Satu-Satunya Pelajar Wanita Tunggal Di MCKK

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Tidak ramai yang tahu bahkan ia semakin dilupakan berkenaan dengan hal unik yang berlaku ini di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak. Sekolah ini terletak di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Moto sekolah, Fiat Sapientia Virtus adalah dalam Bahasa Latin, yang bermaksud Kebijaksanaan Mutu Manusia. Semua orang tahu bahawa Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) adalah merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki sahaja di Malaysia.

    pelajar wanita pertama di mckk

    Adakah ia mengekalkan status premier dan tradisi hanya untuk lelaki sahaja sejak ditubuhkan pada 2 Januari 1905? Ianya tidak kerana satu peristiwa menarik telah tercatat dalam tahun 1948 apabila Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) buat pertama kalinya dan mungkin juga buat kali yang terakhirnya telah menerima masuk seorang pelajar perempuan dalam tahun tersebut untuk belajar di sana. Datin Hajah Zaharah Mokhtar adalah merupakan pelajar wanita yang dimaksudkan.

    pelajar wanita pertama di mckk

    Satu-satunya pelajar wanita di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) tersebut telah di tempatkan di Tingkatan 6 pada awal tahun 1953 dan akan tetapi malangnya, beliau tidak berada lama belajar di kolej MCKK itu kerana pada bulan Ogos 1953, beliau telah menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di tempat yang lain dan telah berpindah dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang kesemua pelajarnya lelaki.

    Kolonel Datuk Yeop Mahidin Mohd Shariff

    Banyak tanggapan yang dibuat pada waktu itu yang menyebabkan beliau berpindah dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) kerana merasa kurang selesa apabila bergaul dengan pelajar lelaki di kolej tersebut dan tiada sama jantina yang sama dengannya. Datin Hajah Zaharah Mokhtar juga kemudiannya telah berkahwin dengan bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang bernama Kolonel Datuk Yeop Mahidin Mohd Shariff yang merupakan pengasas kepada Wataniah dan mereka mempunyai 7 orang anak. Beliau telah meninggal dunia pada umur 87 tahun di University Malaya Medical Centre (UMMC) akibat masalah komplikasi jantung dan masalah tiroid.

    pelajar wanita pertama di mckk

    Selain daripada menjadi seorang pelajar perempuan yang pertama di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), beliau juga merupakan wanita melayu pertama yang memasuki Universiti Malaya di Singapura dan Almarhum Sultan Azlan Shah Perak adalah merupakan salah satu daripada batchmates beliau.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.