Pulau Orang Utan Di Bukit Merah, Perak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Jika anda ingin melihat Orang Utan yang hidup di habitat yang hampir serupa dengan suasana habitat asalnya, anda boleh datang ke Pulau Orang Utan yang terletak di Bukit Merah, Perak.

    Salah satu tarikan pelancongan yang mungkin anda terlepas pandang di Perak adalah Pulau Orang Utan yang ada di Bukit Merah, Perak. Ia adalah alternatif yang baik buat mereka yang tidak mampu untuk ke Pusat Perlindungan Orang Utan Sepilok di Sabah.

    Pulau Orang Utan di Bukit Merah Lake Resort mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana para pelancong diberi peluang untuk melihat sendiri orang utan yang ada di sana melakukan aktiviti harian mereka dengan melalui terowong sangkar besi yang sepanjang 100 meter. Pulau ini merupakan sebahagian dari pusat Peranginan Laketown Bukit Merah yang turut memiliki taman air dan ekologi.

    Pulau Orang Utan Di Bukit Merah

    Dengan mempunyai keluasan seluas 35 ekar, pulau ini dijadikan sebuat pusat perlindungan, pembiakan, pengekalan, penyelidikan dan pendidikan untuk Orang Utan.

    Jika anda ingin kesana, anda perlu menaiki bot dan perjalanan dengan kekerapan setiap 30 minit ke 45 minit dan akan mengambil masa selama kira-kira 15 minit dengan kadar bayaran seperti dibawah.

    harga

    *sila rujuk orangutanisland.org.my untuk harga terkini

    Untuk makluman anda semua pembaca setia orangperak.com, Pulau Orang Utan telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai untuk berkunjung sejak pada awal tahun 2000.

    Pada ketika itu, orang utan yang ada disitu dibawa masuk dari kepulauan Borneo. Di Pulau Orang Utan ini, mereka akan dijaga oleh pihak yang bertanggung-jawab dengan penjagaan selama 24 jam sehari tanpa kurang walaupun seminit.

    Pulau Orang Utan Di Bukit Merah

    Orang Utan di pulau ini juga akan diajar sejak dari kecil untuk mendapatkan kemahiran hidup supaya dapat pengalaman untuk dapat teruskan hidup di dalam keadaan hutan yang sebenar.

    Menurut rekod yang ada di laman web Orang Utan Island Foundation, terdapat kira-kira 24 ekor orang utan yang ada sehingga ke hari ini. Jika anda inginkan kelainan selain melihat orang utan di zoo Taiping, anda bolehlah kesini untuk rasai sendiri pengalaman disana.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.