32.3 C
Ipoh
Monday, 29 December 2025

Larian King of Bukit Larut Kini Kembali Lagi

- Advertisement -
- Advertisement -

Edisi ke-3 larian King of Bukit Larut kini kembali lagi selepas edisi ke-2 pada tahun 2015. Larian ini akan diadakan pada 9 April 2017 di Bukit Larut, Taiping, Perak. King of Bukit Larut ini dibawakan oleh PACat Adventure Team bersama rakan penaja Toyo Tires dan Majlis Perbandaran Taiping.

Route Bukit Larut

Pendaftaran terbuka kepada semua warga Malaysia, penduduk tetap atau pelari antarabangsa yang berumur 18 tahun ke atas. Kategori larian dibahagikan kepada tiga iaitu jarak 5km, 10km dan 26km. Jarak 5km adalah ‘Fun Run’ terbuka untuk peserta umur 7 tahun dan ke atas. Jarak 10km dan 26km pula terbuka kepada lelaki, wanita dan veteran.

Laluan untuk larian adalah melalui jalan bertar bermula daripada kaki bukit hingga ke puncak Bukit Larut. Laluan jalan pintas selain jalan bertar tidak dibenarkan untuk menjaga keselamatan para peserta. Pendaftaran akan ditutup pada 14 Mac 2017 ataupun apabila peserta mencecah 800 orang. Pendaftaran awal sehingga 31 Januari 2017 akan diberikan diskaun, manakala harga normal bermula pada 1 Februari hingga 28 Februari 2017.

peserta bukit larut

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, hubungi :

  • http://kobl.teampacat.com/
  • https://www.facebook.com/kingbukitlarut/

Hadiah berupa wang tunai, baucer dan trofi akan diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga ketiga bagi setiap kategori. Selain itu, medal juga turut diberikan kepada semua peserta yang berjaya menghabiskan larian. Apa lagi, jom sertai beramai-ramai. Daftar sebelum terlambat!

📢
Jangan terlepas berita terkini kami! Sertai saluran rasmi WhatsApp Channel Orang Perak sekarang.
Klik & Sertai Sekarang
- Advertisement -
하늘
하늘
꿈을 꾸고 믿을 수 있다면 이룰 수도 있다. 세상에서 보고싶은 변화가 있다면 당신 스스로 그 변화가 되어라. 성공에 대한 의지를 품는 것은 무엇보다 중요하다.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here