Anak JWW Birch, Residen British Perak Ke 6

Rata-rata, ramai rakyat Malaysia tahu akan siapakah individu yang bernama James Wheeler Woodford Birch (JWW Birch) tetapi tidak ramai yang tahu tentang siapakah sebenarnya individu yang bernama Ernest Woodford Birch.

Daripada nama sahaja kita boleh tahu bahawa mereka adalah didalam keluarga yang sama dan untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Ernest Woodford Birch ini sebenarnya adalah anak lelaki kepada James Wheeler Woodford Birch (JWW Birch).

Sir Ernest Woodford Birch adalah merupakan anak sulung kepada James Wheeler Woodford Birch (JWW Birch). Beliau telah dilahirkan di Trincomalee, Ceylon pada 29 April 1857 yang kini dikenali dengan nama Sri Lanka dan pada usianya 10 tahun, beliau telah dihantar ke England untuk tinggal bersama-sama dengan datuknya yang bernama Rev. James Woodford Birch iaitu ayah kepada James Wheeler Woodford Birch (JWW Birch).

Ernest Woodford Birch
Ernest Woodford Birch

Rev. James Woodford Birch ayah kepada James Wheeler Woodford Birch (JWW Birch) adalah seorang paderi di All Saints, Hertford. Pada tahun 1882, anak sulung kepada James Wheeler Woodford Birch (JWW Birch) ini telah berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Margaret Niven dan kemudian beliau telah berpindah ke Singapura untuk menjadi Pengarah Taman Botani disana. Sir Ernest Woodford Birch dan Lady Margaret Niven dikurniakan dua orang anak lelaki dan empat orang anak perempuan.

Pada bulan Januari dalam tahun 1888, Sir Ernest Woodford Birch telah dipindahkan ke Melaka untuk menjalankan operasi dasar tanah oleh Sir William Maxwell.

Beliau juga dilantik menjadi Pegawai Daerah di Alor Gajah dan Jasin walaupun mendapat tentangan penduduk tempatan kerana ramai yang masih ingat akan kisah ayahnya James Wheeler Woodford Birch (JWW Birch) yang telah mati dibunuh di Pasir Salak, Perak kira-kira 13 tahun yang lalu.

Ambil pengajaran dengan apa yang berlaku pada ayahnya atas tindakan beliau sendiri dalam tergopoh-gopoh mengusik adat bangsa melayu dan mengenakan cukai yang tidak sepatutnya, Sir Ernest Woodford Birch ternyata lebih bijak dalam mengambil langkah untuk mengambil hati rakyat di Melaka.

Beliau telah menubuhkan sistem yang baru dengan mengenakan cukai yang berpatutan dan pendapatan untuk Melaka dikatakan telah meningkat sejak dibawah seliaan beliau.

Ernest Woodford Birch
Ernest Woodford Birch yang sedang menyampaikan ucapan penghargaan

Kisahnya pada tahun 1890, anak sulung kepada pasangan ini telah mati lemas di Tanjung Kling, Melaka. Waktu itu, cucu sulung kepada James Wheeler Woodford Birch (JWW Birch) ini berusia kira-kira tujuh tahun. Pada tahun 1892, Sir William Maxwell telah mengarahkan Sir Ernest Woodford Birch untuk menjadi pemangku Residen British Selangor serta Perak dan pada bulan Januari dalam tahun 1893, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha kepada Kerajaan Perak.

Semasa menjawat jawatan sebagai pemangku Residen British di Perak yang mana pada waktu itu Residen British ke 5 adalah Sir John Pickersgill Rodger, beliau telah menjalankan mesyuarat Majlis Negeri pertama yang mana beliau sendiri telah mempengerusikannya. Mesyuarat Masjid Negeri yang pertama itu dijalankan pada 2 November 1895 yang mana sama tarikh dengan kematian ayahnya James Wheeler Woodford Birch (JWW Birch) selepas 20 tahun sejak 2 Nov 1875.

Pada bulan Februari dalam tahun 1904, beliau telah dilantik menjadi sebagai Residen British di Perak yang ke 6 dan secara tidak langsung memegang jawatan yang pernah dijawat ayahnya James Wheeler Woodford Birch (JWW Birch) yang merupakan Residen British yang pertama di Perak. Semasa mentadbir negeri Perak, beliau telah banyak menyusun semula struktur pentadbiran dan banyak mengubah menubuhkan pelbagai kelab persatuan serta sukan-sukan di Perak.

jww birch

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Sir Ernest Woodford Birch pernah mempunyai seorang adik yang merupakan anak kedua kepada James Wheeler Woodford Birch (JWW Birch). Adiknya itu bernama Reginald Birch yang dilahirkan pada 3 September 1861 dan telah meninggal dunia pada usia 4 tahun bertarikh 22 September 1865.

Seorang lagi anak Sir Ernest Woodford Birch yang bernama Patrick dikatakan telah mengikuti jejak langkah ayah dan datuknya. Beliau juga berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam India.

Sir Ernest Woodford Birch ditakdirkan telah meninggal dunia pada 17 Disember 1929 di Battle, East Sussex di England kerana sakit radang paru-paru.

Leave a Comment