25.5 C
Ipoh
Tuesday, 14 January 2025

Tahun-Tahun Terakhir Operasi Keretapi Wap Teluk Anson Ke Tapah Road

- Advertisement -
- Advertisement -

Sebelum sistem pengangkutan moden diperkenalkan, sungai adalah merupakan jalan perhubungan dan menjadi pengangkutan utama bagi penduduk di negeri Perak. Sungai juga penting untuk berbagai aktiviti seharian penduduk. Penempatan dan bandar-bandar juga bermula di tebing-tebing sungai.

Selepas kedatangan Inggeris beberapa sistem pengangkutan moden telah diperkenalkan di Tanah Melayu, seperti keretapi, kereta kuda, kapal wap dan sebagainya.

Di Negeri Perak landasan keretapi yang pertama di bina pada 1885 iaitu menghubungkan Kuala Sepetang (Port Weld) ke Taiping. Perak State Railway telah memainkan peranannya dalam membina jalan-jalan keretapi di negeri Perak.

Selepas jalan keretapi Kuala Sepetang Taiping beberapa jalan utama telah dibuka antaranya Taiping-Kamunting (1890), Kamunting-Ulu Sepetang (1892), Batu Gajah-Ipoh (1893), Kota Baharu-Batu Gajah (1894) dan sebagainya.

Sejarah landasan kereta api Tapah Road ke Teluk Intan bermula apabila Archibald Edward Harbord Anson yang merupakan Leftenan Gabenor Pulau Pinang membuat pelan untuk membina bandar terancang iaitu Pekan Teluk Anson pada tahun 1882.

Turut berada dalam rancangan pembinaan ini ialah pembinaan landasan kereta api yang boleh menghubungkan pekan ini dengan Lembah Kinta dan juga sebuah pelabuhan yang boleh digunakan untuk mengangkut hasil bijih dari Lembah Kinta ke pasaran luar.

Landasan kereta api di antara Tapah Road dengan Teluk Intan bermula di Stesen Kereta Api Tapah Road dan berakhir di Stesen Wharf (Pelabuhan) Teluk Anson (sekarang Teluk Intan).

Pada peringkat awal kontrak pembinaan landasan Tapah Road-Teluk Intan telah dibatalkan perancangan kerana halangan-halangan bentuk muka bumi di antara kedua-dua tempat berkenaan.

Bagaimanapun dua orang jurutera Perak State Railway iaitu Spence Moss (Jurutera Penasihat Keretapi) dan Jurutera Tempatan Keretapi T. Scott Gardner telah mengambil inisiatif untuk meneruskan pembinaannya.

Penghujung tahun 1960 an adalah waktu penghujung era penggunaan lokomotif wap di semenanjung Malaysia secara beransur-ansur. Keretapi di negara kita kemudiannya digantikan dengan lokomotif diesel yang lebih berkuasa serta kos yang lebih murah jika dibandingkan dengan lokomotif wap.

Peter Hodge adalah individu bertugas di pejabat Pesuruhjaya Tinggi New Zealand pada tahun 1969 sehingga tahun 1972. Beliau bersama-sama dengan John Benson telah merakamkan gambar operasi lokomotif wap terakhir ini yang dikendalikan oleh Malayan Railway Administration (MRA).

Disertakan dibawah adalah gambar lokomotif wap yang terakhir berkhidmat di laluan Teluk Anson ke Tapah Road dan pemandu akhirnya adalah bernama M. Raman. Keretapi wap yang terakhir beroperasi pada tahun 1974 dan kemudian operasi kereta api negara ini dikendalikan sepenuhnya menggunakan lokomotif diesel.

Operasi Keretapi Wap Teluk Anson Ke Tapah Road Tahun 1969

Lokomotif 909.09 sedang menunggu untuk berlepas bagi perkhidmatan keretapi petang dari Stesen Teluk Anson ke Tapah Road pada 28 September 1969

Operasi Keretapi Wap Teluk Anson Ke Tapah Road Tahun 1969

Permandangan perkampungan dan sawah dengan banjaran Titiwangsa dikejauhan

Operasi Keretapi Wap Teluk Anson Ke Tapah Road Tahun 1969

Permandangan yang diambil diantara Sungai Tukang Sidin dan Chikus

Operasi Keretapi Wap Teluk Anson Ke Tapah Road Tahun 1969

Stesen Kecil (Halt) Chikus tanpa platform dengan hanya bangunan kecil untuk jualan tiket

Operasi Keretapi Wap Teluk Anson Ke Tapah Road Tahun 1969

Setelah sampai di Tapah Road, 901.09 dipisahkan dari gerabak. Lokomotif ini kemudiannya disediakan untuk operasi yang seterusnya

Operasi Keretapi Wap Teluk Anson Ke Tapah Road Tahun 1969

Train dengan lokomotif bernombor 901.18 bersedia untuk berlepas dari Tapah Road ke Teluk Anson pada 13 Februari 1971

Kini ianya tinggal sejarah dan mungkin segintir generasi baru hari ini tidak lagi bagaimanakah keretapi wap berfungsi dan rupanya. Gambar-gambar yang dipaparkan diatas adalah kenangan yang boleh dipertontonkan kepada masyarakat.

Sumber dan rujukan:

  • The International Steam Pages – The Malayan Railway
- Advertisement -
Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Pengasas bersama orangperak.com dan Jejak Warisan Teluk Intan
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here