28.9 C
Ipoh
Saturday, 5 October 2024

Larian Obor Sukan SEA Malaysia 2017 Melalui Negeri Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Larian Obor Sukan SEA 2017 (dikenali KL2017) kini di negeri Perak dengan melalui beberapa daerah seperti Kerian, Larut Matang, Bagan Datuk, Tapah, Kuala Kangsar, Lenggong dan Gerik bermula 7 Julai sehingga 12 Julai 2017. Lebih unik lagi apabila obor tersebut akan dibawa berakit di Tasik Banding pada 12 Julai.

larian obor

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Negeri Perak Datuk Shahrul Zaman Yahya telah menerima Obor KL2017 ketika acara Larian Obor KL2017 edisi negeri Perak yang bermula dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh menuju ke Dewan Merdeka Parit Buntar pada 6 Julai 2017.

penyerahan obor perak

Untuk makluman pembaca orangperak.com, Kuala Lumpur 2017 (KL2017) adalah jenama Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9. Sukan SEA akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos 2017 sementara Sukan Para ASEAN pula akan diadakan dari 17 hingga 23 September 2017. Berikut merupakan lokasi yang dilalui oleh obor KL2017.

obor perak obor kerian obor larut matang obor bagan datuk tapah obor kuala kangsar lenggong obor gerik obor tasik banding

Menurut laman web rasmi KL2017, larian akan bermula di bandar utama atau kawasan ikonik setiap negeri. Larian adalah secara santai dan bukan satu pertandingan. Larian akan bergerak dari satu daerah terpilih ke daerah yang lain, sehingga ke sempadan negeri yang seterusnya. Setiap satu daerah akan mempunyai beberapa check point. Obor tersebut akan diserahkan kepada wakil negeri seterusnya di sempadan negeri masing-masing.

Larian ini dianjurkan sempena Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di setiap negeri di seluruh negara, bermula dari 14 Mei 2017 di Johor sehingga 12 Ogos 2017 di Kuala Lumpur. Pembawa obor dari bermulanya larian ini sehingga tamat akan terdiri dari pelbagai individu yang melambangkan kepelbagaian masyarakat Malaysia. Larian Obor yang melalui tempat-tempat ikonik yang terpilih di seluruh negara ini menjadikan larian ini unik kerana ia tidak pernah dilakukan dalam sejarah temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN.

Acara kemuncak ialah apabila obor ini di bawa masuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyalakan api KL2017 pada malam pembukaan KL2017 pada 19 Ogos 2017. Api ini akan menyala secara berterusan sehingga dipadamkan ketika upacara penutup, menandakan tamatnya temasya sukan ini.

Larian Obor adalah sebahagian daripada tradisi Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN semenjak ia berlangsung dan selari dengan tradisi sukan-sukan pelbagai acara dan negara di seluruh dunia. Larian Obor di era moden adalah acara simbolik membawa mesej sukan sebagai sesuatu yang inklusif dan landasan perpaduan untuk masyarakat bersempena dengan negara Malaysia yang sekali lagi terpilih untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9.

Kami orangperak.com berharap agar semua Warga Perak memberikan sokongan penuh terhadap KL2017 ini dan juga mendoakan agar tim Malaysia berjaya meraih kejayaan yang gilang gemilang.

- Advertisement -
하늘
하늘
꿈을 꾸고 믿을 수 있다면 이룰 수도 있다. 세상에서 보고싶은 변화가 있다면 당신 스스로 그 변화가 되어라. 성공에 대한 의지를 품는 것은 무엇보다 중요하다.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here