Home Blog Page 79

Kisah Mek Yah, Gajah Dari Perak Yang Berjalan Lebih 200 Batu

Mek Yah adalah seekor gajah yang mana pada asalnya berkhidmat untuk kerajaan negeri dalam sektor perkhidmatan awam. Berkemungkinan, inilah haiwan pertama yang bekerja dalam sektor perkhidmatan awam buat negeri Perak.

Satu-Satunya Pelajar Wanita Tunggal Di MCKK

Tidak ramai yang tahu bahkan ia semakin dilupakan berkenaan dengan hal unik yang berlaku ini di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak. Sekolah ini terletak di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Moto sekolah, Fiat Sapientia Virtus adalah dalam Bahasa Latin, yang bermaksud Kebijaksanaan Mutu Manusia. Semua orang tahu bahawa Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) adalah merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki sahaja di Malaysia.

Pengkalan Hulu Dahulunya Ada Negeri Reman Yang Berdaulat

Sejarah kesultanan melayu negeri Reman dikatakan bermula sejak pada tahun 1810 apabila Tuan Tok Nik Tok Leh yang merupakan kerabat diraja Patani telah menimbulkan protes dan pemberontakan untuk gigih mendapatkan kemerdekaan wilayah Reman dari Patani. Sebahagian daripada sejarahnya, negeri Reman sebenarnya adalah sebahagian daripada Patani yang kini berada di bawah naungan negara Thailand.

Perincian Kisah Detik Terakhir JWW Birch Bernafas

Pada 1 November 1875 bersamaan dengan hari raya Aidilfitri tepat jam 5.30 petang, J.W.W. Birch dengan semangatnya hendak bertolak ke Hulu Perak untuk menyebarkan pengisytiharan yang ditandatangi oleh Sultan Abdullah tentang pengistiharan J.W.W. Birch sebagai residen perak sepertimana yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Pangkor sebelum ini.

Cerita Rakyat Buluh Apa Di Tanah Abang, Pusat Pentadbiran Pertama Perak

Negeri Perak terdapat banyak kisah-kisah lagenda yang menarik. Antaranya kisah Sang Kelembai, Pak Kadok, Sumpahan Ikan Tapah dan sebagainya.

Anak JWW Birch, Residen British Perak Ke 6

Rata-rata, ramai rakyat Malaysia tahu akan siapakah individu yang bernama James Wheeler Woodford Birch (JWW Birch) tetapi tidak ramai yang tahu tentang siapakah sebenarnya individu yang bernama Ernest Woodford Birch.

Peristiwa Penting Disebalik Kota Lumut Yang Hilang

Terdapat satu peristiwa yang sangat penting telah berlaku dalam zaman pemerintahan Sultan Mahmud II iaitu sultan Perak ke 16 yang mana Sultan Selangor yang pertama telah mendapat pengiktirafan sebagai pemerintah di negeri tersebut lantas keluar dari kuasa Kerajaan Johor-Riau.

Tahun-Tahun Terakhir Operasi Keretapi Wap Teluk Anson Ke Tapah Road

Sebelum sistem pengangkutan moden diperkenalkan, sungai adalah merupakan jalan perhubungan dan menjadi pengangkutan utama bagi penduduk di negeri Perak. Sungai juga penting untuk berbagai aktiviti seharian penduduk. Penempatan dan bandar-bandar juga bermula di tebing-tebing sungai.

Jam Kerajaan Perak Zaman Pemerintahan Sultan Perak Ke 15

Dalam buku hikayat Misa Melayu ada memberi gambaran dan keterangan ringkas berkenaan dengan jam raksa yang digunakan oleh kaum kerabat diraja di istana Negeri Perak pada masa lalu. Ada juga diceritakan bahawa di istana Negeri Perak pada waktu itu memiliki sebuah jam besar berloceng yang diperbuat daripada kaca.

Salah Seorang Pengasas Malaysia Dari Sungai Siput, Perak

0

Tun Thirunyanasambanthan s/o Veerasamy yang juga dikenali sebagai nama V.T. Sambanthan adalah merupakan presiden ke 5 Kongres India se-Malaysia (MIC) dan secara tidak langsung, beliau adalah merupakan salah seorang bapa pengasas Malaysia bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman dan Tun Tan Cheng Lock. Beliau menjadi presiden MIC dari tahun 1955 sehingga 1973 dan kemudian disingkirkan oleh ahli parti tersebut.