29.7 C
Ipoh
Saturday, 7 December 2024

Penangan Penampar Tokyo Semasa Pendudukan Jepun Di Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu adalah merupakan salah satu turutan pertempuran yang singkat tetapi amat sengit. Ia adalah merupakan salah satu detik perubahan ketara buat penduduk di tanah melayu yang mana antara penjajah British dengan pemerintah Jepun yang datang.

Akibat dari pendudukan Jepun di tanah melayu ini, tercetuslah pertempuran yang membabitkan tentera negara-negara komanwel yang terdiri daripada British, India, Australia dan orang-orang melaui sendiri bermula dari 8 Disember 1941 sehingga ke 31 Januari 1942 iaitu sewaktu Perang Dunia ke 2.

Sewaktu pendudukan Jepun di negeri Perak terutamanya, banyak kisah-kisah kejam yang selalu dapat kita dengar secara lisan dari orang tua kita sejak dahulu lagi. Hari ini, orangperak.com ingin menceritakan kepada anda tentang penangan “Penampar Tokyo” yang diperkenalkan dan seringkali digunakan oleh tentera mereka kepada orang melayu.

Penampar Tokyo

Rata-rata orang-orang lama yang tinggal di kawasan Ipoh, Manjung, Parit dan sekitar kawasan Perak sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu masih boleh ingat dengan penampar yang digelar sebagai penampar Jepun atau penampar Tokyo.

Penampar Tokyo

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, penampar Jepun atau penampar Tokyo ini adalah penampar yang diberikan pada mangsa sebanyak dua kali pergi dan balik di pipi kiri dan kanan. Penangan penampar Tokyo yang dihayunkan tangan sekuat hati ini boleh mendesingkan telinga dan membuatkan mangsa berpinar-pinar.

Tentera Jepun akan beri penampar Tokyo kepada mereka yang terlalu manja dan bermasalah dalam disiplin diri. Dari sudut positifnya, ia adalah satu perkara yang baik untuk mengajar mangsa supaya lebih berdikari dan prihatin terhadap sekeliling.

Penampar Tokyo

Namun tidak bermakna kami dari orangperak.com menyokong pelaksanaan penampar Tokyo ini kerana ia tidak beradap dan tidak mengira faktor umur yang mana langsung tidak kena dengan peradapan adat bangsa melayu yang menghormati golongan yang lebih tua dan lebih sopan dalam menegur sesuatu.

Penampar Tokyo selalu diberikan kepada tuan rumah yang punyai halaman rumah yang kotor dan selerak. Jika anda ternampak sampah dijalanan dan tidak dikutip, anda juga bakal dikenakan penampar Tokyo jika ditangkap oleh tentera Jepun.

Penampar Tokyo

Oleh kerana itu, orang-orang melayu terutamanya tidak berani untuk buang sampah ke dalam sungai dan merata tempat sesuka hati pada zaman pendudukan Jepun. Kebersihan kawasan adalah keutamaan tentera Jepun dan sampah selalunya akan dibakar atau ditanam.

Ada juga kisah yang diceritakan secara lisan tentang pemilik basikal yang menolak basikalnya yang pancit ke kedai basikal untuk menampal tiub tayar basikalnya. Apabila sampai ke tempat pemeriksaan tentera Jepun, dia ditanya oleh tentera Jepun kenapa menolak basikalnya dan kemudian dijawabnya tiub tayar bocor dan ingin ke kedai untuk menampalnya.

Penampar Tokyo

Tidak semenanya, pemilik basikal tersebut terus ditampar Tokyo kerana alasan hanya pandai menunggang basikal tetapi tidak tahu untuk menampal tiub tayar basikal dengan sendirinya walhal kerja itu amat mudah. Orang-orang melayu terlalu manja kata tentera Jepun.

Keberkesanan cara Jepun mengajar orang-orang melayu pada waktu itu mendidik orang-orang kita supaya pentingkan kebersihan persekitaran dan juga berdikari dengan lakukan satu perkara yang boleh dibuat sendiri dengan tanpa bantuan orang lain.

Penampar Tokyo

Hari ini, sebaliknya telah berlaku. Masyarakat kita tidak kira bangsa semuanya leka dan manja dengan keadaan yang selesa. Ya benar, kita sekarang tidak rasa susah dijajah seperti dahulu yang sentiasa hidup dalam ketakutan. Bilalahkah agaknya masyarakat kita boleh sedar kembali?

kredit dan olahan penceritaan dari Eypoh Family Fan Club

- Advertisement -
Nurul Syahida Aziz
Nurul Syahida Aziz
Penjawat Awam di Majlis Daerah Batu Gajah
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here