Negeri Perak Bakal Jadi Pengeluar Kasut Terbesar Di Malaysia

Bandar kasut Ipoh bakal dibina di atas tanah seluas 26 ekar di Kawasan Perindustrian Ringan Pengkalan, Ipoh. Dengan sejarah industri kasut menapak di negeri Perak sudah menjangkau 104 tahun. Setakat ini, sudah lebih 200 pengusaha kasut termasuk pakar pembuatannya bakal beroperasi di bandar kasut ini sekaligus menjadikan negeri Perak sebagai pengeluar kasut terbesar di Malaysia.

Dalam berita Utusan ada menyatakan bahawa Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir selaku menteri besar negeri Perak memberitahu projek bernilai lebih RM100 juta itu kini dalam proses pembinaan di atas tanah seluas 10.5 hektar di kawasan berkenaan.

Tambah beliau lagi, projek ini adalah merupakan kerjasama di antara kerajaan negeri dan Persatuan Industri Kasut Perak (PIKP) dan ianya dijangka akan siap selewat-lewatnya pada tahun 2026. Perancangan ini bakal mengubah landskap industri pembuatan kasut yang ketika ini telah berusia lebih 100 tahun dan dijalankan secara kecilan-kecilan di rumah oleh 200 pe­ngusaha kasut.

Selepas ia siap dibina nanti, bandar kasut tersebut bakal menjadi pusat mengumpul kesemua pengusaha berkenaan supaya mereka boleh menjalankan perniagaan secara skala lebih besar dalam industri kecil dan sederhana (IKS).

Negeri Perak Bakal Jadi Pengeluar Kasut Terbesar Di Malaysia

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, projek bandar kasut berkenaan melibatkan pembinaan 128 buah kilang, 18 buah kedai, sebuah hotel dan dewan konvensyen. Selain itu, ia turut dilengkapi de­ngan dewan pameran kasut, muzium kasut, restoran, kedai borong kasut dan sebuah pusat akademi kasut yang merupakan satu-satunya akademi kasut di Malaysia.

Negeri Perak Bakal Jadi Pengeluar Kasut Terbesar Di Malaysia

Menurut Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, ketika ini industri pembuatan kasut negeri mencatatkan perolehan tahunan sekitar RM60 juta setahun dan ia bakal berganda sebaik sahaja pembangunan bandar itu siap sepenuhnya kelak.

Negeri Perak Bakal Jadi Pengeluar Kasut Terbesar Di Malaysia

Paling istimewa ialah industri pembuatan kasut di Perak ini me­nerima tempahan daripada jenama-jenama besar antarabangsa selain daripada pasaran tempatan. Jadi projek ini secara tidak langsung akan meningkatkan produktiviti mereka sekali gus menyumbang kepada ekonomi negeri Perak.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here