenama Petronas, yang mana sekarang ini merupakan sebahagian dari strategi perjenamaan Petronas untuk seluruh dunia. Diantara Februari 1999 hingga Oktober 2000, baginda menjadi Pengurus Produk di Syarikat Petlin (Malaysia) Sdn Bhd, yang merupakan syarikat kerjasama diantara Petronas bersama Syarikat DSM dari Belanda dan Sasol dari Afrika Selatan. Pada tahun 2005, Tuanku Zara telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Forthwave Consulting Sdn Bhd, sebuah syarikat perunding hidrokarbon.

Tuanku Zara Salim

Baginda berkahwin dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 17 Mei 2007 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Pada keesokan harinya, baginda telah diisytiharkan sebagai Raja Puan Besar Perak, dan pada 20 Jun 2014, Raja Permaisuri Perak. Pasangan diraja ini dikurniakan cahaya mata pertama pada 14 Mac 2008, seorang putera yang diberi nama YM Raja Azlan Muzaffar Shah. Cahaya mata kedua baginda berdua ialah seorang puteri yang diputerikan pada 2 Ogos 2011 dan diberi nama YM Raja Nazira Safya. Anakanda baginda iaitu Yang Amat Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah dilantik sebagai Raja Kechil Besar Perak Darul Ridzuan berkuatkuasa 20 Jun 2014.

Tuanku Zara Salim

Pada 9 Julai 2007, orkid hibrid ungu dinamakan ‘Dendrobium Tuanku Zara Salim’ sempena lawatan baginda ke Festival Orkid Antarabangsa ke-7. Pada 1 Januari 2012, baginda telah dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris. Baginda juga merupakan penaung Penaung Persatuan Kesihatan Keluarga Perak, Convent Girls Alumni (COGA) dan Pandu Puteri Negeri Perak.

Tuanku Zara Salim

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Tuanku. Semoga Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan berpanjangan disamping Paduka Seri Sultan Perak mentadbir dan membawa Negeri Perak kearah penuh jaya. Daulat Tuanku! Dirgahayu Tuanku!

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here