● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Pelancongan

Pulau Orang Utan Di Bukit Merah, Perak

30 Jan 2019 · 2 min baca · 232 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Pulau Orang Utan adalah satu satu permata yang tersembunyi di Negeri Perak. Ramai yang tidak berapa tahu akan kewujudan tempat menarik untuk dikunjungi ini dan sesuai untuk kunjungan keluarga.

Jika anda ingin melihat Orang Utan yang hidup di habitat yang hampir serupa dengan suasana habitat asalnya, anda boleh datang ke Pulau Orang Utan yang terletak di Bukit Merah, Perak.

Keunikan Pulau Orang Utan

Salah satu tarikan pelancongan yang mungkin anda terlepas pandang di Perak adalah Pulau Orang Utan yang ada di Bukit Merah, Perak. Ia adalah alternatif yang baik buat mereka yang tidak mampu untuk ke Pusat Perlindungan Orang Utan Sepilok di Sabah.

Pulau Orang Utan Di Bukit Merah, Perak

Pulau Orang Utan di Bukit Merah Lake Resort mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana para pelancong diberi peluang untuk melihat sendiri orang utan yang ada di sana melakukan aktiviti harian mereka dengan melalui terowong sangkar besi yang sepanjang 200 meter. Pulau ini merupakan sebahagian dari pusat Peranginan Laketown Bukit Merah yang turut memiliki taman air dan ekologi.

Dengan mempunyai keluasan seluas 35 ekar, pulau ini dijadikan sebuat pusat perlindungan, pembiakan, pengekalan, penyelidikan dan pendidikan untuk Orang Utan.

Bagaimana ke Lokasi?

Pulau Orang Utan Di Bukit Merah, Perak

Jika anda ingin kesana, anda perlu menaiki bot dan perjalanan dengan kekerapan setiap 30 minit ke 45 minit dan akan mengambil masa selama kira-kira 15 minit dengan kadar bayaran seperti dibawah.

Pulau Orang Utan Di Bukit Merah, Perak

Untuk makluman anda semua, Pulau Orang Utan telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai untuk berkunjung sejak pada awal tahun 2000.

Pulau Orang Utan Di Bukit Merah, Perak

Pengawasan dan Dijaga 24/7

Pada ketika itu, orang utan yang ada disitu dibawa masuk dari kepulauan Borneo. Di Pulau Orang Utan ini, mereka akan dijaga oleh pihak yang bertanggung-jawab dengan penjagaan selama 24 jam sehari tanpa kurang walaupun seminit.

Pulau Orang Utan Di Bukit Merah, Perak

Orang Utan di pulau ini juga akan diajar sejak dari kecil untuk mendapatkan kemahiran hidup supaya dapat pengalaman untuk dapat teruskan hidup di dalam keadaan hutan yang sebenar.

Menurut rekod yang ada di laman web Orang Utan Island Foundation, terdapat kira-kira 24 ekor orang utan yang ada sehingga ke hari ini. Jika anda inginkan kelainan selain melihat orang utan di zoo Taiping, anda bolehlah kesini untuk rasai sendiri pengalaman disana.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.