Tag: jww
Kubur Mat Arshad, Penterjemah Bahasa Kepada J.W.W. Birch
Mat Arshad adalah individu yang ditugaskan sebagai juru bahasa kepada J.W.W. Birch dan beliau juga adalah kerani yang berkhidmat dengan penjajah British berpusat di Bandar Bharu.
Siapakah Orang Inggeris Pertama Yang Mendaki Bukit Larut?
Setelah berakhirnya Perang Perak pada tahun 1876, pihak Inggeris telah memindahkan ibu negeri Perak dari Bandar Baru, Kg Gajah ke Taiping. Disebabkan suasana tropika Malaya yang agak panas buat orang Inggeris yang berkhidmat disini, mereka menjadikan Bukit Larut sebagai tempat untuk mereka beristirehat dengan membina banyak rumah-rumah peranginan disebabkan suasana nyaman dan dingin disitu.
Perincian Kisah Detik Terakhir JWW Birch Bernafas
Ikuti penerangan kisahnya secara ringkas tentang apa yang berlaku pada hari raya ke dua 1875 di Pasir Salak.
Anak JWW Birch, Residen British Perak Ke 6
Mengikut jejak langkah ayahnya James Wheeler Woodford Birch (JWW Birch) yang merupakan Residen British di Perak yang pertama dengan menjadi Residen British di Perak yang ke 6. Sir Ernest Woodford Birch adalah merupakan anak sulung kepada James Wheeler Woodford Birch (JWW Birch) yang dilahirkan di Sri Lanka.
Kisah Kubur Asal JWW Birch Yang Terbiar
Kubur J.W.W Birch berserta tentera British tersebut berada di Kampung Teluk Memali yang kedudukannya tidak jauh dari Kampung Gajah. Kawasan perkuburan itu dahulunya dikenali sebagai Bandar Baru yang menjadi pusat pemerintahan negeri Perak sewaktu zaman Sultan Perak yang ke 19 iaitu Sultan Abdul Malik Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1806 sehingga tahun 1825. Disebut pada ketika itu, Bandar Baru merupakan tempat yang sangat makmur dan mempunyai banyak kedai-kedai serta gedung-gedung.