Salah Seorang Pengasas Malaysia Dari Sungai Siput, Perak

Tun Thirunyanasambanthan s/o Veerasamy yang juga dikenali sebagai nama V.T. Sambanthan adalah merupakan presiden ke 5 Kongres India se-Malaysia (MIC) dan secara tidak langsung, beliau adalah merupakan salah seorang bapa pengasas Malaysia bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman dan Tun Tan Cheng Lock. Beliau menjadi presiden MIC dari tahun 1955 sehingga 1973 dan kemudian disingkirkan oleh ahli parti tersebut.

Sambanthan adalah merupakan antara individu yang penting dari kaum India dalam memainkan peranan utama untuk pergerakan mencapai kemerdekaan untuk Tanah Melayu. Sebagai presiden MIC diwaktu peralihan kuasa dari pihak penjajah kepada kerajaan pimpinan tempatan, beliau berkerja rapat dengan pemimpin Parti Perikatan iaitu Tunku Abdul Rahman dan mereka berdua membentuk rasa ikatan persaudaraan yang rapat.

Beliau dikenang dengan membawa MIC kedalam perikatan yang berbilang kaum pada 1955 yang sekaligus membawa imej Parti Perikatan sebagai sebuah parti yang mewakili tiga kaum utama di Malaya dan Malaysia sehingga kini. Kemuncak perjuangan beliau ialah apabila pada 31 Ogos 1957 dimana negara mencapai kemerdekaan dibawah Perjanjian Merdeka dan Tun Sambanthan merupakan salah seorang yang menandatanganinya.

Tun Sambanthan dilahirkan di Sungai Siput pada 16 Jun 1919. Bapa beliau, M.S. Veerasamy datang ke Tanah Melayu pada tahun 1896 merupakan antara penanam pokok getah awal di Sungai Siput, Perak dan memiliki beberapa ladang tanaman pokok getah. Adik-beradik Tun Sambanthan ialah V. Meenachi Sundram, V. Krishnan dan V. Saraswathy. Tun Sambanthan menerima pendidikan awal di Clifford High School di Kuala Kangsar, Perak. Beliau adalah seorang yang sangat gemar bersukan dan juga dikenali sebagai murid yang pintar dan peramah serta suka bergurau.

Salah Seorang Pengasas Malaysia Dari Sungai Siput

Penglibatan awal Sambanthan dalam politik bermula dengan niatnya untuk membangun dan menyatukan kaum India. Atas dasar itu beliau menganjurkan Majlis India Bersatu Perak pada tahun 1953. Dalam tahun yang sama juga beliau dilantik sebagai pengerusi MIC Perak. Peristiwa yang melonjakkan nama menjadi pemimpin utama politik MIC ialah ketika kunjungan oleh Vijaya Lakshmi Pandit, adik perempuan Perdana Menteri India, Pandit Jawaharlal Nehru. Sambanthan telah lama berkawan dengan Vijaya Lakshmi ketika beliau terlibat dengan Kongres Nasional India sewaktu belajar di Universiti Annamalai.

Di atas jemputan Sambanthan, Vijaya Lakshmi melawat Tanah Melayu pada 1954 dan meskipun darurat masih berlansung, beliau telah melawat Sungai Siput dan merasmikan Sekolah Tamil Mahatma Gandhi. Pertemuan di antara Sambanthan dan Vijaya Lakshmi pada 1954 telah berjaya menaikkan lagi nama Sambanthan dan sekaligus membantu beliau untuk bertanding merebut jawatan presiden MIC pada 1955. Pada 1955, beliau telah terpilih sebagai ahli parlimen untuk Kinta Utara. Kerusi tersebut dinamakan semula sebagai parlimen Sungai Siput pada 1959.

Selepas Perang Dunia Kedua, golongan elit profesional India telah bersama dan bersatu dibawah ideologi semangat nasionalisma India. Pada 1946, golongan elit India di Tanah Melayu menubuhkan MIC. Untuk lapan tahun pertama, pemimpin MIC terdiri daripada golongan yang berasal dari Utara India atau Malayalee, dan mereka ini merupakan minoriti dari kalangan kaum India di Tanah Melayu. Majoriti kaum India (90%) di Tanah Melayu pada waktu itu berasal dari Selatan India dan kebanyakkannya datang dari kelas buruh.

Apabila darurat diisytiharkan oleh British pada 1948 untuk menentang kebangkitan komunis, menyebabkan perubahan peraturan dan undang-undang pergerakan kesatuan perdagangan yang membawa kepada perubahan kepimpinan kesatuan perdagangan daripada orang Cina yang lebih tersusun kepada orang India. Akibat tidak jelas dengan objektif MIC membawa kesan kepada status pekerja ladang kaum India pada ekonomi Malaysia dan kesannya masih diperdebatkan hingga kini.

Pada tahun 1954, berlakunya perdebatan hangat didalam MIC sama ada mahu menyertai perikatan dengan UMNO dan MCA yang telah muncul sebagai pergerakan politik utama di dalam negara ini. MIC telah bergerak seiring dengan parti pimpinan Datuk Onn Jaafar iaitu Parti Malaya Merdeka dan kemudiannya Parti Negara. Menurut Rajeswary Ampalavanar, penulis buku The Indian Minority and Political Change in Malaya 1954 hingga 1957, kepimpinan MIC agak cenderung untuk menyertai parti Perikatan namun terdapat tentangan dari ahli parti. Mereka menyatakan kesanggupan untuk menyokong andai parti dapat memberi jaminan daripada Perikatan pada isu yang melibatkan hubungan antara kaum terutama yang melibatkan soal pendidikan kaum India.

Kemudian presiden MIC, K.L. Devaser mendapat kritikan hebat dari media Tamil kerana tidak mengambil perhatian mengenai isu yang dihadapi oleh komuniti. Walaupun beliau bersuara lantang, namun pengaruh beliau lebih banyak dikalangan golongan elit India yang tinggal di bandar dan beliau kurang mendapat sokongan akar umbi. Beberapa pihak dalam parti merasakan yang mereka perlukan pemimpin yang mempunyai hubungan yang kuat dengan akar umbi.

Pada Mac 1955, terdapat laporan akhbar harian Tamil Murasu menyeru golongan Tamil agar memboikot MIC. Sambanthan, yang waktu tersebut merupakan pemimpin MIC negeri, muncul sebagai calon alternatif untuk pimpinan parti. Menurut rekod sejarah, beliau sebenarnya dipaksa untuk bertanding jawatan presiden. Calon lain, P.P. Narayanan, telah dihampiri oleh pimpinan parti namun beliau menolak tawaran tersebut kerana ingin fokus dalam aktiviti kesatuan.

Sambanthan juga menolak namun akibat tekanan dari pimpinan Tamil menyebabkan beliau akhirnya bersetuju untuk memimpin parti. Beliau dipilih menjadi presiden MIC pada Mei 1955. Sambanthan juga diterima oleh kepimpinan Melayu kerana beliau bersuara dengan tidak begitu lantang termasuk dalam bidang ekonomi dan lebih cenderung untuk menyuarakan mengenai hak mengenai budaya dan bahasa. Antara cabaran utama MIC ialah untuk menyatukan aspirasi diantara golongan pertengahan dan kehendak golongan buruh yang pada 1938 terdiri 84% daripada buruh ladang.

Salah Seorang Pengasas Malaysia Dari Sungai Siput

Sambanthan mula berkempen untuk usaha menambah ahli parti dikalangan pekerja ladang, dengan menaungi ajaran Hindu dengan cara yang popular dari Selatan India, meningkatkan penggunaan bahasa Tamil mengadakan aktiviti kebudayaan Tamil. Namun MIC dibawah Sambanthan gagal untuk menyatukan kehendak buruh dengan aspirasi politik dari golongan pertengahan. Golongan tradisional dan kelas pertengahan rendah telah mengukuhkan pengaruh mereka didalam parti, manakala golongan kelas atasan profesional dan intelek mula menjauhi parti. Hal ini menyebabkan berlakunya dua haluan kepimpinan muncul dikalangan orang India dari segi politik dan kesatuan dagang.

Dibawah kepimpinan Sambanthan, MIC telah menjadi parti Tamil. Sambanthan berkhidmat sebagai presiden MIC dari tahun 1955–71 dan bertanggungjawab mentranformasikan parti dari sebuah parti yang aktif dan organasi berasaskan politik kepada parti yang konservatif, bercirikan tradisional, mengangkat kebudayaan, agama dan bahasa. Parti ini juga merupakan parti yang paling lemah dikalangan tiga parti utama Perikatan. Parti ini mempunyai sokongan yang paling kecil iaitu 7.4% pada 1959; dan mempunyai sokongan kecil daripada komuniti India. Tun Sambanthan, ketika menjadi presiden MIC, membantu mengukuhkan parti dari segi ekonomi dengan menjual separuh dari ladang getah bapanya yang berkeluasan 2.4 km² untuk membantu komuniti India dan parti.

Tahun 1955 merupakan tahun yang membawa kemajuan untuk Tanah Melayu ke arah pemerintahan sendiri. Pihak pentadbiran British telah bersetuju untuk mengadakan pilihanraya persekutuan yang pertama pada Julai 1955 dan Sambanthan serta merta terlibat dalam politik pilihanraya. Beliau telah menghadapi cabaran dan selepas rundingan dengan pimpinan Perikatan dan MIC telah ditempatkan untuk bertanding dua kerusi di Batu Pahat , Johor, dan Sungai Siput, Perak. Sambanthan bertanding di kerusi Sungai Siput dan menang dengan bergaya. Perikatan telah menang 51 daripada 52 kerusi dalam pilihanraya tersebut.

Selepas kemenangan tersebut, Sambanthan telah dilantik sebagai ahli kabinet dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Buruh didalam kerajaan Perikatan. Kerajaan ketika itu mengambil keputusan untuk mendesak agar disegerakan peralihan kuasa dan delegasi Perikatan telah ke London pada Januari 1956 untuk berbincang mengenai beberapa isu termasuk rundingan untuk mendapat kemerdekaan dengan Setiausaha Dalam Negeri Britain, Alan Lennox-Boyd.

Sewaktu awal tahun 1956, Sambanthan memimpin delegasi MIC dalam rundingan diantara parti dalam Perikatan untuk melakar memorandun untuk dipersembahkan kepada Suruhanjaha Reid. Sambanthan merupakan perunding yang berkebolehan dan beliau berkerja keras untuk memastikan kehendak kaum India terjamin, dan dalam masa yang sama berhati-hati dalam menyentuh isu sensitif. Beliau pada waktu tersebut dikritik oleh ahli parti kerana dilihat berlembut dalam beberapa isu tertentu, namun Sambanthan menghadapi semua itu dengan tenang dan sentiasa mengambil jalan tengah dalam berunding.

Disebabkan itu beliau telah dipuji oleh Tunku. Rundingan terakhir untuk merdeka pada Mei 1957 juga dilihat sebagai perubahan peribadi dalam diri Sambanthan. Ketika di London untuk berunding mengenai perlembagaan, Tunku Abdul Rahman memutuskan bahawa Sambanthan memerlukan pakaian baharu. Sambanthan telah mencetuskan beberapa kontroversi apabila beliau dilihat memakai pakaian Tamil iaitu dhoti semasa dilantik sebagai Majlis Perundangan Persekutuan. Pakaian tersebut dilihat sebagai taboo pada zaman British. Sambanthan walaubagaimanapun mempertahankan keputusannya dan berkata, “Ini akan membuatkan orang kebanyakkan merasa gembira”. Malah selepas pilihanraya pada 1955, apabila beliau dilantik sebagai Menteri Buruh, beliau tetap memakai pakaian tradisional India walau kemana sahaja beliau pergi.

Salah Seorang Pengasas Malaysia Dari Sungai Siput

Kemudian apabila berada di London, Tunku memutuskan untuk melakukan sesuatu. Seperti yang Tunku sentuh dalam bukunya Looking Back: “Apabila berjalan dengan saya di London, beliau selalu tertinggal dibelakang kerana beliau tidak dapat melangkah dengan cukup panjang untuk mengejar langkah saya, ataupun mungkin saya yang berjalan terlalu laju. Pada satu hari apabila kami keluar berjalan, saya membawa beliau ke kedai pakaian lelaki Simpson’s di Piccadilly. Apabila sampai disana, saya berkata ‘Masuklah; Saya ingin beli pakaian baru’, jadi beliau mengikut saya masuk kedalam. Saya kemudian meminta tukang jahit untuk menyediakan suit terbaik yang telah siap dan muat dengan Sambanthan. Beliau protes, namun hanya sementara kemudian menerima tanpa tentangan dan keluar sebagai orang baru dalam suit yang baru – buatan Barat, kemeja baru, tali leher baru, kasut baru dan stoking baru.”

Tunku juga menyatakan selepas insiden tersebut, Sambanthan tidak berpuas hati dengan hanya satu suit dan beliau secara senyap-senyap keluar dan membeli beberapa suit lagi. Ketika debat untuk membentuk Perlembagaan Persekutuan dalam Majlis Perundangan Persekutuan pada 10 Julai 1957, Sambanthan mendesak untuk kerajasama yang lebih besar diantara komuniti, dan beliau mengingatkan ahli majlis bahawa Tanah Melayu merupakan negara yang berbilang kaum.

Kejayaan MIC diketika itu banyak didorong oleh hubungan rapat diantara Tun Sambanthan dan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. Sambanthan berkerja dengan MIC dengan cara yang santai dan tidak formal. Berbeza dengan UMNO yang banyak melaksanakan program dengan tujuan yang khusus. Kesannya, ianya banyak menjadi penghubung untuk menaungi (undi daripada dewan senat dan dewan rakyat, pancalonan untuk anugerah dan pingat serta lesen) penyokong dan menambahkan undi kaum India di Malaysia kepada MIC.

Apabila Tun Abdul Razak Hussein mengantikan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia, MIC telah didesak untuk lebih mengikut keputusan UMNO . Perkara ini berlaku selepas Insiden 13 Mei dan Tun Razak lebih bersemangat daripada Tunku untuk menonjolkan Ketuanan Melayu.
Sambanthan yang kini bergelar “Tun”, telah dipaksa untuk meletakkan jawatan MIC dan menyerahkannya kepada V. Manickavasagam pada 1973.

Sebagai presiden sebuah parti yang menjadi kompenan utama Parti Perikatan yang memerintah negara, beliau telah dilantik sebagai Menteri Buruh (1955–57), Menteri Kesihatan (1957–59), Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekomunikasi (1959–71) dan Menteri Perpaduan Nasional (1972–74). Pada ketika kerajaan Malaysia memutuskan untuk melarang tarian singa milik kaum Cina dan ketegangan antara kaum tinggi selepas insiden 13 Mei 1969, Tun Sambanthan sebagai Menteri Perpaduan Nasional pada awal 1970-an telah membawa beberapa pemimpin kaum Cina ke Genting untuk berbincang bagi meredakan keadaan. Perbincangan tersebut berjaya dan sekatan kerajaan ke atas tarian singa telah ditamatkan kerana kerajaan sedar bahawa adalah penting untuk mempertahankan budaya kaum-kaum yang ada di Malaysia.

Selain daripada tugas di kementerian,Tunku Abdul Rahman sering memberi tugasan penting kepada Sambanthan. Pada 1968,  Tunku menghantar Sambanthan ke Fiji sebagai utusan keamanan. Ketua Menteri Fiji mengiktiraf sumbangan Sambanthan didalam surat kepada Tunku dan beliau berterima kasih diatas kejayaan besar delegasi yang dipimpin dengan cemerlang oleh Tun Sambanthan”. Sambanthan juga menyertai delegasi ke Jakarta, Indonesia pada 1966 untuk menjadi saksi perjanjian dimana hubungan diantara Indonesia dan Malaysia dipulihkan semual selepas Konfrontasi Indonesia.

Salah Seorang Pengasas Malaysia Dari Sungai Siput

V. T. Sambanthan juga pernah menjadi pemangku Perdana Menteri selama sehari apabila Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri keluar negara pada waktu yang sama. Setelah meletakkan jawatan sebagai presiden MIC, beliau telah dilantik sebagai pengerusi Badan Perpaduan Nasional daripada 1974 sehingga 1978. Badan tersebut menggantikan Kementerian Perpaduan Nasional.
Sepanjang 25 tahun karier beliau dalam bidang politik, beliau sering menyeru dan melaksanakan kefahaman yang membawa kepada pernyatuan sejagat. Dalam konteks Malaysia pula, beliau menumpukan sepenuh perhatian kearah perpaduan nasional di tahun-tahun akhir hayatnya.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here